"Appa~"
Jeongwoo berlari memeluk kaki Hoseok kemudian Hoseok menundukkan badannya lalu mengangkat Jeongwoo .
"Handsomenya appa . Appa Jungkook pun handsome tapi dia tak suka Jeongwoo . Dia selalu ajak omma balik kalau jumpa Jeongwoo . Dia kata Jeongwoo budak kotor . Betul ka appa ?" wajah Jeongwoo yang tadinya riang bertukar menjadi sedih membuatkan Hoseok berasa seperti hendak membelikan funfair kepadanya .
"Mana ada , Jeongwoo bersih lah . Tengok omma dengan appa , Jeongwoo bersih macam omma dengan appa" rambut Jeongwoo digosok Hoseok .
Dalam perjalan mereka untuk pulang ke rumah Mrs Ahn , Hosook hanya berdiamkan diri .
"Untung Jeongwoo ada omma angkat macam awak walaupun appa angkat dia tak sukakan dia" pandangannya tepat ke arah mata Hosook .
"Appa dia awak lah" senyum Hosook .
"Alaa comelnya dia ~" pipi Hosook dicubit oleh Hoseok .
"Yah sakitlah !"
--
Dalam perjalanan mereka untuk pulang ke Seoul semula , senyuman di bibir Hosook tidak lekang walau seminit . Sempat mereka merasakan masakan Mrs Ahn yang seperti masakan chef di hotel 5 bintang .
Tiba-tiba telefon bimbit Hoseok berdering menunjukkan nama Namjoon di skrin telefon .
"Ohh hyung waeyo ?"
"Datang balai sekarang"
"Ada update terbaru ka ?"
"Tak.... kes ditutup...."
"Bwo ?!"
.
..
"Ahh nae...nae"Panggilan dimatikan .
"Waeyo ?" soal Hosook yang baru sahaja hendak melelapkan mata .
"Kes perogol Ahn Woo Jin ditutup" jawab Hoseok sambil matanya tertumpu pada jalan raya .
"Ahn...Woo Jin ?...."
Dia.. namja yang telah merosakkan hidup ommanya kini kembali setelah hampir 20 tahun menghilang tanpa khabar . Menghilang setelah melakukan perkara keji kepada ommanya . Hosook lahir tanpa seorang appa gara-gara tindakan bodoh namja itu . Demi nafsu dia sanggup merosakkan ommanya . Walaupun dia yang telah menghasilkan Hosook , tetapi Hosook tetap membencinya . Jika diberi pilihan antara lahir tanpa seorang appa atau tidak wujud di dunia , dia sanggup memilih untuk tidak wujud di dunia .
Hosook yang tadi hampir dibuai mimpi kini segar biji matanya . Jantungnya berdegup kencang apabila mendengar nama namja tersebut . Tidak tahu adakah dia tersilap orang , tetapi dia tetap benci untuk mendengar nama namja itu .
"Hosook.... awak okay tak ni ?" soal Hoseok apabila sedar bahawa Hosook tidak mendengar pertanyaannya .
"Nae ? Awak cakap apa tadi ?" Hosook cuba untuk selindung raut wajahnya yang bertukar menjadi risau daripada dilihat Hoseok .
"Saya tanya awak nak pergi hospital terus ka nak singgah rumah awak dulu ?"
"Hospital"
--
Hari sudah pun lewat malam , Hosook melangkah malas ke arah pintu utama hospital . Kepalanya terasa sakit akibat asyik memikirkan tentang namja tak guna itu tambahan dengan ramai pesakit yang perlu dikendalinya . Selepas Hoseok menghantarnya ke hospital , dia langsung tidak nampak kelibat kekasih hatinya itu . Setiap panggilan dari Hoseok tidak dijawabnya . Mungkin dia sibuk kendalikan kes tersebut sehingga tidak sempat untuk datang ke hospital .
Dia hanya memerlukan Hoseok buat masa sekarang . Dia perlukan pelukan hangat Hoseok . Tidak sabar betul untuk dia pulang ke rumah . Setibanya dia di hadapan pintu utama , kelihatan Hoseok keluar dari kereta sambil mengukirkan senyuman yang paling lebar . Hosook bertindak untuk berlari ke arahnya . Ketika dia berada di dalam pelukan Hoseok , kedengaran bunyi satu tembakan besertakan dengan pergerakan tubuh Hoseok yang berganjak ke hadapan .
Matanya membulat , tangannya yang memeluk tubuh Hoseok dapat merasakan kesan percikan cecair . Dia dapat merasakan beban yang ditahannya semakin berat . Dia terjatuh bersama dengan tubuh Hoseok yang masih berada di dalam pelukannya . Sempat dia memandang ke arah rooftop blok B , dan lagi sekali bunyi tembakan yang agak jauh dari telinganya .
"Awak....awak...." suaranya bergetar .
"Hoseok!!" dia menjerit dengan sekuat hati . Hatinya terasa seperti dihiris pisau yang tajam melihat kekasih hatinya terbaring seperti tidak bernyawa .
"Saya tak akan biarkan siapa-siapa lukakan awak"
"Tolong ! Tolong !!"
Jungkook yang turut dalam perjalanan untuk pulang ternampak figura Hosook yang sedang melutut meminta pertolongan . Tanpa membuang masa dia memanggil beberapa orang nurse untuk membawa katil kecemasan . Dia mengangkat tubuh Hoseok yang tidak bermaya itu .
--
Tangan Hosook dicuci sebelum melakukan pembedahan ke atas Hoseok secara kecemasan . Tanpa dia sedari Jungkook turut menyucikan tangan .
"Pembantu pembedahan tak ada jadi saya tolong awak" ujatnya ringkas langsung tidak memandang ke arah Hosook .
Lalu Hosook memberhentikan perbuatannya lalu memandang Jungkook dengan penuh benci .
"Tolong ? Untuk apa ? Bukan ka awak nakkan semua ni ? Bukan ka awak yang rancang semua ni ? Or awak ada rancangan lain ? Lepas apa yang awak buat , awak buat taktahu ja kan ? Saya tak perlukan bantuan manusia keji macam awak" dia melemparkan jelingan maut lalu beredar .
"Awak jangan nak sombong , awak ingat awak boleh kendalikan sendiri pembedahan tu dengan keadaan Hoseok yang sedang kritikal tu ?" senyuman sinis terukir di bibir Jungkook .
--
"Vital signs ?"
"Semuanya stabil" jawab salah seorang nurse .
Agak lama Hosook mendiamkan diri manakala Jungkook sedang dipakaikan baju pembedahan . Hatinya tiba-tiba berdegup kencang . Dia takut akan berlaku sesuatu perkara buruk ke atas Hoseok apabila dia memulakan pembedahan .
"Scalpel" seorang lagi nurse meletakkan scalpel di atas tapak tangan Hosook .
Jungkook sedar akan tangan Hosook yang bergetar tidak henti lalu dia memegang tangan Hosook dengan erat . Dia memandang wajah Hosook dengan raut wajah yang tenang lalu dia mengangguk bagi memberi semangat kepada Hosook .
Permukaan dada Hoseok dibelah . Darah yang keluar mengalir laju ke tangan Hosook .
.
..
."Cut" seorang nurse memotong benang apabila menerima arahan dari Dr Hosook .
Dia menghembus nafas lega setelah selesai melakukan pembedahan . Walaupun Jungkook tidak dapat melihat wajah Hosook oleh kerana ditutupi mask , tetapi dia dapat merasakan yang Hosook tersenyum lega .
--
Jungkook sudah pun pulang setelah selesai pembedahan . Hosook ? Dia setia menunggu Hoseok di ruang ICU . Pelbagai jenis tiub disambung di tubuh badannya . Semua itu Hosook sendiri yang pasangkan . Dia akan menjaga Hoseok , dia akan sentiasa ada di sisi Hoseok . Hoseok telah pun berkorbankan nyawa untuk selamatkan dia . Apa cara lagi untuk bayar semula jasa Hoseok .
Tapak tangan mulus Hosook tidak lekang dari pipi Hoseok . Diusap lembut supaya Hoseok tidak sakit . Hanya air mata yang menemaninya buat ketika itu . Air mata kekecewaan dan kegembiraan . Perlahan-lahan dia mendekatkan mukanya ke pipi Hoseok lalu diciumnya lembut .
"Gomawo"
-
YOU ARE READING
TOUCH | JHS
Fanfiction+Kalau dapat doktor saiz bra 36D macam awak ni saya sanggup sakit setiap hari+ "Saya rela berhenti kerja dari jaga lawyer pervert macam awak" "Saya takkan sentuh awak selagi awak tak bersedia" "Jangan libatkan hubungan kita dalam kes ni" Started ;...