Secawan coffee dihirup Hosook sambil memikirkan nasib yang menimpanya .
"Kau rasa patut tak aku percaya si Lawyer tu ? Iya lah awal-awal lagi dia dah pukul Jungkook sampai nak patah rahang namja tu . Silap hari bulan sekali dengan aku dia selitnya celah kangkang" luahnya kepada Dr Taehyung iaitu chingunya sendiri .
"Entah lah Hosook... kau yang goda dia siapa suruh . Tapi kan okay apa , dia handsome , kaya.... anak Manager Jung weh kau gila ka apa" kata Taehyung sambil menolak-nolak bahu Hosook .
"Kau ni kan pantang dengar duit cepat ja kau puji eh ?" jeling Hosook melihat chingunya yang gila akan harta itu . Kakinya melangkah pergi meninggalkan Taehyung yang terjerit-jerit memanggilnya .
--
Hoseok melabuhkan punggungnya di kerusi empuk di meja makan rumah Chairman . Dia terpaksa bertemu dengan appa . Ikutkan hati dia tidak ingin langsung hendak menjejakkan kaki di rumah Mr Jung .
Dawon berada bertentang dengan Hoseok di meja makan yang panjangnya hampir sebuah kereta . Matanya tidak lepas dari melihat oppa tirinya yang tiba-tiba segak bergaya pada malam ini .
"Appa akan ziarah omma kamu esok.... jadi appa nak kamu berdua ada sama . Jangan malukan apa depan wartawan" bicara si tua dengan penuh tegas .
Walaupun tegas Hoseok tetapi mengendahkan Mr Jung . Tanpa berkata apa-apa dia bangun dari tempat duduknya dan mengambil kunci kereta di atas meja .
"Hoseok... kamu tak dengar apa yang appa kamu cakap ? Kenapa kamu degil sangat ?" Mr Jung mula hilang kesabarannya dan turut bangun dari tempat duduknya .
Agak lama Hoseok mendiamkan diri sambil memberikan pandangan maut . "Hoseok takda appa..."
Kemudian dia berlalu pergi ke keretanya yang terparkir elok di hadapan rumah yang diibarat istana . Tetapi belum sempat dia membuka pintu kereta , lengannya ditarik oleh Dawon .
"Oppa dah gila ka ?" katanya dengan nada yang agak tinggi .
"Jangan masuk campur urusan family aku . Tu omma aku bukan omma kau . Tu appa kau bukan appa aku"
Lalu tangan kanannya merentap kasar tangan Dawon yang berpaut di lengan kirinya .
--
Hampir dua botol soju yang dilanggah Hoseok . Lampu di dalam rumahnya semua dipadamkan . Dia perlukan ketenangan . Bukan dia minta untuk berkasar dengan Mr Jung . Sepanjang dia hidup , dia tidak pernah merasa kasih sayang seorang appa . Walaupun mereka kaya , penuh harta tetapi dia ibarat dibeli oleh appanya di Longwan .
Kedengaran bunyi loceng rumahnya berbunyi . Hatinya agak rimas bila seseorang mengganggu saat-saat ketenangannya . Tanpa melihat di kaca skrin cctv , dia terus membuka pintu .
Jantungnya hampir tercabut apabila melihat Hosook berada di hadapan rumahnya . "Awak buat apa dekat sini ?"
"Saja" dengan tidak malunya dia melangkah masuk ke dalam rumah Hoseok tanpa dipelawa .
Kakinya terhenti melangkah apabila melihat dua botol soju yang sudah kering di atas meja .
"Awak marah saya lagi ka ?"
"Anyi...."
"Habistu ?"
"Nothing"
--
Paparazzi mulai memenuhi perkarangan hospital setelah tibanya Mr Chairman . Beberap doktor memberikan tunduk hormat termasuklah Hosook . Dia mengambil tempat di sebelah Mr Chairman dan personal assistant untuk mengetuai mereka ke bilik di mana menempatkan Mrs Jung .
Sebelum mereka sampai ke bilik Mrs Jung , sempat Hosook menerangkan beberapa info berkenaan hospital tersebut . Agak ramah juga Mr Chairman tidak seperti apa yang dia sangkakan . Setiap bait perkataan yang dikeluarkan oleh Hosook dibalas dengan begitu memuaskan . Langsung tidak mengecewakan .
Pintu bilik Mrs Jung dibuka oleh salah seorang bodyguard yang menjaga pintu bilik setiap masa . Hoseok dan Dawon sudah pun menunggu di sebelah Mrs Jung membuatkan Mr Chairman tersenyum . Bukan kerana dia gembira kerana anak-anaknya ada bersama tetapi dia gembira kerana Hoseok tidak memalukannya . Senyuman di bibir Dawon tidak lekang . Manakala Hoseok masih dengan riak wajah yang tenang .
Hosook mengambil tempat di sebelah Hoseok manakala Mr Chairman berada bertentangan . MR Chairman menyapa Mrs Jung iaitu isterinya dengan begitu gembira .
Dalam mereka semua sedang gembira melihat layanan Mr Chairman terhadap isterinya , Hoseok masih lagi dengan riaksi yang sama . Tetapi lebih lain dari tadi . Pandangannya tajam ke arah appanya . Hatinya membara dengan layanan palsu Mr Jung . Dia tidak pernah sebaik ini dengan ahli keluarganya . Boleh diikutkan dia tidak pernah memberikan senyuman kepada ommanya .
Melihat raut wajah Hoseok yang semakin berubah , Hoseok bertindak memegang tangan Hoseok yang sudah tersedia penumbuk . Tetapi Hoseok membalas semula dengan mencantumkan jari mereka dan semakin erat tangan mereka .
Mr Jung perasan akan perbuatan mereka berdua yang secara sembunyi lalu dia tersenyum sinis .
"Yeoja ni yang buatkan kau takpernah nak pandang dongsaeng kau ?" bisik Mr Jung di dalam hati .
--
Jam sudah menunjukkan pukul 1 tengah malam dan tibalah masanya untuk Hosook pulang . Belum sempat dia menutup pintu pejabatnya , telefonnya berdering .
"Awak dekat mana ?" soal Hoseok .
"Hospital.... otw nak balik"
"Saya ambik awak"
Lalu panggilan dimatikan .
--
Sepanjang perjalanan mereka terdiam bisu sehinggalah mereka tiba di rumah Hoseok . Naik hairan Hosook apabila dia kini berada di rumah Hoseok .
"Teman saya..."
--
Dia memerlukan seseorang untuk bersama dia . Dia memerlukan seseorang yang boleh menyenangkan hatinya .
Dia sudah meminta kebenaran Hosook untuk memeluknya . Walaupun dia terlalu melayan perasaan tetapi dia tetap menghormati permintaan Hosook . Dia tahu apa yang telah dilalui Hosook . Tidak semenanya untuk dia melanggar janji yang telah dia buat di hadapan Hosook . Dia seorang yeoja yang mempunyai prinsip yang tinggi tetapi dia juga mempunyai hati yang lemah . Kuat macam mana pun dia , dia tetap seorang yeoja . Yang mempunyai perasaan yang berbolak balik .
"Gwenchanhayo ?" soal Hosook sambil jarinya menyentuh pipi Hoseok .
"Em" jawab Hoseok sepatah .
Tetapi Hosook tidak percaya . Dia tetapi menyoalkan benda yang sama sehingga Hoseok jawab .
"Jangan tanya saya please... just stay like this... I'm not okay... saya perlukan pelukan awak"
Dengan kata-kata tersebut mampu membuatkan hati Hosook tenang . Tubuh Hoseok yang hangat terasa keseluruhan tubuh Hosook membuatkan dia semakin selesa di dalam pelukannya .
"Kenapa awak tak suka appa awak" tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulut Hosook .
Lantas Hoseok bangun terduduk . Hosook tahu dia terlepas cakap . Dia tidak sepatutnya menanyakan soalan tersebut pada waktu sekarang . Dia ingatkan Hoseok tidak akan membalas apa-apa dan memarahinya sampai bila-bila . Tetapi Hoseok membalas dengan suara yang dalam .
"Dia bukan appa saya....."
-
YOU ARE READING
TOUCH | JHS
Fanfiction+Kalau dapat doktor saiz bra 36D macam awak ni saya sanggup sakit setiap hari+ "Saya rela berhenti kerja dari jaga lawyer pervert macam awak" "Saya takkan sentuh awak selagi awak tak bersedia" "Jangan libatkan hubungan kita dalam kes ni" Started ;...