THE GANGSTER WHO RAIDED ME | HDH Ink
BAB 10
THE OUTSIDERTorviana berlari mendapatkan Ubbe yang sudah duduk dan bersandar di keretanya. Tangannya memegang bahagian dadanya yang terasa sedikit pedih. Ubbe melihat darah di tangannya. Tembakan itu memang datang dari seorang penembak yang sangat berpengalaman. Tembakan itu tepat berada di bahagian atas jantungnya. Ubbe menarik tangan Torviana yang datang kepadanya dan dia memeluknya erat. Nafas Ubbe turun naik dengan lebih pantas.
"I Don't want to die. Not now!" Jerit Ubbe. Torviana melepaskan pelukan Ubbe. Dia menarik tangan Ubbe yang dia letakkan di atas dadanya. Darah mengalir dan Torviana mula menangis. Ubbe dipeluk erat.
"Apa yang patut saya buat sekarang! Only You can help me. Please don't Leave me." Torviana menekan dada Ubbe. Mereka berdua berpelukan dan Torviana sedar saat itu yang dia tidak berupaya jika Ubbe meninggalkan dirinya.
"I don't want to die. I haven't Marry You yet." Kata Ubbe lalu pengsan saat itu juga.
"Ubbe!" Torviana menjadi takut melihat Ubbe tidak bergerak. Pipi Ubbe dipukul untuk membuat dia bangun dan membuka matanya.
"Ubbe! Wake up!" Jerit Torviana. Wajah Ubbe dikucup dan dipeluknya erat.HOSPITAL
Datuk Samuel Kigawa dan pengikutnya masuk ke dalam bilik rawatan yang menempatkan Ubbe. Dia selamat daripada tembakan itu tapi dia masih dalam keadaan lemah.
"Dia bertuah sebab peluru tu tak tembus hingga ke dalam jantung. Rantai ni selamatkan nyawa dia." Doktor yang melakukan rawatan terhadap Ubbe memberikan seutas rantai kepada Datuk Samuel. Rantai Wolfs 1, ia milik Qavin. Rantai itu sudah rosak dan sebahagian maklumat tentang Wolfs juga sudah musnah bersamanya. Datuk Samuel menyimpannya di dalam poket bajunya.
"Baguslah. Terima kasih Doktor. Kamu telah selamatkan orang yang sangat penting buat saya. Orang- orang saya akan hantar reward kepada kamu malam ni juga." Kata Datuk Samuel kepada Doktor Kwang. Dia adalah Doktor yang selalu memberikan rawatan kepada Datuk Samuel selama ini. Hanya dia yang tahu Identiti Datuk Samuel tapi tidak pernah membuka mulutnya.
Datuk Samuel Kigawa mendekati wad katil tempat Ubbe sedang berbaring. Dia kini dalam keadaan stabil. Lukanya sudah dijahit. Dia hanya mengalami luka dan pendarahan yang tidak terlalu serius.
"Kamu sangat bernasib baik Ubbe. Tapi saya nak tahu, bagaimana rantai Wolfs 1 ada pada kamu." Tanya Datuk Samuel.
Ubbe masih tidak sedarkan diri. Dia tidak membuka matanya. Melihat keadaan Ubbe seperti itu, Datuk Samuel membawa pengikutnya pergi dahulu. Hanya tinggal beberapa orang Bodyguard yang berjaga di hadapan bilik rawatan Ubbe.
"Kalau mereka tahu dia masih hidup, dia akan diserang lagi. Torviana juga harus berhati- hati. Di mana dia?" Tanya Datuk Samuel kepada pengikutnya. Mereka semua mengangkat bahu tanda tidak tahu Torviana berada. Selepas menangis semahunya di ruang menunggu saat Ubbe di masukkan ke dalam bilik pembedahan , dia nampak gusar dan tidak tentu arah. Air matanya tidak berhenti mengalir.
"Semalaman dia menangis Datuk. Mungkin dia segan bila Bodyguard tengok dia nangis. Dia tak pernah menangis teruk macam tu." Jawab Bodyguard pada Datuk Samuel.
"Hmmm. Dia risau lah tu. Siapa tak risau kalau bakal suami dia hampir nak mati. Ubbe memang bertuah. Dah hampir mati baru Torviana buka hati untuk akui dia memang sayang pada lelaki jahanam tu." Datuk Samuel berlalu pergi. Bodyguard tertawa mendengar bebelan daripadanya.
KEDIAMAN WOLFS 5
TORVIANA mengarahkan pembantu rumah meninggalkan dia sendirian di dapur. Mereka semua hairan melihat Torviana masuk ke dapur pagi itu dengan keadaan diri tidak terurus. Dia mengeluarkan semua bahan masakan di dalam peti sejuk tanpa mengetahui apa kegunaannya. Tablet IPad dan video masakan di Youtube dibuka untuk dia jadikan penunjuk cara memaksa. Semua Pembantu rumah bergilir- gilir mencuri lihat apa yang sedang dia lakukan di ruangan dapur.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO RAIDED ME
ActionRANKED #1 In THRILL [ 25/2/2019] Torviana, Waris kepada kumpulan Pecahan Gangster WOLF 5 yang cukup terkenal. Dia bukan sahaja harus menjadi penyelamat kepada keluarga dan legaci ayahnya, dia juga harus menikahi Ubbe Ivar, salah satu pewaris Kumpula...