Epilogue

534 39 7
                                    

Tali leher bercorak garis melintang dan berwarna keemasan diikatnya dileher . Sudah hampir 2 jam Hoseok berada di dalam bilik solek . Rambutnya digayakan begitu kemas dan ditambahkan sedikit warna perang untuk menampakkan lagi kehandsomeman . Dia memerhatikan dirinya sendiri di pantulan cermin lalu dia tersenyum manis . Dalam beberapa jam lagi dia bakal menjadi suami orang . Hatinya sungguh terusik tidak sabar untuk memeluk gadis pilihannya yang comel molek sejak lahir lagi .


Di bilik solek Hosook pula , rambutnya masih lagi didandan . Solekan yang dikenakan pada wajahnya tidaklah terlalu tebal , cuma lebih sikit dari hari-hari biasanya . Bibir dan matanya dikenakan dengan warna natural . Setelah selesai mendandan rambut , stylist mengenakan crown dia kepalanya dan ditambah seri dengan manik-manik mutiara .


"Senyumlah sikit , kejap lagi dah nak jadi isteri orang" usik jurusoleknya itu .

Macam tahu-tahu saja dia sedang memikirkan Hoseok . Tangannya terasa sejuk , jantungnya berdegup dengan begitu pantas .


"Dah siap , tengok tu cantik betul bakal isteri Mr Hoseok ni" jurusolek tersebut memalingkan tubuh Hosook ke arah cermin . Dia tersenyum manis apabila melihat dirinya sendiri .


--


Sekitar majlis dipenuhi dengan para tetamu yang diundang . Majlis mereka dibuat di dalam dewan yang besar . Cuma mereka tidak mahu wartawan menyergah mereka , jadi mereka hanya menjemput orang yang terdekat .

Hoseok sudah pun berada di atas altar  bersama dengan seorang paderi . Juruacara memberitahu kepada para tetamu untuk mengambil tempat masing-masing untuk memulakan majlis .


"Dijemput masuk Ahn Hosook untuk masuk ke dalam dewan bersama dengan Jeon Jungkook"


Pintu gerbang terbuka luas , cahaya dari luar menyelubungi seluruh dewan . Cahaya tersebut seperti datang dari arah Hosook . Hoseok terkedu apabila melihat Hosook yang seperti biadadari yang datang dari syurga . Dia tidak dapat menahan perasaan apabila memandang wajah Hosook yang tidak lekang dengan senyuman . Air mata kegembiraannya mengalir sementara Hosook berjalan ke arahnya . Hosook ketawa kecil melihat gelagat Hoseok .


Hosook dan Jungkook tiba di hadapan altar lalu Hoseok menghulurkan tangannya untuk dicapai Hosook . Dia melepaskan tangan dari lengan Jungkook , sebelum Jungkook beredar , Hoseok memberikan tunduk hormat kepadanya . Jungkook terpaksa menggantikan tempat tersebut kerana Hosook tiada ahli keluarga terdekat yang berjantina lelaki .


Hosook melangkah kehadapan Hoseok sambil tangan mereka bercantum antara satu sama lain . Dia tersenyum apabila melihat sisa air mata yang melekat di pipi Hoseok .


"Tibalah saatnya untuk merasmikan perkahwinan saudara . Saya mempersilakan saudara berjabat tangan sambil mengucapkan perjanjian nikah satu per satu" kata Paderi .


"Ahn Hosook , saya memilih awak sebagai isteri saya , saya berjanji setia dalam untung dan malang , sihat dan sakit , dan saya akan mencintai dan menghormati awak seumur hidup" ujar Hoseok sambil memandang tepat ke arah mata Hosook .


" Jung Hoseok , saya memilih awak sebagai suami saya , saya berjanji setia dalam untung dan malang , sihat dan sakit , dan saya akan mencintai dan menghormati awak seumur hidup" balas Hosook dengan senyuman yang paling bahagia .



"Saya persilakan saudara masing-masing menjawab pertanyaan saya . Jung Hoseok , mahukah saudara menikahi Ahn Hosook yang hadir di sini dan mencintainya dengan setia seumur hidup , baik dalam suka mahupun duka ?"


"Ya"


Kemudian paderi menanyakan soalan yang sama kepada Hosook lalu Hosook menjawab sama seperti Hoseok .



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 30, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TOUCH | JHS Where stories live. Discover now