QUEST I

1K 79 10
                                    

| Chapter 19 |
-
H I L A N G
-

"Airis"

Airis Ahna yang baru sahaja hendak membuka pintu kereta miliknya berpaling.

Chup !

Airis kedip-kedipkan matanya berulang kali. Terkejut , tertiba rasa lutut menggeletar dan jantungnya seperti perlahan seperti situasi dia yang sedang memandang Akid. Akid Zufairy melepaskan lekapan bibirnya dari bibir Airis. Airis yang sedar terus angkat beg tangannya dan ..

" Gotcha! " Akid sudah menahan beg tangannya dari berjaya di pukul pada badan lelaki itu. Airis yang malu terus masuk ke dalam baby blue .Di hidupkan baby blue yang hampir empat hari di tinggalkan di rumah keluarga Akid Zufairy. Akid menutup pintu kereta Airis.

"Sayang tak nak tunggu mummy balik dulu?" soalnya dengan menunduk sedikit kepala .

"Haah, tak nak. Regard my sorry and miss her so much nanti . Saya balik dulu ya. Assalamualaikum.." pamit Airis dan Akid mengundurkan sedikit diri dari kereta Airis yang ingin keluar.

"Take care, sayang. Waalaikumussalam.." balas Akid sambil melambai ke arah kekasihnya. Akid terus berdiri di bawah garaj rumahnya sehingga kereta yang di pandu Airis hilang dari pandangan.

Dia rasa berat mahu membiarkan Airis pulang. Tetapi dia juga kasihankan Airis yang memang nampak keletihan. Baru balik dari outstation , dengan jet lag lagi. Esok kata nak masuk office lagi. Tunang siapalah rajin sangat?

Akid dongak memandang langit. Cuaca petang ini nampak mendung seperti hendak hujan. Harap hujan tidak lebatlah nanti, kerana dia susah hati tentang Airis. Tentang keselamatan gadis itu sering bermain di benak fikirannya. Tiada detik dia tidak mendoakan keselamatan Airis.

____________________❀____________________

Usai mandi dan lengkap berpakaian, Airis duduk di atas katilnya. Di tarik lappy yang berada di atas meja kerjanya. Di teliti beberapa dokumen dan dia teringatkan sesuatu. Airis menampar dahinya.

"Alamak! Airis, macam mana hang boleh lupa ni?" ujar Airis pada diri.

Dia terlupa beberapa dokumen Akid yang perlu disemak sebelum di  tandatangani lelaki itu. Airis segera mencapai hoodie Pitbull lalu di pakaikan pada tubuhnya sebelum mencapai tudung instant . Di capai iPhone dan kunci keretanya.

Kereta segera di hidupkannya. Di undur keluar dari garaj dan laju membelah jalan raya. Rintik-rintik hujan yang kian lebat memaksanya untuk segera memandu sampai ke syarikat Akid. Walaupun dah larut malam, kerja tetap di utamakannya.

Bila tiba di traffic light Airis berhenti seketika kerana lampu isyarat berwarna merah. Melihatkan lampu sudah hijau dan telefon bimbitnya pula tiba-tiba ada panggilan yang masuk, Airis cuba capai IPhone  di seat sebelah.

Tangannya yang pendek menyukarkan dirinya untuk mencapai, jadi dia mahu berhenti di tepi jalan. Break kaki di tekan, namun keretanya seakan seperti semakin laju dan hilang kawalan.

"Ya Allah! Apa jadi ni?"

Airis sudah cemas dan bibirnya mula beristighfar. Sedaya upaya di elak keretanya dari melanggar kereta yang lain. Tanpa dia perasan, ada lori minyak  yang bergerak bertentangan dengan keretanya.

Bum!

Keretanya terpelanting, berpusing dan akhirnya terseret ke sebatang pokok. Airis buka matanya. Telinganya masih mendengar telefon yang berbunyi. Pandangannya berbalam. Lori minyak yang jatuh menyebabkan minyak mengalir ke keretanya yang tersadai di tepi jalan. Airis cuba ingin mencapai telefonnya.

Boom!

Kereta yang di pandu Airis Ahna terbakar.

____________________❀____________________

Akid setia melekapkan telefonnya pada telinga. Menanti panggilannya berjawab. Dia duduk di balkoni bilik Airis. Ke mana gadis itu pergi larut malam begini? Tadi di rumah dia jadi tidak senang duduk. Fikirannya asyik teringatkan pada Airis. Dengan malam yang seakan mahu turun hujan lebat. Kerana itu dia berada di rumah Airis.

Sorry, the number you have dialed ..

Akid melihat smartphone dia. Dia jadi hairan, nombor Airis tiada dalam talian pula. Apa dah jadi? Di dail pula nombor mamanya Airis.

"Assalamualaikum. Mama, ni Akid. Airis ada call mama tak? Tak? Oh, tak apalah. Kid letak dulu. Assalamualaikum.." Akid meraup rambutnya. Ke mana kekasih hatinya ? Dengan hujan selebat ini, tidak mungkin gadis itu berani mahu keluar tanpa sebab yang kukuh.

Tidak menunggu lama Akid beredar dari rumah Airis. Keretanya di pandu perlahan. Entah kenapa hatinya semakin lama semakin berdebar. Akid tetap fokus dalam memandunya. Lepas sahaja dari simpang traffic light, dia perasan ada lori yang terbalik di tepi jalan dan satu kenderaan yang sedang berasap.

Akid keluar dari keretanya bersama payung. Di dekati lori yang terbalik dan dia terus berjalan mendekati kenderaan yang terbakar mungkin. Di lihat nombor plat kenderaan tersebut. Akid tergamam. Dia terus melepaskan payung yang di pegangnya dan berlari ke arah tempat duduk pemandu.

Hatinya terasa sakit. Jasad tuan kereta ini tiada. Di carinya sesuatu di dalam kereta tersebut. Dan dia menjumpai telefon Airis. Sah ini milik tunangnya. Tetapi ke mana jasad Airis Ahna?

"Airis!" Akid menjerit dan terus menjerit. Sehingga dia terduduk menyembah bumi. Air mata mengalir bercampur dengan hujan yang lebat kian membasahi diri.

"Ai..ris.."

Sebaris nama Airis di ungkapnya sebelum pandangannya kelam dan rebah terbaring.

____________________❀____________________

Matanya memandang ke arah halaman rumah yang berderetan kereta. Kolam mata yang berair di sapu dengan jari jemarinya. Ahnaf yang berada di sisi memeluk kakinya, di usap lembut kepala anaknya.

Puan Afiza setia berdiri di muka pintu rumahnya bersama anak-anak yang lain. Encik Mukhriz menghantar kepulangan sebilangan tetamu yang hadir ke rumahnya dengan pandangan yang penuh hiba.

"Fiza"

Puan Afiza menyambut bakal besannya dengan pelukan. Datin Zahidah sudah berjuraian air mata. Di peluknya tubuh Puan Afiza dan di usap belakang wanita itu. Kehilangan Airis baginya adalah kehilangan Akid jua. Tanpa Airis, Akid bukanlah seperti Akid anaknya yang ceria, sweet seperti selalu.

Ahli keluarga Airis yang lain hanya memandang penuh sebak. Tiada kata yang mampu di ungkapkan. Kehilangan seorang gadis seperti Airis adalah satu perkara yang besar untuk mereka. Uyaira, kakak saudara yang rapat dengannya juga terkesan dengan kehilangan gadis itu.

Mungkin Airis seorang gadis yang pendiam, namun bila bertegur gadis itu riang membalas . Tidak lokek memberi pertolongan, kata-kata nasihat mahupun perkara paling remeh sekali pun. Biar pun gadis itu tidak pandai memberi nasihat, cukup dengan meminjam masanya dan meluah rasa sudah menjadi sebesar-besar pertolongan .

Akid hanya berdiri memandang sepi pemandangan hijau di hadapannya. Badrul yang berdiri di sampingnya tidak di hairankan. Badrul yakin, Akid sudah hilang dalam dirinya sendiri.

Kerana sahabatnya ini mempunyai fobia. Thantophobia. Fobia kehilangan orang yang disayanginya. Dan kerana fobia itu, Akid tidak pernah bermain cinta dengan sesiapa. Sehinggalah bertemu dengan Airis Ahna. Seorang gadis yang telah membawa sinar dalam hidup seorang Akid Zufairy. Airis, cinta pertama Akid. Malah, akan menjadi cinta terakhir buatnya. Namun, siapa mereka? Untuk menentukan takdir yang sebegitu rupa.

"Kid.. Aku faham kau sedih Airis hilang. Tapi, tolong bro. Jangan kau juga hilang. Kesian parents kau, family Airis lagi.. Dorang pun perlu sokongan. Kita baru hilang Airis .. Tak bermaksud kita hilang Airis selamanya.." pujuk Badrul.

Dia sudah hilang akal mahu menasihati Akid. Bukan dia seorang, keluarga Akid juga. Keluarga Airis? Mereka pun perlu sokongan. Kehilangan anak perempuan pertama mereka yang teramat di sayangi. Itulah yang di dengari dari abang saudara Airis Ahna tadi. Hari ini hari ke tujuh, Airis hilang. Hanya kereta yang di temui terbakar, remuk dan terkandas di tepi jalan.

Lots of ❤from me :")

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now