THE GANGSTER WHO RAIDED ME | HDH Ink
BAB 17
THE COME BACK [ SEMIFINAL]Ubbe tersentak apabila namanya dipanggil oleh seseorang. Botol minuman berisi alkohol yang sedang diteguknya diletakkan di atas meja. Dia menoleh ke belakangnya dan berpaling semula apabila melihat salah satu Bodyguard Torviana ada di belakangnya.
"Kau buat apa di sini Ubbe?" Tanya Bodyguard itu kepada Ubbe.
Semua orang tahu, Ubbe telah meninggalkan kediaman Wolfs 5 dan membiarkan Torviana hidup dalam kesedihan untuk beberapa bulan.
Mereka ada di situ saat melihat Torviana berdepan dengan kehilangan Ubbe yang cuba dia sembunyikan daripada semua orang.Dia menunggu Ubbe untuk kembali buat beberapa minggu sehingga dia akhirnya putus asa. Dia menyalahkan dirinya sendiri atas pemergian Ubbe tapi pada masa yang sama dia menyalahkan Ubbe kerana tidak memberinya lebih banyak masa.
"Kenapa? Tak boleh ke saya datang ke sini? Tempat ni terbuka untuk sesiapq sahaja."Balas Ubbe.
Bodyguard itu tersengih.
"Saya tau apa tujuan kau Ubbe. Kau tinggalkan Cik Torviana, setahun yang lalu dan biarkan dia bersedih. Sampai sekarang dia sudah jadi kaki judi sebab dia nak lupakan kau dengan semua kegiatan berbahaya ni!" Kata Bodyguard itu. Ubbe hanya diam.
"Dia nampak bahagia dan gembira, apa yang nak dikenang dengan hal yang sudah lepas. Kami tak ada jodoh." Kata Ubbe.
Bodyguard itu memberanikan diri duduk di hadapan Ubbe. Dia ambil botol minuman yang masih penuh dan dia tuangkan di atas meja begitu sahaja. Ubbe tergamam.
"Kau lukakan hati Cik Torviana, jangan harap kau boleh hidup gembira. Kami akan lindungi dia dan kau tak payah nak datang sini cuba nak ambil hati dia lagi. Kami bukannya tak tau, yang kau tu sampah daripada Daragon Valhala yang sudah musnah. Balik ke tempat asal kau dan jangan sibukkan diri di sini. Torviana sudah lama lupakan kau!" Kata Bodyguard itu, kemudian berlalu dari situ. Ubbe hanya diam.
Dia menoleh pada Torviana yang memang nampak gembira. Senyuman tidak pernah lekang daripada wajahnya. Apa benar dia sudah melupakan dirinya? Apa benar dia memang tidak mempunyai perasaan lansung terhadap Ubbe? Apa Torviana memang tidak perlukan dirinya lagi? Ubbe terus memandang ke arah Torviana. Selama ini dia begitu merinduinya. Tapi, bila kini dia ada di hadapan matanya, tetap juga dia tidak dapat melakukan apa- apa.
FLASHBACK...
Setahun yang lalu...
Dengan berat hati Ubbe meninggalkan Kediaman Wolfs 5 subuh itu setelah memberikan dokumen penceraian di atas meja kepada Torviana. Jika Torviana menandatangani surat pembatalan perkahwinan itu, maka mereka berdua sudah sah tidak mempunyai apa- apa hubungan lagi.
UBBE menerima panggilan daripada ketua agen yang baru. Dia telah dijemput untuk balik ke markas sempadan, tempat dia bertugas sebagai agen pemberi maklumat di bahagian sempadan negara. Di situ, dia kembali dengan tugas asalnya, iaitu Berjaga di markas dan melindungi ketua agen yang akan memberikan arahan kepadanya Bila- bila masa sahaja.
Setiap saat Ubbe cuba melupakan Torviana. Dia tahu, apa yang terjadi di antara mereka hanyalah sebuah perancangan yang akhirnya terbongkar. Ubbe sudah mencuba untuk membuat Torviana mahu kekal bersamanya tapi dia masih gagal. Jadi dia membawa diri ke tempat itu meski dia mempunyai peluang untuk tinggalkan semua itu seperti apa yang dilakukan oleh Detektif Nafro.
"Sniper 44?" Nama panggilan Ubbe di markas khemah dipanggil dari dalam khemah ketua agen. Dia yang baru siap membersihkan khemahnya terus datang ke situ dan segera melaporkan dirinya. Dia berdiri tegak dan siap mendengar arahan yang bakal diberikan kepadanya.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO RAIDED ME
ActionRANKED #1 In THRILL [ 25/2/2019] Torviana, Waris kepada kumpulan Pecahan Gangster WOLF 5 yang cukup terkenal. Dia bukan sahaja harus menjadi penyelamat kepada keluarga dan legaci ayahnya, dia juga harus menikahi Ubbe Ivar, salah satu pewaris Kumpula...