LOVE V

1.2K 89 2
                                    

| Chapter 11 |
-
T E R B A K A R

-

Suasana riang kanak-kanak yang bermain di kawasan taman permainan menggamit pandangan. Angin yang sepoi-sepoi bahasa menampar segenap kulit yang tidak tertutup. Malah meniup sekali selendang di kepala sehingga beralun ke belakang. Tangan yang menggenggam tali besi buaian di kuatkan pegangan. Airis Ahna menunduk ke bawah melihat rumput. Atau lebih tepat ke arah kakinya yang berstokin dan kasut highheel .

Entah apa yang merasuk fikirannya untuk membawa diri ke taman permainan itu. Mungkin kepenatan berkerja? Kan? Huh-. Nafas di hela kuat. Mata masih tidak beralih pandang. Dulu dia bukanlah seperti sekarang. Berstokin ? Ha'ah. Dia tidak semuslimah seperti gadis berhijab yang lain. Dia membesar dari keluarga yang memang biasa-biasa sahaja. Tidak alim bak kata orang. Kenalah sedar diri sikit an~ Masa kecil-kecil, dia akan bangun awal dan solat subuh. Padahal dia baru budak sekolah tadika.

Senyuman terbias di bibir. Rindu. Itu yang dia rasakan. Banyak kenangan yang memang sentiasa di ingati. Dia yang nakal. Dia yang cenggeng. Sikit-sikit suka nangis. Sebab dia selalu kena usik oleh sepupu-sepupu dan keluarga. Nakal pula, alah nakal budak kecil kan. Ingat lagi dulu, dia suka main air sawah dengan sepupu dan jiran. Tika itu, waktu petang yang sangat panas terik. Babah memanggilnya untuk pulang ke rumah. Di sebabkan kedegilannya, babah datang dan terus menghumbannya ke dalam sawah. Dan teriaknya memang sehingga arwah nenek yang datang memujuk. Lalu di mandikan arwah nenek. Apa boleh buat, dia sedari kecil memang dijaga oleh sang nenek.

Tapi sayang bila semakin membesar dia masih belum membaca al-Quran mahupun khatam sejuzuk pun. Kecewa. Itu yang dirasakan. Solat pula memang kadang-kadanglah. Itu pun selepas kena bising dengan arwah nenek. Dia marah dengan mama dan babah yang menjadi punca dia begitu. Mereka tidak pernah marah jika dia meninggalkan solat. Sebab? Kerana mereka juga tidak pernah solat. Sayangkan? Dilahirkan sudah Islam. Membesar dengan ajaran Islam. Namun bila besar, semuanya tidak membawa apa-apa makna.

Padahal dalam hati seorang hati Airis Ahna, betapa sedih dan kecewanya dengan keadaan diri. Ingat lagi dulu, sesudah mandi dia akan selalu  berair wuduk. Niat hendak sembahyang. Tetapi anggota badannya seakan-akan ingkar dengan hati dan fikiran seolah-olah menjadi alpa sehingga tidak tertunai niat itu. Walaupun begitu, dia berpesan pada diri untuk sentiasa menjadi manusia yang baik. Nampak tidak betapa struggle dirinya . Semua itu berlangsung sehingga dia memasuki politeknik. Dari situ solatnya kian terjaga, hasil pendengaran kuliah selepas solat berjemaah bersama penuntut kamsis yang lain.

Bip! Bip!

Memori yang terimbau hilang bila dengar iPhone berbunyi. Dari sebaris nama buat bibirnya bergetar halus seiring hati yang juga bergetar. Dengan tangan yang sememangnya sudah sejuk dek apa yang dirasa, bergetar jua membuka pesanan ringkas itu.

Rindu kau

Ya Allah, dirinya dihambat rasa ketakutan. Apa akan jadi selepas ini? Dia sudah tidak mahu mengingati lagi ingatan berkaitan manusia yang seorang itu.

"Cik.."

Kepala di angkat. Seorang remaja lelaki dan seorang budak kecil lelaki disisi. Mungkin adik lelaki itu.

"Ya?"

"Dah nak dekat maghrib cik"

Di lihat sekeliling taman dan baru dia sedar yang taman permainan itu sudah lapang. Ramai yang sudah pulang. Khayal dengan imbauan memori terlalu lama sehingga tidak sedar keadaan sekeliling.

"Say.."

Eh? Mereka dah hilang. Di sedapkan hatinya sebelum melangkah ke keretanya. Mungkin budak-budak tadi tergesa-gesa nak balik agaknya.

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now