- 15 -

309 43 6
                                    

Keadaan di dalam ruang kecemasan menjadi huru hara akibat kelalaian Dr Hosook . Hampir 10 botol ubat yang telah ditumpahnya . Otaknya berligar-ligar memikirkan kejadian yang menimpa hidupnya .

Mayat Mrs Jung sudah dibedah siasat dan mendapati punca kematiannya adalah dari kesilapan ubat yang disuntik masuk ke dalam saluran air . Setahunya , Mrs Jung sudah tidak menerima apa-apa suntikan selepas pembedahannya yang lalu .

Wajah Hosook kelihatan begitu tidak berseri . Bibirnya pucat dan di bawah matanya mula menjadi hitam . Sudah 2 hari dia tidak berjumpa dengan Hoseok . Tidak tahu apa pula nasib yang bakal menimpanya . Selepas hari kejadian , Hosook langsung tidak nampak kelibat Hoseok mahupun menerima panggilan darinya . Dia tahu Hoseok tidak akan memaafkannya kali ini .

Ubat suntikan disuntik masuk ke dalam saluran darah seorang pesakit .

"Doktor okay ka ni ?" tanya Si pesakit tersebut yang berusia dalam lingkungan ommanya .

Hosook terus tersedar dari lamunannya apabila telinganya menangkap suara kekasihnya .

"Dawon sabar lah !" jerit Hoseok sambil meligan Dawon yang sama-sama memasuki ruang kecemasan dan menghala ke arah Hosook .

"Yah yeoja takguna !" tengkingan Hosook mampu menarik perhatian Jungkook lalu dia menghampiri mereka .

"Untuk pengetahuan semua , dia ni lah yang bunuh Mrs Jung ! Kau yeoja ! Aku takkan biar kau hidup senang ! Aku nak jumpa kau dekat mahkamah kau faham ! Kau tunggu sampai polis datang......"

"Jung Dawon...." pergelangan tangan Dawon ditarik oleh Hoseok .

Hosook tidak mampu untuk berkata apa-apa . Dia hanya tertunduk menahan air matanya dari jatuh . Lututnya terasa seperti tiada tulang .

"Maaf awak tak boleh buat kecoh dekat sini , ramai pesakit yang dengar...." percakapan Jungkook dipotong oleh Dawon terlebih dahulu .

"Biar semua orang tahu yang dia ni dah bunuh omma kami !"

Ruang kecemasan menjadi semakin kecoh dengan bisikan para pesakit . Ada juga yang menengking . Hosook memekup telinganya , dia tidak tahan lagi dengan bisikan-bisikan yang diibaratkan bisikan syaitan .

"Aku tak bunuh dia.....aku tak bunuh dia"

--

Selepas kejadian tersebut , Jungkook membenarkan Hosook untuk pulang awal ke rumah untuk berehat . Suasana diluar sudah gelap termasuk juga ruang apartment yang didiaminya itu . Sudah 2 jam dia termenung ke luar tingkap melihat kereta yang lalu lalang . Tetapi matanya tertancap pada sebuah kereta Honda milik Hoseok dan kereta Hyundai berhenti di hadapan apartmentnya .

Kelihatan Hoseok keluar dari kereta manakala Namjoon dan beberapa orang anggota polis yang lain keluar dari kereta Hyundai tersebut . Hosook sudah tahu apa nasibnya yang seterusnya . Hoseok membisikkan sesuatu kepada Namjoon lalu dia memasuki kereta semula . Tetapi hanya satu perkara yang menghairankan Hosook , raut wajah Hoseok kelihatan sedih . Bukankah sepatut dia gembira apabila pembunuh ommanya dapat ditangkap .

Dalam beberapa minit , kedengaran bunyi loceng rumahnya . Serta merta dia membukakan pintu . Namjoon menunjukkan kad polisnya kepada Hosook .Tetapi Hosook membalas dengan senyuman yang lemah .

"Mianhe...." itu perkataan yang dikeluarkan oleh Namjoon sebelum dia memegang lengan Hosook dengan lembut .

Hosook menghulurkan tangannya untuk digari tetapi Namjoon tersenyum kecil sambil menggeleng .

TOUCH | JHS Where stories live. Discover now