BAB 4: THE GAMES

2.1K 302 41
                                    

THE GANGSTER WHO RAIDED ME | HDH Ink

BAB 4
THE GAMES

TORVIANA terjaga pagi itu dan menyedari dia sudah berada di atas katil. Ini bermakna, Ubbe telah memindahkan dia dari tidur di sofa ke atas katil. Tidak mungkin dia boleh berjalan sendiri ke situ tanpa bantuan sesiapa. Torviana turun secepatnya dari atas katil. Dia turun ke tingkat bawah dan mencari ayahnya. Semua tempat dia cari tapi bayang ayahnya tidak kelihatan. Pelbagai andaian yang wujud dalam fikiran Torviana. Bagaimana jika Ubbe benar- benar mahu menggunakan ayahnya sebagai ugutan supaya dia bersetuju untuk berkahwin dengannya. Torviana menolak pintu pejabat ayahnya. Kerusi yang selalu menjadi tempat ayahnya menghabiskan masa sehariannya kosong. Torviana mengeluh resah.

"Ubbe!" Torviana memanggil nama itu di serata rumah. Siapa tahu, kalau lelaki itu masih ada di situ.

Sampai di halaman rumah, Torviana berlari mencari keberadaan ayahnya, Bodyguard hanya memerhatikan dia. Tiada siapa berani menegurnya kerana takut bakal dimarahi oleh Torviana.

"Korang ada nampak my Daddy?" Tanya Torviana kepada mereka. Semuanya menggeleng. Torviana memerhatikan kereta Ubbe yang masih ada di tempat parkir rumah . Bermaksud dia masih ada di situ. Torviana tersenyum. Kereta BMW i8 berwarna putih yang berparkir kemas di hadapannya itu direnunginya dengan senyuman sinis. Dia menoleh kiri dan kanan.

"Hey you..Come here..!" Torviana memanggil salah satu Bodyguard yang berjaga di situ. Bodyguard datang menghampirinya. Torviana mengambil pisau yang ada di dalam stokin lelaki itu. Dia menolak Bodyguard itu pergi dari situ. Bodyguard yang lain hanya memerhatikan Torviana 'mengerjakan' kereta Ubbe menjadi lebih 'cantik'. Torviana berlalu dari situ sambil ketawa puas hati.

Dia mendaki anak tangga ke atas. Mahu ke biliknya semula tapi apabila melihat pintu biliknya yang sudah rosak, dia menjerit pada PA ayahnya.

"Boleh tak panggil orang baiki pintu bilik saya... now!" Jerit Torviana dari tingkat atas.

"Baik Cik Torviana." Jawab PA Datuk Samuel Kigawa.

"Oh ya. Mana Daddy? Kenapa saya tak nampak dia ada di rumah?" Tanya Torviana pada PA ayahnya itu.

"Dia keluar awal pagi tadi. Dia akan balik dalam dua tiga hari lagi..."

"What? Daddy tak bagitau pun ke mana dia nak pergi dengan saya."

"Dah beberapa kali dia panggil Cik Torviana turun dan bercakap dengan dia tapi Cik tak nak dengar kan. Hmmm. Sekejap lagi saya suruh orang baiki pintu tu..Sementara waktu, Cik carilah bilik lain untuk berkurung." Sindir PA ayahnya kepada Torviana. Tajam hujung mata Torviana memandang PA ayahnya. Dia turun semula ke tingkat bawah. Dia melibas rambutnya yang panjang kiri ke kanan. Lagak supermodel yang sedang berjalan di pentas peragaan. Dengan hanya berpakaian T- Shirt hitam saiz XXL kegemarannya. Dia berjalan penuh bergaya ke ruang dapur.

"Aunty...? Boleh buatkan saya Apple Milk Shake tak? Tambah Buah Kiwi dan nenas sikit. Saya nak bawa ke bilik..." kata Torviana sejurus dia tiba di hadapan ruangan dapur.

"Ohh well! Good morning Sayang!" Ubbe dengan rambut terikat kemas, Memakai singlet putih dan seluar Jeans Hitam tersenyum lebar pada Torviana.

"You!" Senyuman Torviana terus hilang.

"Nak makan apa tadi?" Tanya Ubbe semula. Torviana mengerling tajam. Dia mendekati peti sejuk. Dia membukanya dan mengambil sebiji Apple.

"Nothing!" Jawabnya terus berlalu dari situ. Ubbe berlari menghadang perjalanan Torviana.

DUSHHH!
Torviana pantas memberikan penumbuk di perut Ubbe. Dia tidak mahu Ubbe mendekatinya. Ubbe undur selangkah. Torviana mengigit buah Apple di tangannya. Kedua belah mata masih merenung Ubbe dengan penuh rasa kebencian. Sebentar lagi wajah perasan 'kacak' itu akan berkedut. Torviana tertawa dalam hati. Tidak sabar melihat reaksi Ubbe apabila melihat apa yang dia sudah lakukan pada kereta kesayangannya.

THE GANGSTER WHO RAIDED ME Where stories live. Discover now