THE GANGSTER WHO RAIDED ME | HDH Ink
BAB 11
INSIDE THE COREUBBE dan Nafro saling berbalas senyuman yang hanya berlarutan dalam masa seminit. Mereka kemudiannya menarik muka serius seperti menyembunyikan sesuatu dalam benak fikiran mereka.
"Kau nak tahu apa sangat pasal Daragon Valhala?" Tanya Ubbe pada Nafro.
"Everything. Saya tau, kau adalah salah satu orang paling dipercayai oleh ketua Daragon Valhala. So, tell me, Ubbe?"
"Apa benda yang kau nak tahu?"
"Siapa yang bunuh Ketua Daragon Valhala yang sebenar?" Tanya Nafro. Ubbe tertawa kecil.
"Papa besar yang arahkan orang bawahan dia untuk bunuh ketua Daragon Valhala yang sebenar. Dan kalau kau nak tau apa sebabnya, of course lah dia nak berkuasa." Jawab Ubbe.
"Siapa lagi yang bersubahat dengan papa besar? Datuk Henkin timbalan presiden juga terlibat sama, bukan?"
"Ya. Tapi, ada seorang lagi yang paling berkuasa di antara dua manusia ni, tapi orang tu tak pernah muncul. Saya pun tak pernah lihat orang tu."
"Maksud kamu? Ada kuasa lain yang menaungi Daragon Valhala?"
"Ya. Even papa besar pun perlu ikut semua perintah orang tu. Dia hanya akan hubungi papa besar sekali seminggu dan arahan yang dia berikan akan tentukan perjalanan Daragon Valhala untuk hari yang seterusnya."
"Siapa orang tu? Selama saya di tahan di markas Daragon Valhala, hanya Datuk Henkin dan Papa besar yang muncul di hadapan saya. Awak tak pernah bagitau yang ada Kuasa lain.."Ujar Qavin pula.
"Kan saya dah cakap, Saya tak tahu sepenuhnya organisasi Daragon Valhala. Saya dah cuba untuk ketahuinya tapi gagal. Dan saya berani sumpah yang Ubbam juga tidak tahu siapa yang selalu berhubung dengan papa besar." Jawab ubbe lagi.
Wolfs yang ada di situ semuanya saling bebalah antara satu sama lain.
"So, Kenapa Daragon begitu terdesak nak
Musnahkan Wolfs?" Tanya Qavin lagi. Ubbe mengangkat bahunya."Semuanya atas arahan Lelaki misteri yang selalu hubungi papa besar dan saya dah tahu, saya tak tahu siapa orangnya sebab dia tak pernah munculkan diri di hadapan kami semua." Kata Ubbe.
Nafro bangun Dari tempat duduk dan membawa Qavin bercakap di luar bilik perjumpaan itu.
"I felt bad about this. Saya kena bagitau Presiden pasal kewujudan manusia misteri tu. For now on, kau kena berhati- hati, Saya pasti, mereka sedang mencari awak." Pesan Nafro sebelum membawa kaki beredar dari tempat itu.
TORVIANA turun daripada perut kereta dan menoleh pada Ubbe yang mengekorinya dari belakang. Ubbe memegang dadanya, mungkin luka di dadanya masih membuat dia merasa sakit.
"Kau okay? Qavin tak pukul awak kuat sangat pun tadi. Come on!" Torviana undur selangkah, menjadikan dia dan Ubbe berjalan seiringan masuk ke dalam rumah kediaman Wolfs 5.
"Sorry, Saya kena bermalam di sini. Saya tak ada tempat lain nak pergi." Kata Ubbe.
"It's okay. Saya akan jaga awak sampai awak betul- betul sembuh, okay?" Torviana memaut bahu Ubbe. Dia membawa Ubbe ke bilik tetamu dan membantunya baring di atas katil. Torviana membantu menanggalkan kasut dan stokin Ubbe. Jacket Ubbe juga dibukanya dan disimpan di tepi katil. Ubbe hanya memerhatikan Torviana melayannya dengan Lebih baik.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO RAIDED ME
ActionRANKED #1 In THRILL [ 25/2/2019] Torviana, Waris kepada kumpulan Pecahan Gangster WOLF 5 yang cukup terkenal. Dia bukan sahaja harus menjadi penyelamat kepada keluarga dan legaci ayahnya, dia juga harus menikahi Ubbe Ivar, salah satu pewaris Kumpula...