FAMILY V

1.2K 74 2
                                    

|   Chapter   14  |
-
R E S T U
-

"Ka'long,"

Airis Ahna yang sedari tadi hanya menunduk, memanggung kepala apabila dirinya di panggil. Bibirnya terus mengukir senyuman semanis mungkin. Datin Zarifah bersama Puan Afiza duduk di sebelah kiri dan kanannya. Aisha Zawina  menghulurkan sekotak baldu cincin yang sudah terbuka buat mummy nya.

Datin Zarifah mengambil cincin emas putih bertatah permata topaz berwarna biru tersebut. Airis menghulurkan jarinya. Usai sarung cincin, Datin Zarifah memeluk Airis. Dia teruja, bakal bermenantukan gadis seperti Airis. Airis Ahna tersenyum, tidak lenguh memberi senyum. Biarpun tidak selebar mana, namun kemanisan jelas terpancar.

"Airis, ini Kak Aisha Zawina, anak nombor dua mummy ," Airis Ahna bersalaman, berlaga pipi bersama Aisha. Datin Zarifah menunjuk ke arah seorang lagi anaknya.

"Yang bercermin mata tu pula, Kak Anita Zawani, anak ketiga," giliran Anita pula bersalaman dan berlaga pipi. Reaksi mereka bertiga sudah seperti tiga sekawan lama tiada bertemu.

"Datin, mai pi makan pula," suara Puan Afiza menjemput bakal besannya. Datin Zarifah ketawa kecil,

"Fiza, tak usah berdatin dengan kakak. Panggil Kak Rifah ja ya?"

"Hehehe. Okay, okay. Mai kita pi makan dulu. Tu makanan dah hidang siap dah tu. Mai anak-anak sekali,"

Sebaik sahaja, Datin Zarifah, Puan Afiza dan kedua kakak Akid berlalu. Sepupu-sepupu perempuan Airis mampir menghampiri.

"Tahniah sayang," ucap Uyaira.

Kakak sepupu paling rapat dengannya. Mereka berdua berpelukan. Airis pandang sekelilingnya. Ada Kak Uyaira, Huda adik Uyaira, Kak Azimah, Kak Dya, Kak Diyah, Tasya sepupu yang sebaya dengannya dan kedua-dua adik perempuannya.
Kawan? Dia tiada kawan rapat. Lagi pula ini cuma majlis pertunangannya. Jadi tidak perlu ramai,ramai tetamu. Keluarga besarnya saja sudah cukup ramai.

Selesai sesi bergambar, makan, ahli keluarga Akid bergerak pulang.  Yang tinggal cuma ahli keluarganya sahaja. Airis yang sedang melayani sepupu-pupunya di soal oleh Encik Mukhriz.

"Ka'long, kawan ka tu?"soal abah sambil menuding jari ke arah perkarangan rumah yang di masuki tiga buah kereta.

Airis berpaling melihat, dua buah Zenvo ST1 dan di tengah-tengahnya F1 Ferrari merah menyala. Airis tersengih suka. Kawan sangat.

"Bakal menantu abah!" kata Airis di sambut riuh rendah oleh keluarganya. Tika ini mereka melepak di parkin luar rumah. Jadi memang riuhlah, dengan budak-budak kecil,besar lagi.

Akid Zufairy keluar bersama-sama anak buahnya. Yang terdiri daripada Chris, Luke, Mark dan Shawn. Airis tersenyum suka, tak sangka anak-anak buah Akid comel saja berbaju melayu. Yalah, bukan dia tak tahu Shawn, Chris dan Mark bukan Islam. Hanya Luke sahaja orang Islam. Luke atau nama sebenarnya, Luqfi Kamal Elman. Akid cerita yang Luke singkatkan namanya kepada 'Luke'.

__﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏ ..﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏__

Airis sudah merah muka. Segan dan malu sudah menerpa diri. Sejak tadi mereka berbual, Akid suka memerhati dirinya. Dia pandang sejambak bunga roses pink di pegangan tangannya.

"Suka ?"

Airis pandang Akid di sebelahnya. Ketika ini mereka sedang melepak di atas bumper kereta Akid.

"Suka. Mana awak tau, saya suka rose? " Akid berhehehe.

"Adalah. Yang penting, awak suka. Dan saya dah beri," Akid sembunyi senyum sebelum menyambung lagi.

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now