THE RIDDLE I

856 61 3
                                    

| Chapter 23 |
-
P E R M U L A A N
-

Alha Aqila sejak tadi memandang adiknya yang duduk di sebelahnya. Sejak Badrul dan kawannya yang seorang itu datang, adiknya kaku saja seperti anak patung. Pusing melihat dia pun sekejap-kejap saja. Sudah kenapa?

"Na.. "

Amna Ameen menyahut. Kakak dia seorang ini tak boleh tolong dia ke? Dia dari tadi rasa macam kena perhati saja. Melihatkan Amna yang cuma menyahut bersahaja, Alha Aqila mengutil peha adiknya.

"Auch! Hang pasaipa ka'ngah ?! "

Amna menggosok-gosok pehanya yang dikutil kakak keduanya. Masyallah! Dia rasa pedih macam kena cakar dengan kucing saja pehanya.

"Awat tu hah?" soal Puan Afiza yang berpaling melihat dari ruang tamu.

Anak dara dia yang dua orang ni memang asyik bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Silap sikit mulalah kutil, tarik rambut, sepak-menyepak. Ganas mereka sudah macam lelaki. Itu belum soal panas baran mereka lagi.  Minta-mintalah anak bongsu dia yang lelaki itu tidak sebaran kakak-kakak dia.

Encik Mukhriz yang melihat hanya menggeleng kepala. Anak dua orang itu bukan boleh di tegur. Kalau di tegur makin menjadi-jadi. Badrul dan Chris hanya ketawa kecil sahaja.

Alha Aqila senyum mengejek. Baru puas hati dia. Amna Ameen malas mahu duduk lama-lama lagi di hadapan televisyen itu. Dia bingkas bangun dari duduknya mahu masuk bilik. Ulang kaji pelajaran lagi bagus.

Chris memandang saja gerak geri budak perempuan yang tampak manis. Entah kenapa matanya dari ternampak budak itu sehingga sekarang, asyik melekat pada budak tu saja. Badrul pula dari tadi tersenyum-senyum. Encik Mukhriz dan Puan Afiza yang melihat pun jadi hairan. Pada fikiran mereka, mungkin Badrul memang suka senyum.

❀❀❀❀❀❀✿•✿❀❀❀❀❀❀

Akid memerhati Dewi yang sedang menuam ais di lebamnya tadi. Dari tadi gadis ini senyap. Rasa bersalah ke ? Dia nak dengar suara gadis ini.

"Dewi, aku bisa tanya sesuatu tidak?"

Dewi mengangkat muka memandang Akid. Dia angguk saja sebagai tanda setuju kerana dia sendiri rasa tidak selesa keadaan mereka senyap begini. Tambahan, lelaki ini seolah-olah dari tadi memerhatikan gerak-gerinya.

"Kamu tahu tidak maksud nama kamu dari bahasa kamu? " soal Akid.

"Kenapa sama nama aku?" soalan berbalas soalan. Akid terdiam memikir. Melihat Akid yang terdiam, Dewi bersuara."Dewi bermaksud Bidadari cantik. Manakala Anin..dya pula .. bermaksud.."

"Sempurna"

Dewi memandang lelaki di hadapannya. Dia menekan kuat pada lebam Akid.

"Auch! Anindya, kenapa kasar sangat ni?" rintih Akid sambil menahan rasa sakitnya.

Dewi bangun dari duduknya untuk menyimpan semula kotak first-aid . Dia melangkah ke arah meja soleknya dan diletakkan kotak putih itu di situ. Akid memerhati belakang Dewi. Hatinya mahu bertanya namun akalnya melarang. Jadi dia diam dan perhatikan saja.

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now