THE GANGSTER WHO RAIDED ME | HDH Ink
BAB 2
MY FATETORVIANA risau apabila Ubbe dan ayahnya mengambil lebih banyak masa untuk bercakap di dalam bilik pejabat. Dia bangun dari sofa. Dia berjalan mundar mandir dan masih sahaja pengikut Ubbe mengawal segala tindakan dan gerak gerinya. Seperti dia adalah seorang yang sangat merbahaya, sedikit kakinya melangkah membuat kesemua mereka merenung ke arahnya dengan tajam.
'Hmmm!'
Torviana duduk semula. Sudah hampir 45 minit, Ubbe dan ayahnya berada di dalam bilik pejabat ayahnya. Torviana sedikit pun tidak mempercayai Ubbe. Tentu dia sedang mengugut ayahnya untuk melakukan perkara perkara bodoh. Torviana tidak akan membenarkan ayahnya membuat keputusan yang bakal membawa kepada kemusnahan Wolfs 5.
PINTU bilik pejabat dibuka. Semua orang menoleh ke arah Datuk Samuel Kigawa dan juga kepada Ubbe di belakangnya. Torviana bangun dan mendapatkan ayahnya.
"Daddy? Apa yang lelaki tak guna tu nak Daddy buat?" Bisik Torviana di telinga ayahnya. Datuk Samuel Kigawa hanya menggeleng.
"Torvi naik lah ke bilik. Ubbe akan hentikan serangan. Dia sudah minta maaf kepada Daddy. Dia akan balik ke rumah dia sekarang juga." Jawab Datuk Samuel kepada Anaknya. Torviana menjeling pada Ubbe. Mustahil begitu mudah! Melihat lirikan Ubbe kepadanya membuat dia semakin risau.
Ubbe seperti manusia yang mempunyai tanduk yang sangat sesuai dengan sikapnya yang lagak setan.
"Hey You!" Torviana masih tidak puas hati. Dia mendekati Ubbe.
"Yes...?" Ubbe berhadapan dengan Torviana. Matanya merenung wajah gadis itu semahunya.
"Apa yang kau dah cakap dengan My Daddy! You better tell me now!" Bisik Torviana dengan renungan tajam. Ubbe tertawa.
"Tak sabar nampak. It's was a fun talk with Your father. You will like It for sure!" Balas Ubbe.
"Kau mesti dah ugut dia macam macam kan! Kau boleh tak keluar dari rumah saya sekarang juga! Bawa balik orang orang kau yang tak berguna ni!" Marah Torviana. Dia menolak badan Ubbe jauh darinya dan pergi dari situ. Kakinya menghentak anak tangga ketika dia mendakinya menuju ke tingkat atas. Ubbe hanya tersengih.
"Well. The Queen have Spoken. Suruh orang kita balik." Arah Ubbe kepada Pengikutnya.
"Baik Bos!" Jawab mereka.
Kini yang tinggal hanya Ubbe dan Datuk Samuel Kigawa. Mereka minum sebotol whiskey bersama sama.
"Bos!" Seorang pengikut Ubbe masuk semula ke dalam rumah. Ubbe dan Datuk Samuel menoleh.
"What again?" Bentak Ubbe.
"Wolfs 1 is here!" Jerit mereka.
Ubbe terus berdiri bila mendengar Pengikutnya menyebut nama Wolfs 1. Begitu juga dengan Datuk Samuel. Qavin! Ya itu pasti Qavin. Mungkin dia sudah tahu, Ubbe telah menyerang mereka. Ubbe keluar dari situ. Dan dalam perjalanan menuju ke pagar utama, dia berhenti melangkah apabila melihat Qavin sedang berjalan menuju ke ayahnya.
"Ubbe!!" Jerit Qavin.
Ubbe berpaling. Dia mengetuk dahinya beberapa kali. Dia harus berhadapan dengan Qavin walau apa cara sekalipun.
"Ubbe!!" Qavin menjerit lagi. Semakin hampir kepadanya, Ubbe menoleh. Qavin mengacu Pedang katana panjang di hadapan Ubbe. Ubbe mengangkat tangannya. Berserah.
"Will You just stop messing around with Us!" Jerit Qavin.
"I came here to Make a deal with Uncle sam..." Jawab Ubbe.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO RAIDED ME
ActionRANKED #1 In THRILL [ 25/2/2019] Torviana, Waris kepada kumpulan Pecahan Gangster WOLF 5 yang cukup terkenal. Dia bukan sahaja harus menjadi penyelamat kepada keluarga dan legaci ayahnya, dia juga harus menikahi Ubbe Ivar, salah satu pewaris Kumpula...