BAB 13: ANGEL WITH A SHOTGUNS

2.5K 284 12
                                    

THE GANGSTER WHO RAIDED ME| HDH Ink

BAB 13
ANGEL WITH A SHOTGUNS

Ubbe Hanya merenung wajah Torviana dengan lidah yang tidak boleh berkata apa-apa. Torviana menarik- narik rantai yang mengikat dirinya. Dia mahu melepaskan diri dari situ secepatnya. Ubbe mendekati Torviana.

"Lepaskan saya!" Jerit Torviana. Ubbe membuka Ikatan itu dan dia terus memeluk Torviana.

"Dengar dulu." Katanya.

Torviana menolaknya jauh. Ubbe menahan dadanya yang masih belum sembuh sepenuhnya daripada luka kesan tembakan tempoh hari.

"Liar! Kau siapa sebenarnya!" Torviana menghampiri Ubbe. Dia merentap baju Ubbe. Menolak kepalanya di arah dinding dengan kasar.

"Nothing change Babe. I'm still me, Ubbe." Jawab Ubbe. Torviana menolak kepalanya geram. Dia berpaling pula pada fail- fail di atas meja. Dia mendekati meja dan mula memeriksa fail itu satu-persatu. Matanya terkebil- kebil memandang Ubbe. Bila sedar identiti diri sudah mulai terbongkar, Ubbe bangun dan memeluk Torviana yang sedang membaca semua laporan penyiasatannya.

WOLFS 9
WOLFS 8
WOLFS 10
WOLFS 11
WOLFS 7
WOLFS 12

Semua Fail mempunyai nombor dan mengandungi semua maklumat yang dihendaki oleh pihak Berkuasa. Wajah dan lokasi terakhir mereka juga ada tertera di situ. Semua anggota keluarga juga ada disenaraikan termasuk jumlah total kekayaan mereka.
Torviana juga membaca jenis kesalahan jenayah yang telah direkodkan untuk setiap ketua Wolfs itu. Sungguh dia tidak menyangka, Ubbe selama ini sedang melakukan penyiasatan terhadap keluarganya. Dia membuang semua fail- fail itu di hadapan Ubbe.

"Don't show Your face to me anymore!" Jerit Torviana. Ubbe menahan bahu Torviana daripada berpaling daripadanya.

"I want You only. This is gonna be My last Job as a detective. I will Leave soon. Go with me." Kata Ubbe.

"Kau ingat kau siapa nak tentukan hidup saya! Kalau saya tahu kau ni siapa jangan kata kahwin, tengok muka kau pun saya tak akan pernah sanggup!" Bentak Torviana dan terus meluru masuk ke dalam bilik mandi. Dia mengunci pintu Dan berjalan mundar mandir di dalam bilik mandi tanpa arah. Masih terkejut dengan semua itu, Torviana tidak dapat membayangkan betapa dia menjadi terlalu bodoh selama ini membiarkan Ubbe datang mendekatinya dengan terlalu mudah. Pandai mengambil hati dengan pelbagai cara. Ugh!

"Kenapakah kau kahwin dengan dia!" Torviana menanggalkan cincin perkahwinan di jari manisnya. Dia meletakkan cincin itu di atas sinki. Dia masuk ke dalam tab mandi dan mendiamkan diri di situ. Dia tidak mempedulikan panggilan Ubbe memanggil namanya di luar bilik mandi berulang kali.

Ubbe duduk di sofa dan masih dalam dilema. Perlukah dia keluar dan berjumpa dengan Presiden saat itu juga. Dia tidak mahu masa terluang itu Torviana gunakan untuk melarikan diri daripadanya. Dengan semua perkara yang baru dia ketahui, dia pasti sudah merancang untuk melarikan diri. Ubbe memandang pintu bilik mandi berulang kali. Berharap jika Torviana keluar dari situ dia boleh memujuknya.

"Babe. Open the door. We need to check out, now." Panggil Ubbe sambil mengetuk pintu bilik berulang kali. Tiada sahutan daripada Torviana.

"Torvi!" Panggil Ubbe lagi. Masih tiada sahutan. Dia mengeluh dan mengambil telefon pintar di atas meja yang berbunyi.

Melihat nama Detektif Nafro, Ubbe menjawab panggilan itu.

"Naf?" Ubbe keluar ke balkoni. Kepalanya dipicit- picit. Sedikit resah dengan semua yang baru berlaku.

THE GANGSTER WHO RAIDED ME Where stories live. Discover now