Setelah seminggu membuat pencarian terhadap Mr Ahn Woo Jin , akhirnya pihak polis berjaya menangkap dia . Bukan hanya dia seorang tetapi turut dengan Mr Chairman dan Mr Jeon . pada mulanya Hoseok agak terkejut apabila dapat tahu ketika menemu bual Mr Ahn Woo Jin . Selama ini bukannya berpunca dari Mr Jeon tetapi dari Mr Chairman iaitu appanya sendiri . Dia berasa malu terhadap Hosook tetapi Hosook dapat memaafkannya . Naik rimas dia menghadap setiap soalan yang ditujukan oleh wartawan .
Hampir 5 minit Hoseok menunggu Mr Ahn Woo Jin di dalam bilik soal jawab tetapi langsung tidak nampak kelibatnya . Dedaun pintu dikuak dari luar , disangkanya Mr Ahn Woo Jin tetapi salah seorang anggota polis yang memasuki dengan raut wajahnya yang bimbang .
"Maaf lawyer Hoseok , suspek telah berjaya melepaskan diri" kata Si Polis membuatkan Hoseok berdiri dari tempat duduknya .
Jari jemarinya digenggam dengan begitu erat . Gigi digigit rapat sehinggakan mulutnya bergetar . Darahnya mula menyirap ke kepala .
--
Hari sudah gelap menandakan sudah malam . Hoseok kini berada di rumah Hosook . Sudah hampir seminggu juga dia menemani Hosook . Tidak sanggup untuk dia meninggalkan Hosook keseorangan .
Hosook berada di dalam dakapan erat Hoseok sambil rambutnya diusap lembut . Dia terpaksa menunggu Hosook untuk tidur kerana semenjak hari tersebut Hosook selalu bermimpi buruk sehinggakan dia tidak dapat tidur .
Tiba-tiba telefonnya berdering menunjukkan nama Inspector Namjoon terpapar di kaca telefon . Tanpa menggerakkan tubuhnya , dia memanjangkan tangannya untuk mengambil telefonnya yang berada di atas meja bersebelahan katil .
"Oh hyung wae ?"
"Datang ke hospital 10min lagi . Kami dah juma dimana suspek berada" lalu Namjoon menamatkan panggilan .
Dia meletakkan telefonnya di dalam poket seluar . Dia memandang wajah Hosook yang sedang nyenyak tidur itu . Dia perlu pergi , tidak sanggup betul untuk tinggalkan Hosook keseorangan . Dia mengucup pipi Hosook sebelum meletakkan kepala Hosook perlahan-lahan di atas bantal lalu bangun dari katil . Belum sempat dia membuka pintu , telinga menangkap bunyi suara lembut Hosook .
"Awak nak pergi mana ?"
Dia mengalihkan badannya menghadap Hosook yang sedang menenyeh matanya .
"Saya....ada kerja" katanya sambil menunjuk ke arah pintu .
Agak lama Hosook memandangnya tanda ingin tahu seterusnya . Hoseok mengeluh panjang sebelum menyambung percakapannya .
"Polis dah jumpa Ahn Woo Jin....." kepalanya tertunduk kecewa kerana memberitahu hal tersebut .
Tetapi apa yang dibalas Hosook amat tidak disangkanya .
"Saya nak ikut"
"Tak awak tak boleh ikut....bahaya" laju sahaja dijawabnya .
Tetapi hatinya berubah setelah melihat wajah Hosook yang mula sepi sepi daun layu .
"Awak kena duduk dengan saya arasso ?"
Terus berseri wajah Hosook .
--
Dedaun pintu rumah Hoseok dipulas olehnya . Dia singgah dirumahnya untuk mengambil pistol yang telah disedianya . Tetapi anak pistol pula yang dijumpanya .
"Kau buat apa dekat sini ?" soal Hoseok tenang .
"Saja" mata Dawon tidak lepas dari memandang tangan Hoseok yang memegang erat tangan Hosook .
"Keluar" ditariknya Hosook kebelakang .
"Pftt...setia betul oppa dengan yeoja murahan ni"
"Dawon keluar" mata Hoseok langsung tidak memandang Dawon .
Hosook merangkul lengan Hoseok untuk menenangkannya tetapi kelihatan seperti tidak berkesan .
"Kalau Dawon jadi oppa , Dawon dah tinggalkan yeoja yang rosak macam dia ni" katanya besertakan dengan senyuman sinis .
"Baik kau keluar sekarang sebelum aku tampar muka kau" lagi sekali amaran diberi .
"Tampar lah , dari jadi betina...."
Belum sempat Dawon menghabiskan ayatnya , tapak tangan Hoseok sudah melekat di pipinya . Hampir terjatuh dibuatnya Dawon . Mata Hosook membulat , dia cuba untuk membantu Dawon tetapi dihalang oleh Hoseok . Kang dia pula yang ditampar .
"Kau dengar sini baik-baik Jung Dawon , kau bukak telinga kau luas-luas ! Nak dibandingkan kau dengan sampah dekat luar sana , kau lagi JIJIK dari sampah ! Aku takkan pernah suka kau , aku takkan pernah terima kau ! Mulai sekarang aku tak kenal kau ! Aku tak kenal siapa bapak kau ! Lagi sekali kau kata bukan-bukan dekat Hosook dengan omma aku.....aku takkan lepaskan kau....ini janji aku . Sekarang kau keluar dari rumah aku atau aku yang heret kau keluar"
Dawon terkejut akan tindakan Hoseok . Pipinya yang terasa sakit itu dipegang lantas dia meninggalkan rumah tersebut . Sempat dia memberi jelingan maut kepada Hosook .
Melihat tubuh Hoseok yang bergetar dari arah belakang membuatkan Hosook turut takut . Perlahan-lahan dia melepaskan genggaman . Hoseok mengusut rambutnya sambil menahan amarah . Kemudian dia memandang Hosook yang sudah menjadi kecil akibat takut . Dia menarik Hosook ke dalam dakapannya .
"Mian...saya tak boleh tahan.saya takutkan awak ka ?"
Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala .
"Awak tunggu sini kejap okay ?"
--
Tangan kanannya memegang pistol yang sudah dibuka picunya manakala tangan kirinya memegang tangan Hosook dengan erat . Mereka sudah tiba di rooftop hospital . Anggota yang lain sudah mengambil tempat mereka masing-masing . Yang hairannya apa yang dibuat Ahn Woo Jin di atas blok bangunan hospital .
Hanya dalam beberapa saat setiap anggota polis sudah mengepung Ahn Woo Jin dengan menghalakan pistol kearahnya . Hanya Hoseok yang masih lagi berselindung . Dalam samar-samar kegelapan , Hoseok dapat melihat Ahn Woo Jin memegang bom yang belum aktif di tangannya . Lantas dia menarik Hosook di dalam dakapannya sambil menyelindung matanya .
"Berundur !" tengking Hoseok lalu semua anggota berganjak ke belakang .
Dalam keadaan Hosook yang panik dan matanya yang tidak dapat melihat apa-apa , dia mendengar bunyi satu tembakan yang dilepaskan . Lagi panik dibuatnya apabila mengingati semula kejadian Hoseok ditembak dahulu .
"Please....."
-
YOU ARE READING
TOUCH | JHS
أدب الهواة+Kalau dapat doktor saiz bra 36D macam awak ni saya sanggup sakit setiap hari+ "Saya rela berhenti kerja dari jaga lawyer pervert macam awak" "Saya takkan sentuh awak selagi awak tak bersedia" "Jangan libatkan hubungan kita dalam kes ni" Started ;...