THE GANGSTER WHO RAIDED ME | HDH Ink
BAB 8
THE PROMISETorviana menunggu di luar bilik tempat semua ketua Wolfs sedang bergumpul dalam satu meja bulat. Hatinya risau akan Qavin. Dalam masa yang sama dia benci bila ingat pada Ubbe. Lelaki itu memang tidak boleh dipercayai lansung. Cincin yang diberikan oleh Ubbe, Torviana simpan di dalam poket seluar. Kalau boleh dia sepatutnya buang sahaja cincin itu.
"Macam mana? Korang dah dapat hubungi William?" Torviana tidak dapat menahan lagi. Dia turun ke tingkat bawah dan terus bertanya pada Demon dan Sinister. Mereka menggeleng. Kecewa. Apa sebenarnya yang telah berlaku. Jika sesuatu berlaku pada Qavin, Dia tidak akan memaafkan Ubbe.
UBBE POV
Ubbe masuk ke dalam bilik di mana mereka mengurung Qavin. Dia mengarahkan semua orang keluar kerana dia mahu berbicara dengan Qavin sendiri. Mereka mulanya tidak mahu mendengar cakap Ubbe tapi Ubbam yang baru tiba mengarahkan mereka pergi.
"Wolfs tak akan mampu nak buat apa apa selagi dia ni ada dengan kita. So, next plan adalah bunuh Presiden. Itu, tugas baru kau." Ubbam memberikan arahan yang diberikan oleh Papa besar kepadanya."Presiden? Hmmm. Tugas susah ni. Saya kena buat research dulu. Ada banyak benda nak buat. Dia ada anggota keselamatan dia sendiri." Kata Ubbe.
Ubbam mengeluh kasar.
"Saya tak kisah lah. Just do what papa told You to do." Balas Ubbam. Dia menoleh pula pada Qavin yang hanya mendiamkan diri dengan keadaan tangan diikat.
"Sebelum tu, kau ada tugas lain selain bunuh presiden." Kata Ubbam lagi.
"Apa lagi yang dia nak dari saya?" Jawab Ubbe.
"Tanya dia. Tanya dia mana kita boleh dapatkan semua maklumat tentang anggota Wolfs. Saya tau dia mesti tahu. Datuk Henkin nak bocorkan dan bongkar identiti Wolfs. Biar mereka semua dihapuskan." Kata Ubbam.
Mendengar permintaan daripada Ubbam, Ubbe terus merentap rambut Qavin. Kepalanya ditolak ke atas agar mereka dapat bersemuka. Qavin membuka matanya perlahan. Melihat wajah Ubbe dia tersengih.
"I'm Sorry, Qavin. I need something from You and You need to coperate with me, unless You will getting hurt." Ubbe merenung wajah Qavin dengan tajam.
"Apa yang kau nak dari saya Ubbe?" Qavin masih mempunyai tenaga untuk menjawab soalan Ubbe.
"Wolfs. Di mana saya boleh dapatkan semua senarai ahli dan pengikut Wolfs. Itu sahaja!" Balas Ubbe.
Qavin tersengih. Maklumat sepenting itu boleh Mdm buat dia mati dan dia masih tidak akan mendedahkannya pada sesiapapun.
"Sorry. I don't know." Jawab Qavin.
DUSHHHH!
Ubbe menumbuk Pipi Qavin. Tumbukan yang kuat sehingga kedengaran bunyi detakan buku lima hinggap di pipi Qavin. Ubbam sedang memerhatikan Ubbe cuba mendapatkan maklumat daripada Qavin. Melihat Qavin tidak mahu memberikan kerjasama, Ubbe memukulnya lagi."Sudahlah Ubbe. Cara kau 'interrogate' dia tak cukup baik lah. Kau kena ajar dia cukup cukup. Kalau tak, sampai bila bila pun dia tak akan bagi apa apa maklumat!" Ubbam masuk campur. Dia menolak Ubbe jauh sedikit. Kini giliran Ubbam merentap rambut Qavin. Dia mengambil pisau dari dalam poket seluarnya.
"Cakap terus terang Qavin, dimana saya boleh dapatkan maklumat tu atau saya akan siat siat kulit kau!" Ugut Ubbam.
Qavin hanya tertawa. Walaupun dia mati, dia tetap tidak akan membocorkan maklumat itu. Mereka sudah dilatih sejak kecil untuk menjaga semua maklumat tentang pecahan dan ahli anggota Wolfs. Tidak akan terlepas sebarang maklumat yang mereka ketahui.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO RAIDED ME
ActionRANKED #1 In THRILL [ 25/2/2019] Torviana, Waris kepada kumpulan Pecahan Gangster WOLF 5 yang cukup terkenal. Dia bukan sahaja harus menjadi penyelamat kepada keluarga dan legaci ayahnya, dia juga harus menikahi Ubbe Ivar, salah satu pewaris Kumpula...