P r o l o g

505 15 0
                                    

Sebuah kereta sport mewah berhenti di hadapan banglo yang tersergam gah di pinggir hutan. Seorang lelaki keluar dari kereta, kunci kereta di simpan dalam poket seluar slack. Kaki melangkah masuk bila pintu rumah itu terbuka dengan sendirinya bila dia sampai di hadapan pintu. Kehadiran lelaki itu di sambut oleh seorang butler dan dua orang bodyguard yang hanya berdiri mengawal pintu dari dalam.

"Willkommen zuruck junger Meister," ( Selamat kembali, tuan muda) ucap butler itu setelah menunduk hormat pada majikannya.

Lelaki itu hanya membalas dengan anggukan kecil sahaja. Dia melangkah ke arah tangga untuk turun ke aras bawah rumah itu. Apabila sudah sampai di aras bawah, lelaki itu menghampiri rak buku yang besar yang terdapat di satu sudut. Dia menarik satu buku yang berlabel angka nombor 0711 dan dinding di sebelah rak buku itu terbuka. Lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik di sebalik dinding ajaib tadi dan dinding itu kembali tertutup.

Lelaki itu melihat seseorang di dalam balang di hadapannya kini. Dari hujung kaki sehingga hujung kepala orang itu dia perhatikan. Satu perasaan menerpa di hatinya bila dia pandang wajah seolah tertidur tetapi sebenarnya beku. Lebih tepat dibekukan. Apa yang dia lihat dan boleh gambarkan adalah seorang perempuan yang sedang tidur kebekuan di dalam balang besar yang disambung dengan penuh wayar yang berselirat.

Bila kelibat seorang lelaki tua yang lengkap berkot putih menghampiri ke arahnya, lelaki itu bersuara.

"How? Have you found someone else than her?"

Melihat senyuman di wajah lelaki tua itu, lelaki itu tahu bahawa dia sedang menerima berita gembira. Sudah sampai masanya dia buat apa yang patut.

"But Meister.. this girl-.." lelaki tua itu teragak-agak mahu menyambung. Lelaki yang digelar Meister itu ternanti-nanti apa yang bakal didengarnya.

"Tell me. Why with this girl?"

"Based on what I got, she will become paralyzed and maybe she will lost her memory too."

Lelaki 'Meister' itu terpana.

"So, is this the risk that you've talk about before?" soalnya.

Lelaki tua mengangguk.

"What if- if we release her now, how much chance we will get?"soal lelaki itu lagi dengan nada yang penuh berharap.

"50-50, Meister."

Mendengarkan itu, lelaki tadi terdiam memikirkan sesuatu sebelum kembali bersuara.

"Under my command, I give you my consent to release her!"

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now