BAB 15: THE JOB IS CALLING ME

2.2K 321 40
                                    

THE GANGSTER WHO RAIDED ME | HDH Ink

BAB 15
THE JOB IS CALLING ME

Sekembalinya daripada melakukan serangan terhadap markas Daragon Valhala yang telah membawa kemenangan kepada Wolfs, Torviana terlebih dahulu membawa ayahnya, Datuk Samuel Kigawa balik ke rumah dan mengarahkan PA untuk menyediakan apa yang sepatutnya. Datuk Samule Kigawa akhirnya dapat berehat semahunya. Seperti yang dia inginkan, sekembalinya ke rumah kediaman, dia meminta mereka menyediakan Steak dan Sebotol Wine merah untuk dia nikmati.

Torviana siap mandi malam itu setelah hampir menghabiskan masa hampir sejam di dalam bilik mandi. Ubbe berborak bersama Datuk Samule Kigawa di taman halaman rumah berhadapan dengan Kolam renang sambil menikmati Wine merah bersama.

Datuk samule Kigawa begitu megah menceritakan saat- saat ketua- ketua Wolfs ditahan dan bagaiman mereka diseksa kerana tidak mahu memberikan apa-apa maklumat kepada Ubbam.

"Kami memang dah tua, tapi jangan lupa yang kami pun pernah muda macam korang sekarang ni. Saya pun pernah kuat macam William." Kata Datuk Samuel. Ubbe hanya tersenyum melayan kerenah Datuk Samuel.

Torviana menyertai mereka berdua. Tanpa meminta kebenaran, dia mengambil botol Wine yang ada di atas meja dan menuangkannya di dalam gelas Wine miliknya.

"Eh. Itu kan Daddy punya. Ambil Wine kamu sendiri di dalam." Kata Datuk Samuel.

"Daddy." Torviana mengerutkan dahinya. Tetap juga dia meneguk Wine itu sambil mencari tempat duduk di hadapan kolam Renang. Ubbe hanya memandang Torviana yang sedang memang baju Tidur sutera, berwarna hitam dengan kakinya melunjur di atas kerusi itus sehingga memperlihatkan kulit kakinya yang putih Gebu. Ubbe mengalihkan pandangannya apabila menyedari dia akan lemah jika meneruskan pandangannya.

"Ehemmm." Datuk Samuel menuangkan Wine untuk Ubbe. Ubbe mengangkat gelas Wine itu.

"Tiba- tiba Daddy rasa penat dan nak tidur. Kau ajakkan Torvi minum. Daddy nak masuk dan berehat dulu." Kata Datuk samuel tiba- tiba.

Ubbe terus bangun dan mahu mengiringi Datuk Samuel masuk ke dalam rumah tapi dia dihalang oleh Datuk Samuel.

"Tak payah. Saya boleh Jalan sendiri." Katanya.

Ubbe duduk semula di tempat dia duduk tadi dan menyambung semula menghabiskan Wine yang masih berbaki.

Torviana menyilangkan kakinya, Ubbe masih merenunginya tanpa berkedip. Bodyguard yang berjaga juga memerhatikan Torviana dengan senyuman penuh makna. Ubbe geram
Bila mereka juga memerhatikan apa yang sepatutnya hanya menjadi tatapannya. Torviana tidak menyedari yang mereka sedang memerhatikan dirinya. Ubbe pantas berjalan ke arah Torviana dan duduk di sampingnya. Torviana menoleh padanya.

"What do You want?" Soal Torviana kepada Ubbe yang tiba- tiba sahaja mendekatinya.

"The Bodyguard is watching You. Why don't you go upstairs with me." Bisik Ubbe.

Kening Torviana ternaik sejenak dan dia menggeleng.

"Go upstairs with You? No." Torviana menggeleng. Dia menoleh pada Bodyguard yang memang sedang memerhatikan dirinya. Torviana mengetatkan ikatan robe cardigan sutera yang menjadi pelindung dirinya. Menyedari renungan mereka dikesan oleh Torviana, Bodyguard yang ada di situ berlalu pergi.

Torviana masih mahu menikmati Wine yang kini tinggal sedikit lagi. Ubbe masih duduk di sebelah Torviana, hanya mampu memerhatikan setiap perilakunya.

"I'm going to sleep now." Torviana sudah menghabiskan Wine di dalam gelas Wine dan segera pergi dari situ. Ubbe mengekorinya daripada belakang. Sampai sahaja di dalam bilik tidur, Torviana menanggalkan Robe Cardigan sutera dan terus merebahkan diri di atas katil. Dia meletakkan bantal peluk di tengah katil dan sempat menjeling pada Ubbe yang kini menuju ke arahnya.

THE GANGSTER WHO RAIDED ME Where stories live. Discover now