LOVE VII

1.5K 83 3
                                    

| Chapter 13 |
-
K E J U T A N
-

Akid Zufairy asyik memusing-musingkan pen di lingkaran jarinya. Dari tadi duduknya memang tidak diam , tidak betah. Sudah tiga hari berlalu selepas Airis Ahna bertandang di rumahnya. Hari di mana Airis dan dia membuat dessert sama-sama, hari di mana Airis sudah menunjuk tawa kenakalannya, manja dan kecomelan gadis itu. Akid berhenti bermain pen. Tangan di bawa rapat ke dada bidangnya, betul-betul di atas hatinya.

Dup Dup . Dup Dup .

Memikirkan tentang gadis itu memang hatinya kuat berirama. Jantung pula usah kata, memang laju mengepam darah ke seluruh badannya. Tidak cuma itu yang dia dapat melihat, malah hari itu menjadi hari yang bermakna untuknya. Di mana seorang gadis bernama Airis Ahna insecure dengan kisah lampau tentang dirinya.

Flashback

Akid naik ke biliknya untuk mengambil Iphone dia. Memikirkan kemungkinan Airis sedang membersihkan diri di bilik air, dia buka saja pintu biliknya. Kebetulan Airis sedang memakai pakaian dalam. Memang terserlah kulit belakang Airis di mata lelakinya. Kepala lutut dah rasa longgar semacam .

Segera di tutup perlahan pintu biliknya. Nasib baik sebab pintu rumah semua tidak menghasilkan sebarang bunyi jika di tutup dan buka. Di tunggu saja Airis keluar di hadapan biliknya. Airis yang sudah siap membersih diri melangkah keluar.

"Astaghfirullah! Akid?" Airis terkejut bila pusing belakang, Akid sudah berdiri di belakang . Dah tu, sedang memandang dirinya. Ada yang tidak kena ke?

Akid tersengih. Cuba sedaya upaya di tahan rasa yang muncul di hatinya. Matanya memandang Airis yang berpakaian kemeja kuning cair. Kerana gadis itu tampak menawan dengan warna kuning sebegitu.

_﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏ ..﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏_

"Awak suka warna kuning ya Akid?" Akid santai menjamu makan petangnya bersama Airis, menoleh. Tepat ke mata hitam Airis.

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now