RESCUE I

3.8K 151 4
                                    


| Chapter 1 |

-
F I R S T D A Y
-

"Argh!"

Airis yang baru saja ingin masuk kereta terhenti seketika perbuatannya. Di pandang sekeliling tasik tersebut dan matanya pantas menangkap kelibat seorang lelaki yang terjelopok mengerang sakit. Hatinya was - was dan dengan berani dia tetap melangkah mendekati lelaki tadi.

"Allahuakbar!"

Saat matanya  melihat darah di baju bahagian perut lelaki itu. Segera dia berlari mendapatkan lelaki tersebut.

"Encik! Encik kenapa ni? Mari saya bawak encik pergi hospital" Airis terus membantu lelaki itu bangun dan dipapah diri lelaki itu memasuki keretanya . Mujur sajalah berlapik kain dirinya dengan lelaki ini.

Setelah masuk ke dalam kereta, Airis segera menekan pedal dan membelah jalan raya. Di gunakan jalan kecemasan sambil mulutnya terkumat kamit mengucap. Dia kena tenangkan hati, sudahlah dirinya cepat mengelabah. Kang nak tolong orang pergi hospital,alih - alih diri dia juga masuk hospital. Nauzubillah.

Setelah sampai di hospital, segera Airis berlari meminta pertolongan. Datanglah beberapa orang jururawat dan Airis membuka pintu kereta bagi mengeluarkan lelaki tadi.

Setelah rasa agak lama lelaki itu berada dalam ruang kecemasan, keluar seorang doktor.

"Boleh saya tahu cik ni siapa bagi pesakit?" tanya doktor tadi kepada Airis.

"Er saya kawan dia. Macam mana keadaan dia doc ?"

"Kawan awak kehilangan darah yang banyak. Dan masalah sekarang, kami kekurangan bekalan darah jenis O"

"Saya darah O dan saya setuju nak dermakan darah saya" mendengar kata dari Airis, doktor lewat 50 an itu sudah tersenyum. Lalu dia memanggil seorang jururawat bagi membawa Airis untuk ke bilik pengambilan darah .

Selesai pengambilan darah , Airis pulang ke rumahnya. Penat, sebenarnya niatnya petang tadi hanya nak pergi beriadah saja di tasik. Alih - alih nak pulang, ada orang cedera. Nasib lelaki itu baik sebab Airis terdiri daripada golongan berdarah O. Mengenangkan wajah lelaki itu, jantung dia tiba-tiba berirama. Ha sudah! Jangan kata dia jatuh hati pandang pertama.

Di pandang jam di pergelangan tangannya. Allahu dah pukul 8:30 malam dah. Mujurlah dia sempat tunaikan solat maghrib di masjid yang terdekat dengan hospital tadi. Kalau tak memang melepas maghribnya. Tanpa menunggu lama, Airis segera bangun dari duduk di sofa dan melangkah masuk ke biliknya. Dia perlu mandi dan tunaikan solat isyak.

Seusai membersihkan diri dan solat, Airis mula membuat persiapannya untuk ke pejabat esok. Memandangkan esok hari pertama dia berkerja, dia perlu pastikan semuanya berjalan lancar. Alarm di Iphone milik dia segera di setkan seawal yang mungkin. Tanpa sedar, matanya terlelap begitu saja.

҂🕊🕊🕊🕊🕊🕊🕊҂

Alarm yang memang nyaring membunyi mengejutkan dirinya. Terpisat - pisat mata melihat jam di Iphone.

6:00 a.m.

Bibirnya terukir senyuman kecil, kunci pukul 5 pagi alih - alih 6 pagi juga dia baru bangun. Tidur punyalah awal, nasiblah. Segera katil tempat beradu, di kemaskan. Kata saja tidur seorang diri, lasak itu memang tahap bantal - bantal habis ke mana. Habis mengemas tempat tidur, di lakukan sedikit streching supaya kesegaran selepas tidur kekal lama sampai dia balik kerja. Setelah itu barulah dia beransur mandi dan menunaikan solat subuh.

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now