THE GANGSTER WHO RAIDED ME | HDH Ink
BAB 9
THE TARGETDATUK Samuel Kigawa sekali lagi menoleh pada anaknya, Torviana yang sudah bersiap awal pagi itu untuk berjumpa dengan William. Khabarnya William juga mempunyai rencana tersendiri untuk mengetahui keberadaan markas utama Daragon Valhala. Mereka berdua mahu berkerjasama dengan bantuan Ubbe. Tapi jam sudah menunjukkan jam 10 pagi. Ubbe masih belum kunjung tiba di Kediaman mereka. Torviana harus mencari cara untuk menghubungi Ubbe sendiri.
"Kau dan William nak buat apa? Jangan buat benda yang boleh melibatkan nyawa kau Torvi. Percaya saja, yang Ada cara lain untuk selamatkan Qavin."
"Daddy, Sampai bila nak tunggu. Qavin sedang diseksa di dalam markas mereka. Kalau kita tak bertindak, dia akan mati."
"Mereka tak akan bunuh dia sebelum dapat apa yang mereka nak dari dia."
"Whatever. Saya tetap akan cari markas mereka dan selamatkan Qavin. I will do anything for him." Torviana Nekad. Datuk Samuel Kigawa sudah tidak dapat berkata apa- apa lagi. Torviana meninggalkan rumah kediaman tanpa membawa Bodyguard bersama. Katanya William sudah menunggu dirinya di sesuatu tempat. Datuk Samuel Hanya dapat mendoakan mereka berdua selamat dalam misi mereka.
TORVIANA memberhentikan kereta di tepi jalan apabila melihat kereta William ada di situ. Tempat itu berdekatan dengan pelabuhan kapal. Dari aras itu, mereka boleh melihat semua pemandangan laut yang ada di hadapan mereka. Kapal kapal bersaiz besar dan kecil juga boleh dilihat. Anak anak kapal tidak terlindung.
"So, what next?" Tanya Torviana sejurus dia berdiri di sebelah William.
"Ubbe ada hubungi kau?" Soal William pula.
"Belum lagi. Tapi dia akan cari saya kalau berlaku apa- apa. Saya hanya perlu berada dalam keadaan bersedia."
"Nafro juga sedang lakukan sesuatu. Demon dan Sinister sudah mengesan satu lokasi tapi kita tak tahu sama ada tempat tu markas utama atau hanya markas persinggahan sahaja."
"So, nak serang? Kita kena buat apa saja untuk cari Qavin."
"Malam nanti. Jam 8 malam. Kalau Ubbe belum muncul lagi kau sediakan orang kau dan saya akan bawa orang saya ke tempat tu. Lokasinya saya akan hantar kemudian. Be ready." William menepuk bahu Torviana.
"Fine." Torviana mengangguk. William berlalu pergi dan begitu juga Torviana. Kereta mereka berdua meluncur laju di atas lebuh raya menuju ke destinasi masing- masing.
MARKAS
UBBE memberikan sebotol air pada Qavin. Termasuk seksaan bercampur soal jawap secara paksaan pagi tadi, dia nampak semakin lemah.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO RAIDED ME
ActionRANKED #1 In THRILL [ 25/2/2019] Torviana, Waris kepada kumpulan Pecahan Gangster WOLF 5 yang cukup terkenal. Dia bukan sahaja harus menjadi penyelamat kepada keluarga dan legaci ayahnya, dia juga harus menikahi Ubbe Ivar, salah satu pewaris Kumpula...