- 1 -

2K 89 8
                                    

"Kenapa saya tak boleh masuk ? Saya takda hak ka ?" soal Hosook atau lebih dikenali sebagai doktor Ahn .

"Bukan macam tu doktor cuma.... saya taknak menyusahkan doktor" tergagap-gagap nurse JinAe dibuatnya .

Takkan hendak mengaku sahaja ? Tidak pasal dia menjadi orang tengah bagi pergaduhan pasangan kekasih doktor Ahn dan juga doktor Jeon .

"Awak ada rahsiakan sesuatu ka ?" ditenung tajam mata nurse JinAe . Musykil juga dengan Si JinAe ni dengan Jungkook .

"Tak....takda"

Pantas sekali JinAe menggelengkan kepala . Tanpa diberi amaran Hosook memasuki ruang kerja Jungkook . Tersentak dia apabila melihat doktor SoHye berada di atas riba Jungkook sambil mencium rakus bibirnya . Wazafuck .

--

"Doktor Ahn ada patient nak jumpa . Katanya ada hal penting yang nak dibincangkan" ujar salah seorang nurse di bilik kecemasan .

Apa pulak yang nak dibincangkan dalam bilik kecemasan ni . Bertambah serabut kepala Hosook dengan masalah yang datang . Dia mendekati seorang ahjussi yang pernah dirawatnya di Seoul National University Hospital ini dan seorang namja yang berpakaian suit .

"Ya ada apa-apa yang boleh saya bantu ?" soal Hosook dengan penuh adab yang diajar oleh ommanya di kampung . Eh tiberr .

"Yahh ! Muka ja cantik , akal ada tapi tak reti nak guna ! Kau ingat aku senang-senang ja ka nak halalkan duit rawatan yang aku bayar ? Setakat cedera sikit dah kena bayar 27k Won ! Aku dah bawa lawyer untuk tuntut balik duit tu !"

Hampir semput ahjussi tersebut akibat menengking Hosook . Terkejut juga Hosook apabila ahjussi tersebut bertindak sedemikian . Namja yang bergelar lawyer yang berada di sebelahnya itu turut memberikan riaksi yang terkejut . Dengan penuh sabar dan beradab Hosook menerangkan satu persatu .

"Ahjussi sayang . Macam ni lah , kalau ahjussi tanak charge mahal-mahal . Jangan lah datang sini , pergi hospital kerajaan . Free in charge . Satu lagi , jangan lah ambik lawyer handsome-handsome , diorang charge mahal tau" jari telunjuk Hosook berada di dada si tua tersebut sambil mukanya menayangkan riaksi menggoda .

Terlihat pula lawyer tersebut . Hosook bertindak menarik tali leher petak-petaknya itu lalu mengenyitkan mata sebelum beredar meninggalkan kedua-dua mereka .

"Kipas... kipas ....jantung aku lemah untuk situasi macam ni" suruh ahjussi tersebut kepada lawyer yang bernama Hoseok . Diambilnya surat khabar kepunyaan pesakit yang berhampiran lalu mengipas bahagia kepala ahjussi tersebut yang penuh dengan uban .

Bukan ahjussi itu sahaja yang tergoda malah Hoseok juga hampir lemah semangat dengan godaan doktor cantik tersebut .

--

Selesai melakukan pembedahan ke atas seorang pesakit , Hosook mengambil udara aircond di tingkat 3 di mana kawasan bilik pesakit . Jacket putihnya masih lagi terlekat dengan sisa darah . Itulah nasib seorang doktor , tidak takut langsung akan darah .

Otaknya berlegar-legar memikirkan tentang Jungkook . Dasar namja tak guna . Harapkan dick ja besar , tapi hati kecil . Kalau difikirkan , nak saja kasut tumit tinggi yang dipakainya itu melepas di muka kacak Jungkook . Bincang soal kasut tumit tinggi , kaki Hosook sudah melecet teruk . Sakit usah ditanya , dah macam kena simbah acid . 

Akibat terlalu asyik memikirkan soal Jungkook sehinggakan dia terlanggar seorang namja . Eh mamat mana pula jalan tak reti nak tengok depan . Ceh padahal dia sendiri yang jalan tidak melihat hadapan . Hampir terjatuh dibuatnya Hosook tetapi dia bernasib baik namja tersebut sempat menarik jacket hospitalnya . Kejap .

Hanya jacket sahaja yang tersangkut di tangan namja itu , tubuh Hosook sudah terbang melayang . Tak guna . Hari malang apakah ini . "Omma appo...." teriyak Hosook perlahan sambil memegang lututnya .

Namja tersebut menghulurkan tangan supaya Hosook boleh berpaut untuk bangun . Diterima bantuan namja tersebut lalu menggosok lututnya . "Gwenchanha ?" soal namja tersebut .

Eh bewak ni boleh tanya pula kita sakit ka tak . Jacket yang dihulurkan oleh namja itu dicapai Hosook . "I'm okay" jawabnya ringkas . Agak terkedu apabila melihat lawyer kepada ahjussi tadi yang menjatuhkan dia dan menolongnya . What a wonderful day .

"Saya rasa awak tak" tambah lagi Si Lawyer kacak tersebut . Eh busybody nya . Tiba-tiba lawyer tersebut melutut lalu mengeluarkan plaster dari poket seluarnya dan membuka kasut Hosook . Eh dah kenapa namja ni tiber .

"Nama ja doktor , kesihatan diri sendiri tak terjaga" ujarnya seusai melekatkan plaster di kawasan yang melecet . Dihadam setiap perkataan yang dilontarkan oleh namja tersebut . Malu juga bila difikirkan balik . Dia doktor diceramah oleh lawyer . Mana nak letak muka . Eh rilek ah luka kecil ja pun .

"Gomawo" ucap Hosook dengan bahasa yang tidak formal . Tiba-tiba hilang adabnya . Geram pula dia dengan lawyer ni pandai-pandai nak ceramahkan orang . "Btw ni kad saya . Kalau awak luka lagi call lah mana tahu takda stock plaster kan" lagi sekali kena betul di lubuk hati Hosook .

Main kasar nampaknya lawyer ni . Hey lawyer aja lah ! Jangan nak sombong sangat ! Hendak sahaja Hosook memijak kaki namja tersebut tetapi dia dapat mengawal perasannya . Bertenang wahai hati . Ini hanyalah cabaran .

--

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 11 malam . Boleh juga Hosook pulang awal . Tiada oncall . Inilah syurga dunia apabila dia dapat pulang awal ke rumah . Dari jauh lagi dia sudah menekan lock kereta punyalah tak sabar hendak pulang . Kereta honda crv putih miliknya dihidupkan enjin .

Dengan pantas kereta tersebut keluar dari perkarangan hospital . Dengan tidak sedar , Hoseok masih lagi menunggu Hosook untuk keluar . Entah mengapa dia menunggu yeoja sombong tersebut . Walaupun dia kelihatan sombong tetapi dia dapat merasakan yang yeoja tersebut mempunyai sifat keprihatinan dan tegas . I like .

Mungkin juga Hoseok sudah jatuh cinta terhadap doktor sexy tersebut . Alahai hati . Apabila terlihat Hosook sudah menghidupkan enjin , dia juga turut menekan minyak kereta honda civic merah kepunyaannya .

--

Setiap cop membuat kerja masing-masing . Hoseok menjejakkan kakinya kesana untuk berjumpa dengan Namjoon iaitu salah seorang cop yang mengendalikan kes kematian duda anak satu itu . "Yah dah dapat apa yang aku nak ?" soal Hoseok sambil menghirup segelas coffee .

"Belum lagi , penduduk dekat situ kata pembunuh tu tak gunakan apa-apa senjata tajam" jawab Namjoon mengambil cawan coffee yang dipegang Hoseok lalu menghirupnya .

Tiba-tiba seorang namja yang memakai kemeja dan lengannya dilipat memasuki balai tersebut lalu bertanyakan soalan kepada Hoseok . "Boleh saya jumpa lawyer Jimin ? Saya dah pergi pejabat dia tapi dia takda"

"Jimin-shiiii !" panggil Hoseok dengan kuat . Lambat sungguh Si pendek itu hendak bergerak . "Ni ada orang nak jumpa" lalu dia menyerahkan namja itu kepada Jimin . Sempat juga dia mencuri dengar apa yang dibincangkan oleh mereka berdua .

"Ahjussi tu masih lagi nak tuntut hak dia , jadi saya kena juga ikut dia ke mahkamah"


                                 -

Hai readers author yang disayangi . Author harap story ni tak membosankan macam story MTT . Kenapa author publish awal ? Sebab author rajin haha lawak hambar gelak sikit . Btw author bukannya tahu sngat pasal kerja doctor and lawyer ni tapi author harap korang boleh membantu . Kalau ada salah dan silap harap dimaafkan . Enjoy !

TOUCH | JHS Where stories live. Discover now