LOVE XI

1K 77 0
                                    

| Chapter 18 |
-
C U D D L E
-



Akid Zufairy memandang Airis Ahna di sebelahnya. Melihat gadis itu ralit menikmati suasana bandar Stockholm, Akid menegur.

"Sayang"

Airis jadi berpaling dan bertanya. "Ya, awak. Nak apa?"

"Emm.. Nak tangan. Boleh?"

"Nak tangan boleh. Meh nak tangankan pipi awak tu" usik Airis. Akid buat muka merajuk dia.

"Orang just wanna hold her hand when driving saja. Ini nak tangankan kita pula," rajuk Akid. Airis terhambur tawa. Asal manja sangat Akid dengan dia ni. Kalau berdua dengan dia, macam-macam Akid buat perangai. Airis malas nak pujuk bila mereka balik hotel nanti, jadi dia angkat tangan dia dan di sambut Akid. Akid pusing memandangnya sambil senyum suka.

"Tau, awak mesti bagi," ujar Akid lalu di usap-usap tangan kanan Airis dengan ibu jarinya. Airis senyum sajalah. Terasa sunyi pula bila tinggal mereka berdua. Badrul tiada kerana terpaksa pulang ke Malaysia segera. Ada mamat seorang tu riuhlah sikit.

"Sayang, malam ni kita dinner dekat luar nak?" Akid bertanya pendapat dari si cinta hatinya. Airis diam memikir.

"Dinner dekat biliklah. Saya masak malam ni. Tapi.."

"Okay, kita pergi beli bahan memasak ya Cik Airis," Airis tersengih gembira. Pandai pun encik tunang dia ni.

"Tapi, awak nak makan apa malam ni?" soal Airis bila teringatkan apa yang dia nak masak malam nanti. Akid menjawab sambil fokus memandu. Dan mereka berdua terus berbual sehingga sampai ke destinasi yang hendak pergi.

_____________________❀____________________

Akid melihat Airis yang melepak di patio superior room mereka. Akid perasan Airis yang nampak lain malam itu. Melihat Airis yang mengenakan sweater bercorak panda, berstoking, dan matanya jatuh pada rambut ikal Airis yang terhurai tidak berikat.

Akid merasa seperti ada yang kurang pada rambut Airis. Lalu Akid bangun secara tiba-tiba ke bilik , tanpa disedari gadis itu. Dan dia kembali semula bersama sesuatu. Akid melabuh duduk di belakang Airis yang hanya bersila menikmati pemandangan malam.

Airis terkujat bila tiba-tiba Akid duduk di belakangnya. Malah lelaki itu mengangkatnya ke riba. Airis bengang dan bergelut untuk bangun.

"Awak buat apa ni?! Akid! Lepaslah, saya nak bangun!" marah Airis. Akid terpaksa mengepung Airis dengan pelukannya.

"Shh.. stop fussing baby. I'm just wanna braid your hair" jelas Akid. Airis berhenti memberontak. Bila Airis sudah tenang, Akid mula braiding her girl hair.

Airis diam saja bila Akid mula menyisir rambut panjangnya. Sebenarnya dia tengah bergaduh dengan hati dan fikirannya. Betul ke dia dengar Akid panggil dia baby? Akid tersenyum, rasa macam teruja memegang rambut Airis.

"Baby, your hair really soft. Memang semula jadi ke?" Airis sedar balik bila ditanya oleh Akid.

"Nak kata semula jadi tu.. Yalah kot" Akid terhenti. "Asal jawapan macam tu?"

"Dulu kecik-kecik lembut semula jadi dah. Tapi, biasalah budak kampung, kecik lagi. Tak pandai nak jaga sangat, dia jadi makin kasar, berkelemumur sebab suka main pasir sampai naik atas kepala.

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now