QUEST V

548 27 0
                                    

| Chapter 26 |

G I R L  B O S S

Dewi Anindya berjalan sambil memerhati keadaan sekeliling. Takut-takut diri di ikuti orang lain. Sampai di satu bangku batu dia labuhkan duduk. Memandang tasik yang berada di hadapan mata. Kedua belah matanya di pejam rapat dan cuba di hirup udara yang nyaman. Keadaan di tasik tiada sesiapa kerana sekarang baru pukul 7 pagi. Bila di rasakan ada orang di sebelahnya, kedua matanya terbuka. Tidak berpaling kerana dia tahu siapa.

"Sampai kapan?" mulutnya langsung dibuka bersuara.

"Sampai aku dah bersedia."

Manusia di sebelahnya memberi jawapan dengan mata juga memandang ke arah tasik. Kedua-dua mereka memakai hoodie dari warna hitam serta jenama yang sama. Topi dan mask juga di pakai dengan nada warna yang serupa.

"Kapan? Kamu tidak kangen sama mereka?" Dewi Anindya berpaling melihat orang di sebelahnya.

Angin yang kuat meniup dari arah tasik ke darat menyebabkan hood di atas kepala orang di sebelahnya terselak sedikit. Dewi melihat rambut yang memutih seperti salji itu. Orang di sebelahnya juga berpaling memandang dirinya.

"Saat aku sudah kuat Dewi. Sedalam mana rindu mereka pada aku, sedalam itu rindu aku pada mereka. Sekarang..-" Dewi memotong ujaran dari manusia di sebelahnya.

"Aku mahu kamu ngubah permainan ini."

Kening orang di sebelahnya berkerut dan mata biru yang terpancar sinarnya redup memandang.

"Maksud kau?"

Dan mereka saling memandang antara satu sama lain sebelum Dewi menyuarakan rancangannya.

"Tak! Tak boleh! Macam mana aku nak hadap dia, mereka dengan keadaan macam ni?"

Dewi menghelakan nafas. Melihat manusia di sebelahnya bangun, dia jua turut bangun. Di peluk bahu orang itu sambil dia cuba memujuk.

"Ayuh Anindya.."

"Dewi-"

"Kenapa? Kamu memang seorang Anindya bagi aku. Kalo aku Dewi, maka kamu harus aku panggil Anindya."

"Ayuh Anindya, nyawa kamu udah hampir jadi galang gantinya tau. Mujur aku sempat kesan kamu, kalo ngak.."

'Anindya' menyentuh tangan Dewi yang berada di atas bahunya. Senyuman cuba di beri walaupun terasa susah untuk mengukirnya. Dewi senyum menanti apa yang mahu di sampaikan oleh gadis di hadapannya ini.

"Dewi.. Terima kasih kerana selamatkan aku. Walaupun aku bukan sesiapa bagi kau, bukan dari ibu bapa yang sama, tetapi kita punya personaliti yang sama buat kita terikat antara satu sama lain. Terima kasih sebab berikan aku peluang tu dulu."

Usai berterima kasih, 'Anindya' memeluk Dewi. Dewi juga membalas erat pelukan dari gadis yang sudah dia anggap seperti adiknya sendiri. Ini satu-satunya saudara yang dia punya selain dari Ardi. Kerana Ardi, nyawa dan kehidupan gadis ini jadi taruhan.

📜✒📜✒📜✒📜✒📜✒

Putung rokok yang sudah hampir ke hujung baranya di buang ke bawah dan di lenyekkan dengan kakinya yang tersarung sepasang Lita boot. Pandangan bergunung ganang di hadapan matanya di tatap sebelum nafas berat terhela. Bagaimana dadanya terasa sesak kerana kepulan asap dari rokok tadi, begitu jualah fikirannya.

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now