L o v e

530 24 2
                                    

| Chapter 33|
-
L O V E  W I T H  S I N C E R E L Y
-

Sepasang mata terbuka saat telinga terdengar getaran dari smartphone terletak atas meja lampu tidur. Melihat di sebelahnya tiada sang suami, Airis bangun mengangkat panggilan. Tiada nama tertera pada skrin dan nombor itu juga di privasikan.

"Helo?"

Sejurus panggilan dijawab, dia terdahulu yang bersuara.

"Good morning sayang."

Hati Airis seakan berdetak perlahan. Kenapa dia seperti kenal suara ini? Atau orang ini tersilap nombor.

"Si-siapa ni?"

Dia cuba juga bertanya.

"I'm friend of your's bestfriend dear.. Remember Haris? I'm your's brother i-"

Terus panggilan yang bersambung itu Airis tamatkan. Dia diserang rasa takut. Dia rasa kisah silam mula menghantui dirinya. Dia rasa dia tahu siapa yang hubungi dia sebentar tadi. Dadanya terasa sempit tiba-tiba. Terasa sukar untuk dia bernafas. Peluh mula berkeringat di tubuhnya dan perut serasa sangat memulas. Tiba-tiba dia tidak mampu berdiri dan hampir jatuh. Namun ada sepasang tangan yang sempat menyambut.

"Airis? Airis? Kenapa ni?"

Akid menampar lembut pipi Airis, namun Airis tidak menjawab biarpun matanya terbuka sebelum terpejam rapat. Akid segera mengendong isterinya dan dibaringkan di atas katil. Telefon di dalam kocek seluarnya segera di keluarkan dan dia menghubungi seseorang.

"Datang bilik jap. Kak Airis kau pengsan. Jangan gitau sesiapa"

Terus Akid meletakkan telefon. Rambut depan Airis di selit ke belakang telinga. Peluh di dahi luas juga di kesat dengan belakang tangan dia. Selimut tebal di tarik sehingga ke paras dada isterinya.

Tok! Tok!

Akid segera bangun dan membukakan pintu bilik untuk Khaliq. Khaliq masuk bersama stetoskop dan beberapa peralatan yang penting untuk digunakan. Dia kan seorang doktor. Ingat tak?

"Macam mana akak boleh pengsan nih?" tanya Khaliq sambil berjalan menuju ke tepi katil di mana Airis dibaringkan. Pergelangan tangan kakak iparnya di pegang untuk periksa nadi wanita itu.

"Abang masuk bilik tadi dengar dia tengah jawab call. Lepas itu, dia macam terkejut then nampak panik dan sesak nafas.." Akid buka mulut menceritakan apa yang dia lihat sebelum Airis pengsan.

Khaliq memikir sejenak.

"Adik rasa berkemungkinan dia kena panic attack. Tak apalah. Kejap lagi kalau dia dah bangun, panggil Adik. Adik nak check lagi sekali. Adik keluar dulu."

Setelah Khaliq keluar dari biliknya dan Airis, Akid naik di atas katil dan mengiring di sebelah si isteri. Sebelah tangannya mengampu kepala sendiri manakala sebelah lagi mengusap pipi Airis. Gadis ini tampak seakan benar-benar terkejut sangat ketika menjawab panggilan tadi. Siapa yang menghubungi isteri dia? Hendak lihat sendiri di log telefon Airis dia rasa macam tidak perlu. Jikalau dia melakukan itu, bererti dia seperti tidak mempercayai isterinya.

Airis merengek bila merasakan tidur dia di ganggu dengan satu tiupan angin kecil di seluruh muka dia. Tanpa membuka mata, tangannya menarik selimut menutupi muka. Namun, bila rasa dirinya di peluk seketat mungkin, dia rasa rimas. Jadi susah nak bernafas sebab selimut juga menutupi muka sendiri. Jadi dia tepis semua disekeliling dia dan terus bangun terduduk tetapi dengan mata yang masih bertutup dan kepala yang tersengguk-sengguk.

Dalam kemamaian dia, telinga dia mendengar tawa halus dari sisi dia. Rambut yang berserabut mengurai sehingga menutupi keseluruhan tepi wajahnya di sebak ke belakang. Jarinya naik menenyeh kedua mata dia. Bila rasa mata dah boleh buka, Airis celik seluas-luasnya. Dia pandang tepi dan automatik terkebelakang sehingga hampir jatuh dari katil tetapi badan kecilnya di tarik oleh sepasang tangan kekar milik Akid.

"Sayang! Kenapa?" soal Akid sambil di tarik Airis ke dalam dakapannya.

Airis buat muka tak beriak dia. Suami dia ni karang ada jua yang rasa kena hempuk kejap lagi. Tapak tangan dia menampar lembut dada bidang Akid yang berbaju.

"Awaklah! Terkejut saya. Nasib baik tak luruh jantung ni. Hish!" tempelak Airis. Akid tersengih.

"Awak, sekarang dah pukul berapa?" pertanyaan dari Airis buat Akid terfikir dua tiga kali mahu menjawab.

"Dah pukul 11 pagi sayang. Awak tidur nyenyak sangat jadi saya tak sampai hati nak kejutkan sayang saya ni," jawapan yang selamat Akid berikan. Airis membuntang. Seriuslah, dia tidur sampai tidak sedar matahari sudah tinggi.

"Eh, sayang. Fikirkan apa? Pergi mandi, dan bersiap. Kita brunch di luar saja okay," arah Akid sambil menghulurkan tuala milik Airis.

Airis tidak bertanya sebaliknya menuruti perintah suaminya. Itulah dia. Seorang gadis yang berusaha mahu menjadi seorang isteri yang solehah buat insan bernama suami. Tuala di tangan Akid diambil dan terus dia berpusing melangkah ke bilik mandi.

Saat Airis mahu pergi mandi, Akid berpusing mahu ke kemaskan tempat tidur mereka, Namun satu pelukan secara tiba-tiba dari belakang memeranjatkan dia.

"Awak.. terima kasih sebab setiap hari, awaklah yang akan selalu bangun sebelum saya. Dan awaklah, yang akan tidur selepas saya. Saya rasa suka, gembira sangat sebab dapat suami sebaik awak, Kid.." Akid tersenyum lebar mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Airis. Dia berpusing mengadap isterinya, kedua tangannya turut membalas pelukan isteri tersayang.

Airis mendongak dan melihat sang suami bersama satu perasaan yang tulus dari hati kecilnya. Akid jua memandang Airis dengan penuh kasih dan sayang. Sungguh, mereka berdua merasa cukup lengkap bila bersama. Cukup sempurna apabila saling melengkapi antara satu sama lain seperti ini.

Akid tersenyum. Sebelah tangan naik menolak beberapa helaian rambut depan Airis ke belakang telinga.

"Sayang. Akid cintakan Airis sehingga ajal memisahkan kita. Selagi Akid masih bernafas di muka bumi ini, selagi itu Akid akan pastikan Airis Ahna permaisuri Akid ini selamat." kata Akid lalu mencium kening Airis sebelum menarik Airis ke dalam pelukannya. Airis turut mengeratkan lagi pelukan antara mereka. Sungguh, tika ini dia merasa begitu selamat. Selamat dilindungi oleh seorang suami.





You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 05, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now