FAMILY II

1.5K 91 2
                                    

| Chapter 5 |

-
S U S A H
-

Puan Afiza memandang bilik anak dara sulungnya yang sedari tadi masih tertutup. Tidur lagi ke anak dara sorang tu? Rasanya macam dah bangun mandi tadi. Sekilas matanya memandang jam di dinding rumah yang sudah pukul 11 pagi.  Diketuk pintu bilik itu sebelum tombol dipulas. Tenang rasanya bila bau wangian yang lembut menerpa hidung mancungnya. Kelihatan anak daranya sedang melayan lappy kesayangan dalam keadaan gelap cuma ditemani cahaya ungu fairylight .

"Ka'long?"

"Ya ma?"

Airis Ahna yang sedari tadi khusyuk membaca segala emel tentang kerja beralih arah.

"Ha ingatkan tak bangun lagi. Buat apa? Kerja?" soal Puan Afiza yang hanya berdiri di muka pintu.

"Haah, nak siapkan apa yang patut baru boleh cuti panjang hehehe. Kenapa ma ?"

"Tak apalah, buat kerja dulu. Jangan lupa makan" Puan Afiza menitip pesan sebelum menutup kembali pintu bilik anaknya. Tidak mahu menganggu Airis Ahna buat kerja sebab gadis itu pantang diganggu kalau sedang sibuk. Biarpun Airis tidak akan memarahi jika dia tetapi tetap dia tidak akan menganggu .

Sebaik pintu biliknya ditutup, Airis Ahna menghelakan nafas perlahan. Dia kena rajin dan kuat berkerja. Dia bukan dari keluarga yang senang. Sejujurnya dia tidak pernah merasa hidup susah dulu kerana arwah neneknya ajar untuk sentiasa berasa cukup dengan apa yang mereka ada. Biarpun kurang bersyukur sajalah. Tetapi apabila arwah neneknya pergi, keluarganya dihimpit dengan masalah kewangan. Mujurlah mereka sekeluarga memang tinggal dengan arwah neneknya.

Mengingati bagaimana kesusahan hidupnya itu, tekaknya terasa perit dan dada diserbu rasa sedih. Ketika itu dia baru sahaja menamatkan zaman persekolahan nya. Alhamdulillah walaupun keputusan SPM miliknya tidak cemerlang tapi tiada yang gagal. Syukur. Dia masih ingat bagaimana dia menahan lapar pada waktu malam kerana bahan basah mahupun kering memang cukup untuk keesokkan hari sahaja.

Lagi hiba hatinya kerana melihat betapa gigihnya Puan Afiza yang sedang hamil mencari rezeki untuk mereka sekeluarga. Encik Mukhriz? Abahnya tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan berat kerana urat saraf yang tidak kuat. Mungkin kesan sampingan dari .. Ah, kolam matanya terasa hangat bila membayangkan kembali kesusahan tika dulu.

Flashback

"Weh, aku lapar nasi goreng tomyam laa.."

Airis Ahna merungut dengan Alha Aqila yang sedang menonton tv bersama Amna Ameen. Ketika itu juga Encik Mukhriz pulang, entah dari mana.

"Nak makan apa malam ni?" suara abah yang bertanya memang membuat Airis Ahna tersenyum suka.

"Nasi goreng tomyam bah"

Encik Mukhriz hanya menayang segaris senyum yang tak berlekuk ke atas ⌣. Thumb up di angkat sebelum keluar rumah. Mungkin pergi mengambil Puan Afiza dari tempat kerja. Ya, tika itu Puan Afiza masih berkerja di satu kedai runcit sebagai pembantu dan cashier.

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now