- 10 -

505 48 0
                                    

Dua hari berlalu setelah pembedahan yang dijalankan ke atas Hoseok . Dia masih lagi tidak sedar dari koma . Hampir seharian suntuk Hosook menghabiskan masa dengan menemani Hoseok . Pesakitnya yang lain semua diserahkan kepada Dr Sohye .

Ketika Hosook sedang melekatkan bandage di dada Hoseok , seorang nurse datang memberitahu sesuatu .

"Dr Hosook , Inspector Namjoon nak jumpa doktor dekat ruang menunggu" katanya dengan penuh sopan.

Lalu Hosook memberikan senyuman kepada nurse tersebut sebelum menyerahkan Hoseok untuk membalut kesan jahitan di dada Hoseok .

Kelihatan dari jauh lagi Inspector Namjoon hanya memakai pakaian casual . Dia menghampiri tempat duduk di mana Inspector Namjoon berada .

"Duduklah" kata Namjoon sambil menunjukkan kerusi di hadapannya yang diantaranya dihalang oleh meja .

"Saya rasa saya patut bagitahu awak perkara ni . Sebenarnya.... Hoseok sendiri yang rancangkan semua ni . Kami dah tangkap suspek yang cuba untuk menembak awak . Tapi... bagi pihak kami , saya betul-betul minta maaf atas kelalaian kami . Sepatutnya kami kena tangkap dia sebelum Hoseok keluar dari kereta tapi disebabkan plan yang dirancang amatlah berbeza dari realiti"

"Maksud awak ?" Hosook keliru apabila Namjoon berkata sedemikian . Apa yang berbeza ?

"Suspek menggunakan senjata yang hanya orang atasan yang boleh gunakan . Senjata tersebut bertindak lebih pantas dari yang dijangkakan . Sekarang kami tengah selidik dari mana suspek ambik senjata tersebut" terangnya dengan lebih jelas .

"Lagi sekali saya betul-betul minta maaf" kali ini Namjoon berdiri dan memberikan tunduk hormat kepada Hosook membuatkan dia terkejut .

Hosook memegang bahu Namjoon supaya dia tidak lagi memberikan tunduk hormat kepadanya . Dia rasa pihak polis sudah menyelesaikan kerja dengan baik walaupun nyawa Hoseok hampir tergadai .

"Korang semua dah lakukan kerja dengan baik . Terima kasih sebab bantu saya" senyuman manis terukir di bibir Hosook membuatkan Namjoon berlembut hati .

Kemudian Namjoon teringat akan sesuatu . Dia mengeluar sekotak cincin lalu menghulurkannya kepada Hosook .

"Ini , Hoseok yang bagi . Dia harap awak akan terima cincin ni"

Hati Hosook terasa seperti dihempap batu bersurat . Tak sangka Hoseok sanggup mengorbankan nyawanya demi percintaan mereka . Lalu Hoseok menyarungkan cincin tersebut di jarinya .

"Dr Hosook ! Mr Hoseok dah sedar !"

Mereka bergegas lari ke bilik Hoseok . Dia sungguh gembira apabila dia tahu bahawa Hoseok sudah sedar dari koma tetapi perasaannya itu bertukar kepada perasaan takut apabila melihat Hoseok menolak-nolak beberapa orang nurse yang cuba menenangkannya .

"Lepas ! Apahal korang ni !" setiap nurse yang memegangnya semua ditepis .

"Hoseok..." panggil Hosook perlahan lalu Hoseok berhentikan perbuatannya lalu melihat tepat ke arah mata Hosook .

"Doktor tolong saya doktor . Apa dah jadi dengan saya....."

--

Sedang Hoseok merenung ke luar tingkap sambil mengenagkan nasibnya . Tiba-tiba seorang yeoja masuk ke dalam biliknya sambil tersenyum riang .

"Oppa ! Rindunya Dawon dekat oppa" tubuh Hoseok dipeluk oleh Dawon membuatkan Hoseok semakin keliru dengan situasinya .

Tambahan pula Dawon , lagilah keliru . Selalunya Hoseok akan menolaknya apabila mereka berpelukan .

"Awak siapa..." soal Hoseok perlahan membuatkan hati jahat Dawon semakin membuak-buakkan idea yang bernas .

"Oppa ni... ni Dawon lah , yeochin oppa" dia berkata sedemikian sambil tersenyum sinis .

Kemudian dia merapatkan bibirnya ke bibir Hoseok . Dawon tidak akan melepaskan peluang ini dengan mencium bibir Hoseok dengan rakus .

Hosook yang datang untuk menyucuk antibiotik terkedu apabila melihat mereka berciuman . Kemudian Dawon beralih ke arah Hosook dengan senyuman yang paling jahat .

"Mian mengganggu...." perlahan-lahan dia menghampiri Hoseok yang teraniaya itu . Dia kelihatan seperti sesat di dalam dunianya sendiri .

--

Waktu sudah pun menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam . Sejak Hoseok sedar dari koma , dia masih tidak makan apa-apa . Jadi Hosook melembutkan hati untuk membawa makanan yang dimasaknya di rumah kepada Hoseok .

Kelihatan Hoseok memeluk lututnya di atas katil sambil memandang ke arah luar dengan tingkap yang terbuka luas .

"Hoseok , awak belum tidur lagi ? Apa buka tingkap luas-luas ni . Awak baru sembuh , nanti demam lagi lambat awak nak sembuh" tingkap yang terbuka luas tadi ditutup oleh Hosook .

Kemudian dia meletakkan makanan di atas meja di sebelah katil lalu mengusap rambut Hoseok . Hoseok masih lagi dengan raut wajahnya yang seperti tidak ada perasaan .

"Awak belum makan lagi kan ? Saya ada bawak makanan"

"Tapi saya kena cuci dulu luka awak boleh ? Lepastu kita makan" tambahnya lagi dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir .

Dia membuka baju Hoseok lalu memulakan kerjanya untuk menukar bandage yang baharu .

"Kenapa doktor buat baik dengan saya ? Saya ada buat apa-apa ka dekat doktor ?" soalan yang dilemparkan oleh Hoseok membuatkan Hosook terkedu .

"Tak awak tak buat apa-apa . Saya betul-betul ikhlas tolong awak"

Agak lama mereka berdiam . Selesai menukar bandage , makanan yang dibawak Hosook tadi dibuka satu persatu dan diletakkan di hadapan Hoseok . Dia hanya melihat setiap perlakuan Hosook .

"Tadi doktor nampak kan yeoja yang cium saya tu ?" lagi sekali soalan yang membuatkan Hosook terkedu .

Hosook mengangguk perlahan . Senyumannya tadi hilang dengan hanya sekelip mata .

"Betul ka dia yeochin saya ? Kenapa saya tak rasa apa-apa bila dia cium saya ?"

Kali ini Hosook hanya berdiam . Bagi mengubah topik , dia menyuapkan sesudu nasi goreng kimchi ke dalam mulut Hoseok . Amboi banyak tanya dia .

"Doktor dah kahwin ?" Hoseok bertanya apabila dia ternampak sebentuk cincin di jari Hosook .

Senyuman yang tadi hilang kini melekat semula .

"Belum , tapi saya dah tunang . Awak nak tahu tak , tunang saya tu baik sangat . Dia sanggup buat apa saja demi saya , demi percintaan kami"

Tetapi raut wajah Hoseok bertukar menjadi muram .

--

Hampir seminggu berlalu , Hoseok sudah boleh pulang ke rumah tetapi Hosook tidak berharap . Dia takut Hoseok melakukan perkara yang boleh mencederakan fizikal atau mentalnya . Jadi dia membenarkan Hoseok untuk duduk lagi beberapa hari .

Hosook membawa bekas yang berisi antibiotik untuk dicucuk ke dalam air . Perkara pertama yang dia lihat apabila memasuki bilik Hoseok ialah senyumannya yang lebar .

"Hey Hoseok , riang betul awak harini" dia meletakkan bekas tersebut di atas katil Hoseok .

Tetapi Hoseok tidak berkata apa-apa malah dia hanya memandang setiap gerak geri Hosook . Naik hairan Hosook dibuatnya .

"I miss you"

-

TOUCH | JHS Where stories live. Discover now