THE RIDDLE III

526 29 1
                                    

| Chapter 27 |

D A N G E R O U S  L O R D' S
Q U E E N

Lykan Hypersport yang bernombor plat MES 7777 milik Akid Zufairy berhenti di sebuah garaj bawah tanah. Shawn bersama Freya yang masuk dahulu tadi sudah menunggu ketibaan ahli Evil Shadow yang lain. Manakala Luke dan Mark baru sampai dan kereta mereka bersebelahan dengan Lykan Akid.

Apabila semua sudah sampai, Akid keluar dengan Chris. Mark, Luke, Freya dan Shawn juga turut keluar. Dengan Master mereka berdiri di tengah-tengah, mereka berenam melangkah memasuki ruangan mesyuarat . Akid perhati keselamatan yang di gunakan Dangerous Lord.

Tiada pengawal keselamatan, sebaliknya penuh dengan CCTV dan beberapa penggunaan sistem dari komputer. Tetapi Akid yakin luaran sebegini hanya tipu daya semata. Ketua DL bukan sembarangan orang dan dia yakin, ada perangkap yang di pasang. Mustahil DL mengambil mudah isu keselamatan tempat mereka.

Saat mereka sampai ke dalam sebuah bilik sebesar hall, beberapa ketua mafia yang lain sudah sampai dan di belakang masing-masing berdirinya para pengiring. Freya berkerut dahi. Kenapa mereka kena berdiri sedangkan terdapat beberapa tempat duduk lagi? Belum sempat dia mahu bertanya pada Shawn, beberapa orang gadis masuk dengan muka di tutupi mask dan rambut mereka berlainan warna.

Akid tidak sabar menunggu kedatangan ketua Dangerous Lord. Langkah yang berhenti di muka pintu masuk buatkan semua mata memandang. Seorang perempuan yang kepalanya diselubungi hood jubah berwarna hitam. Dari jubah yang jarang itu ianya tetap menampakkan rambut panjang bersinar dengan cahaya kebiruan dan putih.

Blue melangkah masuk apabila semua tetamu sudah menyedari kehadirannya. Semua ketua mafia yang berkerjasama bangkit berdiri sebagai tanda hormat pada ketua DL. Blue mengangkat tangan menyuruh mereka semua duduk termasuk anak buah yang datang. Dia bukan sekurang ajar itu. Tetamu datang tiada tempat duduk.

Akid hanya memerhati sahaja perempuan yang menjadi ketua DL. Dari bekerjasama dengan DL, belum pernah dia tahu bagaimana rupa penakluk Dangerous Lord. Cantikkah rupanya? Melihat dari rambut yang membiru  yang tersangat menyerlah warnanya seperti air di lautan. Akid yakin, rupanya pasti menarik juga.

Blue memerhati anak-anak buahnya, di sebelahnya Reen si gadis berambut hijau. Manakala di sebelah kirinya pula Ochiana, gadis berambut orange hampir kemerahan. Ochiana sedar pandangan gatal dari beberapa orang ketua mafia yang sedang memandang ke arah dada ketuanya. Dahinya berkerut menahan kepanasan diri yang meluap-luap dari hati. Ingin saja dia hamburkan api pada mata-mata penggatal itu.

Blue yang merasa haba di bilik itu berubah, cepat-cepat menegur Ochiana. Ochiana segera berhenti. Mark yang tadi merasa kepanasan, tangannya naik menyapu peluh yang merenik di dahi. Tadi bukan main rasa sejuk macam ais bilik itu, tiba-tiba rasa hangat.

Akid tersenyum sinis dan sedikit tidak tenang. Yang namanya lelaki, tidak kira tua mahupun muda gatal sahaja mata. Dia tahu mata-mata gatal itu semua sedang melihat ke arah dada ketua DL yang hanya bersarung bustier . Akid rasa ingin saja dia berikan jaketnya yang di pakai kini . Lagi-lagi tubuh itu hanya berjubah putih yang sangat jarang dan berseluar .

"Welcome to you guys and I want to say thank you to all of you cuz waiting for me. I'm Queen of Dangerous Lord after Duchess White. " ucap Blue sambil membukakan hood jubah yang menyelubungi atas kepala.Akid tidak percaya apa yang di dengarnya kini. Suara ini.. Akid perhatikan betul-betul wajah di tengah meja panjang itu.

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now