POWER I

1.4K 93 0
                                    

| Chapter 7 |

-
M A S T E R  E . S
-

Sampai sahaja di sebuah restoran, Airis segera menapak masuk. Perutnya yang berdendang dari balik kerja tadi perlu di isi segera. Nak memasak nanti di rumah memang dah tak larat. Lagi pula dia seorang saja yang tinggal. Dari memasak baik dia makan siap - siap dekat luar. Balik nanti terus tidur. Senang betul life seorang Airis Ahna ni.

"Order apa cik?" seorang waitress datang mengambil pesanan di mejanya.

"Bagi saya nasi goreng tomyam dengan telur separuh masak satu lepas tu air asam boi ais " setelah mencatit apa yang dipesan pelayan wanita itu berlalu pergi.

Sambil menunggu Airis mengeluarkan Ip dari kocek seluar slack putihnya. Ini salah satu langkah keselamatan buat dirinya. Handbag tinggal dalam kotak dashboard keretanya. Dia bawa keluar purse dengan smartphone saja.

Butang home di tekan sebelum muncul wallpaper gambarnya. Notifikasi yang baru masuk dari ikon Whatsapp dibukanya.

Your Akid Zufairy 💕

Assalamualaikum
Sibuk tak?

Airis tika itu tersenyum bila membaca pesanan ringkas dari Akid. Dah dua bulan mereka tidak berhubung lepas sahaja mereka pulang ke Kuala Lumpur. Tak membuang masa terus Airis membalas.

Waalaikumussalam
Tak pun
Kenapa

Ingat nak ajak keluar makan
Boleh?

"Dia ni macam tahu-tahu ja aku keluaq" gumam Airis seorang diri.

Kebetulan..
saya ada dkt luar nk mkn..
Dtglah klau rajin..

Awk share location..
10 mnit lgi saya smpai..

Dengan itu Airis pun segera share lokasi restoran yang didudukinya. Nasib dia ada tempat itu pun di hujung dalam restoran. Di sebabkan pengunjung ramai, makanan pun lambat sampai. Tengah ralit skrol IG kerusi di hadapanya di tarik.

Srettt..

Kepala di panggung. Figura di hadapannya melabuhkan duduk, tersenyum dan memberi salam.

"Assalamualaikum Airis"

"Waalaikumussalam"

"Dah lama tunggu? Sorry lambat .." Akid mula bertanya.

"Taklah. Makanan yang lambat sampai. Awak nak makan apa? Tadi ingat nak call tanya, boleh saya order siap-siap. Bila pikir ingat awak tengah drive terus tak jadi"

"Itulah silap saya tak pesan dekat awak" Akid hanya senyum menjawab. Sejak jumpa Airis dia jadi pemurah dengan senyuman pula. Itu pun bila dengan Airis.

BLUE of Dangerous LordWhere stories live. Discover now