BAB 3: HATRED

2.5K 312 49
                                    

THE GANGSTER WHO RAIDED ME | HDH Ink


BAB 3
HATRED

Awal Pagi lagi Datuk Samuel Kigawa sudah mengarahkan PA nya untuk memanggil anak perempuannya berjumpa dengannya di dalam bilik pejabatnya.

Torviana sedikit pun tidak mahu berganjak dari bilik tidurnya. Dia tidak akan melangkah keluar dari bilik itu selagi ayahnya mahu meneruskan rancangannya untuk menjodohkan dirinya dengan Ubbe yang sangat tidak disenanginya.

TOK! TOK!
"Cik Torvi. Datuk Samuel sedang tunggu Cik Torviana di dalam bilik pejabat." Kata PA Datuk Samuel Kigawa. Beberapa kali dia mengetuk bilik tidur Torviana.

Sunyi. Tiada sahutan mahupun jawapan. Datuk Samuel Kigawa nekad dengan keputusannya. Jika Benar Ubbe bakal meninggalkan Daragon Valhala bermakna itu adalah satu peluang besar untuk mereka mendapatkan maklumat bagi menumpaskan Daragon Valhala yang semakin menganas.

TORVIANA duduk di atas katil. Membungkamkan wajah di atas lututnya. Banyak buah fikiran yang ada di dalam kepalanya. Salah satu daripadanya adalah melarikan diri sahaja. Tapi di mana dia harus pergi. Jika dia melarikan diri, nyawa ayahnya jadi pertaruhan. Dan dia sangat sayangkan ayahnya lebih daripada sesiapapun di dalam dunia ini.

"But Daddy...?!" Torviana mengeluh. Tidak mungkin dia akan mengahwini Ubbe. Melihat wajahnya juga tidak sanggup.

Semua tentang Ubbe sangat dibencinya. Rambutnya. Wajahnya. Senyumannya. Cara dia berjalan. Kejahatannya. Tiada satu pun yang boleh membuka hatinya untuk cuba menerima lelaki itu.

TOK! TOK!
Pintu bilik diketuk lagi. Torviana sudah naik sebal dengan semua itu. Dia turun daripada katil bersama pedang katananya. Dia membuka daun pintu. Dihunusnya pedang kepada PA ayahnya. Semua orang diam. PA datuk samuel Kigawa kaku, takut tapi itu adalah tugasnya. Menyampaikan pesan untuk Torviana.

"What do You want! Saya dah cakap saya tak akan kahwin dengan sesiapa pun!" Jerit Torviana kepada PA itu.

"Sabar Cik Torviana. Datuk Samuel Kigawa hanya mahu berjumpa dengan Cik Torviana. Nampaknya dia sedang sakit..." kata PA itu.

Mendengar alasan itu, Torviana malahan ketawa. Alasan yang sudah lapuk. Sengaja dia mahu memberikan alasan yang dia sedang sakit tenat untuk memaksa Dirinya berkahwin dengan Ubbe.

"Engkau ingat saya akan percaya dengan alasan karut tu. I know My father very well. Cakap dengan dia, declined the wedding or he will never see me again!"

TAPP!
Pintu bilik dihempas kuat. Pintu yang tadi terbuka , tertutup semula. PA mengeluh. Kepalanya sudah naik pening menghadapi semua itu. Dia turun dan memberitahu Datuk Samuel perihal Torviana. Datuk Samuel yang terlentang di atas katilnya menarik nafas panjang. Dia memang ternyata sedang sakit. Semalam tiba tiba sahaja dia hampir pengsan. Penyakit darah tinggi datang menyerang. Doktor datang memeriksa keadaannya dan dia dinasihatkan untuk berehat lebih banyak dan jangan selalu stress.

"Maybe I made a wrong decision for her." Datuk Samuel Kigawa mengeluh.

KEDIAMAN UBBE

Semalaman Ubbe tidur di dalam tab mandi kerana mengalami demam panas yang luar biasa. Tiada siapa yang ada di situ untuk memerhatikan keadaannya. Dia masuk ke dalam Tab mandi kerana di situ adalah tempat yang paling selesa buatnya ketika dia demam.

Mata terbuka, Ubbe terus bangun. Demam sudah berkurang tapi rasa sakit kerana kesan lebam di wajahnya masih ada. Dia membasuh wajahnya. Rambut panjangnya diikat kemas.

Turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur, dia membuat sarapan pagi untuknya sendiri. Kopi panas direndam mentega di dalam. Dia minum perlahan- lahan. Otaknya masih memikirkan tentang Tindakan Ubbam yang benar benar membuat dia rasa dikhianati.

THE GANGSTER WHO RAIDED ME Where stories live. Discover now