BAB 12: THE RAIDED

1.7K 206 12
                                    

THE GANGSTER WHO RAIDED ME | HDH Ink

BAB 12
THE RAIDED

KEDIAMAN Wolfs 5, kelihatan cantik dengan hiasan bunga Buttercup dan Lavender di sekelilingnya. Dengan hanya masa yang terlalu singkat, PA Datuk Samuel Kigawa sempat menghias kediaman itu menjadi sangat cantik dan sesuai dengan majlis yang akan berlansung sebentar lagi.

PA Datuk Samuel Kigawa tahu yang Torviana sangat sukakan bunga- bungaan Lavender dan Buttercup. Dia telah mengarahkan perancang majlis perkahwinan untuk menyediakan semua keperluan yang perlu dilakukan meskipun Torviana bertegas mahukan perkahwinan yang sederhana sahaja.

Di dalam bilik Tidur Torviana, dia sedang memerhatikan dirinya di hadapan cermin gergasi yang memperlihatkan betapa cantik gaun pengantin yang sedang dipakainya. Torviana tersenyum. Nampaknya dia akan berkahwin hari ini dengan lelaki yang bukanlah menjadi impiannya. Malah lelaki itu jauh berbeza daripada lelaki yang mahu dia jadikan pendamping hidupnya. Ubbe? Torviana tertawa sendiri. Bagaimana dia boleh memutuskan untuk berkahwin dengannya.

"Haaa. Benda ni semua cuma untuk kepentingan masing- masing. Tak perlu nak fikir panjang sangat." Bisik hati Torviana.

UBBE menuruni anak tangga satu- persatu. Perasaan gugup datang menerkam jiwanya. Sebentar lagi dia akan mengahwini Torviana. Ubbe sudah terlambat untuk mengundurkan perahunya. Kini dia ada di hadapan dan sedang menunggu kemuncak destinasinya.

Sejak semalam, Nafro dan Ubbam silih berganti cuba menghubunginya. Ubbe lansung tidak mempedulikan mereka berdua. Nafro sudah pasti mahu dia berhenti melakukan semua perkara gila itu. Berkahwin dengan Torviana bukanlah menjadi rancangan penyamarannya. Ubbe ada sebabnya yang tersendiri.

Ubbam mahu menghubunginya kerana dia perlu berbincang dengan Ubbe. Tapi setelah menerima ancaman bunuh dan serangan pembunuh upahan yang hampir meragut nyawanya, Ubbe sudah membuang Ubbam dalam hidupnya. Dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Ubbam pun. Mereka mungkin kawan rapat bagi Ubbam tapi itu semua hanya sandiwara yang sudah lama dia cipta. Kini, selepas melalui semuanya, dia sudah tidak mahu ambil tahu lagi.

Melihat kediaman Wolfs 5 sudah dipenuhi dengan para tetamu yang rata- ratanya adalah pengikut Wolfs, Ubbe nampak dirinya asing. Dia tahu, sebahagian daripada mereka tahu akan identiti dirinya sebagai pengikut Daragon Valhala. Tapi dia tidak mempedulikan semua itu. Selepas dia dan Torviana Sah menjadi suami isteri, dia ada rancangannya sendiri.

"Congratulation Ubbe." PA datuk Samuel Kigawa menyambut Ubbe dan membawanya keluar dan beramah mesra dahulu dengan tetamu. Mereka yang perlu menunggu Paderi memanggil mereka untuk acara perkahwinan.

Ubbe malah meminta diri daripada mereka semua. Dia berjalan sendirian menuju ke hadapan semua orang. Paderi hanya memerhatikan dirinya. Nampaknya anak muda itu sudah tidak sabar mahu berkahwin. Paderi mengemaskan diri dan menoleh pula ke arah tetamu yang hadir. Semuanya memandangnya dengan renungan yang mengerunkan. Dia sedar dia sedang dikelilingi oleh ketua- ketua Gangster yang sangat berpengaruh. Dia perlu menjalankan tugasnya secepat yang mungkin dan meninggalkan tempat itu.

Qavin datang bersama ayahnya, Tuan Dorian Lee. Mereka duduk bersama Ketua Wolfs yang lain dan menunggu sehingga acara perkahwinan dijalankan. William tidak kelihatan. Qavin belum sempat menghubunginya sejak malam tadi. Katanya dia perlu berjumpa dengan seseorang tapi dia mungkin hanya mencari alasan untuk tidak mahu menghadiri perkahwinan itu.

******

Presiden Jiaja tertawa kosong bila mendapat laporan yang Ubbe akan melangsungkan perkahwinan dengan anak perempuan salah sayu daripada ketua Wolfs. Dia menepuk tangannya.

THE GANGSTER WHO RAIDED ME Where stories live. Discover now