"Please....."
"Sayang..."
Dia terkejut apabila mendengar suara garau Hoseok . Dengan pantas dia mendongakkan kepalanya untuk memandang Hoseok . Tetapi Hoseok memandang ke arah Ahn Woo Jin . Perlahan-lahan dia mengekori anak mata Hoseok . Degupan jantungnya bertambah laju apabila melihat tubuh appanya yang seperti tidak bernyawa terbaring di atas lantai . Dia berlari untuk mendapatkan namja yang bergelar appanya itu . Dia meletakkan jari telunjuknya dibawah hidung kemudian di nadi . Tubuhnya berasa longlai apabila mengetahui appanya sudah tiada . Dia memandang Hoseok perlahan membuatkan Hoseok terkaku .
--
"Sayang....mian...." Hoseok duduk menghadap ke hadapan tanpa memandang Hosook .
Mereka kini berada di dalam gereja . Hampir 1 jam Hosook menghabiskan masa di situ . Mereka baru sahaja selesai upacara funeral appanya . Hosook masih lagi berpakaian serba hitam termasuk Hoseok .
"Awak tak salah....."
"Gomawo....sebab jaga saya walaupun saya banyak menyusahkan awak" tangannya memegang erat tangan Hoseok yang berada di atas riba .
"Sayang...awak tak menyusahkan saya...." diambil tangan kiri milik Hosook yang tersarung sebentuk cincin di jarinya itu .
"Ini janji saya dekat awak...saya akan sayang awak sampai bila-bila" anak mata Hoseok tidak lekang dari memandang Hosook .
Hosook memeluk Hoseok sambil merehatkan kepalanya di dada tegap Hoseok .
"Bagi saya lagi sikit masa untuk settlekan hal ni... lepastu kita fikirkan pasal wedding kita...okay ?" bisik Hoseok di antara dahi Hosook .
Dia dapat merasa senyuman Hosook yang terukir lebar di bibir mulusnya .
"Awak nak balik Daegu ? Saya rindu Jeongwoo" Hoseok menyebut nama Jeongwoo besertakan senyuman lebar .
--
Seminggu kemudian Hosook kembali ke tempat kerjanya . Dia tidak boleh lepas tangan sebegitu sahaja . Walaupun kini hospital itu sentiasa dikerumuni oleh wartawan yang tidak jemu asyik menanyakan tentang Mr Jeon iaitu pengurus hospital tersebut . Bukan itu sahaja , hubungan dia dan Hoseok sudah pun tersebar luas . Banyak kata-kata negative yang dilemparkan kepada Hosook oleh kerana menjalinkan hubungan dengan anak Chairman tetapi Hoseok sentiasa ada untuk menjaga nama baik Hosook .
Gerangan pengurus hospital sudah jatuh ditangan Jeon Jungkook iaitu anak Mr Jeon . Dia juga sudah banyak berubah setelah tahu perbuatan keji appanya . Walaupun dia tahu bahawa appanya sentiasa merancang sesuatu tetapi tidaklah sehingga membunuh Hosook .
"Mrs Jung boleh rehat , lepasni waktu lunch.... nanti nurse datang bawakan makanan" kata Hosook sambil memegang erat tangan Mrs Jung .
"Panggil ja omma... lagipun nanti kamu nak jadi menantu omma juga"
"Macam.... mana Mrs....macam mana omma tahu ?" hampir tercabut jantung Hosook apabila Mrs Jung berkata sedemikian . Yang dia tahu mereka berdua tidak pernah membincangkan hal ini kepada orang tua mereka .
"Tunang kesayangan kamu tu dah bagitau omma....kalau boleh setiap hari dia cakap pasal kamu" terang Mrs Jung membuatkan Hosook malu-malu kucing sehinggalah dia tersedar pintu bilik dibuka oleh seseorang .
"Haa tu dah datang... panjang umur bakal suami Jung Hosook ni" sempat lagi Mrs Jung menyakat kedua-dua orang itu .
"Omma....janganlahh....."
"Dr Hosook ada patient sedang tunggu doktor" tiba-tiba seorang nurse datang menyampuk perbualan mereka .
Lalu Hosook memberikan tunduk hormat kepada Mrs Jung dan senyuman gatal kepada Hoseok sebelum dia berlalu pergi .
--
Jam menunjukkan pukul 9 malam . Pesakit luar masih lagi memerlukan rawatan mereka . Hosook bernasib baik kerana ramai doktor meminta cuti jadi senanglah kerjanya untuk menguruskan pesakit .
Ketika dia sedang merawat seorang pesakit , tiba-tiba nurse yang sama datang terburu-buru ke arahnya .
"Doktor..... Mrs Jung...." belum nurse itu habis bercakap Hosook terlebih awal berlari ke arah bilik Mrs Jung .
Setibanya dia di bilik Mrs Jung , terdapat ramai nurse yang berkumpul di keliling katil .
"Doktor....vital sign Mrs Jung sangat lemah....kami dah lakukan CPR tapi....."
"Ketepi !" ditolak semua nurse yang berada di situ ke tepi dan dalam masa yang sama Hoseok tiba di hadapan pintu .
Dia terkedu apabila melihat Hosook yang sedang melakukan CPR terhadap ommanya . Vital sign sudah pun menunjukkan garis lurus dan berbunyi .
Jungkook yang terdengar khabar angin itu turut memasuki bilik tersebut . Melihat Hosook yang menangis sambil menekan-nekan dada Mrs Jung membuatkan Jungkook menariknya .
"Hosook sudah !" tengking Jungkook .
"Tak ! Saya tak boleh biarkan dia macam ni ! Lepas !" Hosook cuba untuk melepaskan diri dari Jungkook tetapi ianya hanyalah sia-sia .
Nurse membawa keluar jasad Mrs Jung yang sudah tidak bernyawa itu .
"Jangan ! Tolong bagi saya peluang ! Tolong !" Hosook tertunduk sambil meraung .
Tiba-tiba Dawon yang baru sahaja tiba selepas Hoseok , menyerangnya dengan makian .
"Kau yeoja tak guna ! Aku dah agak mesti kau nak bunuh omma aku ! Kau cuma nakkan harta keluarga kami ! Kau memang taklayak dalam keluarga kami yeoja jijik !" perkataan jijik ditekannya sebelum dia berlalu pergi .
Hosook yang dalam keadaan mukanya yang merah , matanya yang berair mendongakkan kepala memandang Hoseok yang berdiri kaku di hadapan pintu . Dia menggelengkan kepala untuk meyakinkan Hoseok bahawa dia bukan yeoja yang seperti itu . Dia bukan pembunuh .
Tetapi harapannya hanyalah angan-angan . Hoseok meninggalkan dia berseorangan dengan perasaan yang keliru .
"Jangan cari saya...."
-

ANDA SEDANG MEMBACA
TOUCH | JHS
Fiksi Penggemar+Kalau dapat doktor saiz bra 36D macam awak ni saya sanggup sakit setiap hari+ "Saya rela berhenti kerja dari jaga lawyer pervert macam awak" "Saya takkan sentuh awak selagi awak tak bersedia" "Jangan libatkan hubungan kita dalam kes ni" Started ;...