Kasut yang dikenakan Hosook amatlah selesa dipakainya sehinggakan setiap hari dia akan memakainya tidak kira di mana . Alamklumlah namja handsome yang bagi .
Dia dalam perjalanan untuk ke bilik Mrs Jung untuk membuat check up . Dari luar bilik lagi dia sudah nampak seorang namja dan seorang yeoja berada bersama dengan Mrs Jung . Sebelum ini tidak ada pun dua orang ni .
Tersedar akan kehadiran doktor , Hoseok memandang wajah doktor tersebut walaupun sebelum dia pandang lagi dia sudah tahu siapa gelaran doktor tersebut .
"Hoseok ?" tergamam Hosook apabila melihat gelaran si namja tadi .
Hoseok membalas dengan senyuman sambil keningnya dijongket sebelah . Amboi handsome lah tu . "Kamu berdua dah kenal ?" soal Mrs Jung dengan nada yang sayu plus teruja .
"Kenal , siapa tak kenal anak Mrs Jung ni . Setiap hari muncul dekat hospital ni" jelas Hosook sambil menyucukkan ubat ke dalam saluran air yang mengalir masuk ke dalam tubuh Mrs Jung .
"Memandangkan Hoseok dah ada dekat sini , saya ada perkara penting yang nak diberitahu . Dalam minggu depan Mrs Jung kena buat operation sebab kami taknak cyst Mrs Jung semakin besar . Berkemungkinan akan merebak ke bahagian otak kalau tak dibuang" terang Hosook dengan penuh sopan .
"Operation ?" soal Mrs Jung dengan perasaannya yang semakin kucar kacir .
"Mrs Jung jangan risau , saya yang akan perform operation . Saya akan pastikan Mrs Jung akan kembali pulih" setiap bait perkataan yang dilontarkan besertakan senyuman manis dari Dr Hosook .
Dari tadi Hosook sedar bahawa yeoja yang berada di sebelah Hoseok asyik memandangnya dengan pandangan yang hangat . Entah kenapa dia ada dalam ni dan entah kenapa dia .
Tiba-tiba sahaja perbualan mereka disampuk oleh seorang nurse . "Dr Hosook , Directer-nim nak jumpa dengan dr sekarang" haa sudah .
Apa pula yang nak dibebelkan oleh Mr Jeon ni . Sudah orang tolak anaknya , apa lagi yang dia nak . Cukup-cukuplah dia cuba hendak bunuh Hosook .
"Saya pergi dulu" tunduk hormat diberikan kepada Mrs Jung . Sempat dia memberikan pandangan yang cemas kepada Hoseok sebelum dia keluar dari bilik tersebut .
--
Pintu diketuk sebelum mendengar Mr Jeon memberi kebenaran untuk masuk . Tangannya berpaut antara satu sama lain . Bukan Mr Jeon sahaja yang ada di dalam pejabat , malah Jungkook juga turut serta . Nasib malang apakah yang akan menimpa .
"Duduk"
--
Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam . Hosook bersiap sedia untuk pulang ke rumah tetapi niatnya terbatal . Fikirannya berbolak balik memikirkan nasibnya yang malang jika dia menjejakkan kaki ke luar bangunan hospital . Jari jemarinya menekan nombor Hoseok . Belum sempat beberapa saat dia menunggu Hoseok sudah menjawab panggilan .
"Hoseok-ah , ambik saya dekat depan hospital"
--
Kereta milik Hoseok meluncur laju di atas jalan . Kenderaan semakin berkurangan kerana sudah ramai yang pulang ke rumah . 5 minit selepas Hoseok mengambil Hosook di hospital dan dari situ juga dia tidak mengatakan sepatah perkataan .
"What's wrong ?"
Air muka Hosook cuak habis . Kenapa perlu tanya . Dia berdiam agak lama sehingga Hoseok menyampuk semula .
"Awak masih tak percayakan saya ?" mata Hoseok berulang alik ke Hosook dan ke arah jalan .
"Anyii......tadi.. Mr Jeon suruh saya kembali dengan Jungkook tapi.... saya tolak . Itu yang saya call awak takut dia suruh orang suruhan dia apa-apakan saya" jawabnya dengan suaranya yang perlahan .
YOU ARE READING
TOUCH | JHS
Fanfiction+Kalau dapat doktor saiz bra 36D macam awak ni saya sanggup sakit setiap hari+ "Saya rela berhenti kerja dari jaga lawyer pervert macam awak" "Saya takkan sentuh awak selagi awak tak bersedia" "Jangan libatkan hubungan kita dalam kes ni" Started ;...