THE GANGSTER WHO RAIDED ME | HDH Ink
BAB 7
THE GREAT DEALQavin menepuk kedua belah pipi Ubbe. Mata mereka bertentang hebat tapi kedua- duanya tidak mahu berkata apa- apa selepas itu. Hanya senyuman terukir di wajah. Senyuman yang menandakan seribu makna.
"Kau salah masuk tempat, Ubbe. Atau kau ada tujuan lain." Sindir Qavin.
"Banyak sebabnya saya ke sini. Salah satunya sebab saya nak sangat jumpa dengan kau Qavin. Boleh tahan." Ubbe masih mengengam erat colar baju Qavin.
TORVIANA mendekati mereka berdua. Melihat Ubbe menarik colar baju Qavin, dia pantas menolak Ubbe agar menjauh dari Qavin. Di pautnya tangan Qavin erat. Jelingan tajam pula untuk Ubbe.
"Qavin, are You okay?" Tanya Torviana pada Qavin. Ubbe menggeleng melihat aksi Torviana yang begitu risaukan Qavin. Sememangnya dia sangat mengambil berat akan diri Qavin.
"Saya okay Torvi. Where is Your father?" Tanya Qavin. Torviana membawa Qavin masuk ke dalam. Ubbe dibiarkan di situ dengan pandangan tajam memandang Torviana yang mengiringi Qavin itu. Sikapnya berubah drastik bila berada di hadapan Qavin. Tiada lagi jeritan dan teriakan. Hanya kata kata penuh sopan yang dia ucapkan.
"Cehh!" Ubbe berpaling dari situ. Dia mengarahkan pengikut Daragon Valhala balik dan meninggalkan tempat itu secepat yang mungkin. Ubbe masuk ke dalam keretanya. Terdiam dan memerhatikan rumah kediaman Wolfs 5 dari tingkap kereta. Luka di tangannya dibiarkan berdarah.
TORVIANA membuka pintu pejabat ayahnya. Masuk sahaja di situ, Datuk Samuel sedang duduk di sofa menunggu apa yang akan terjadi seterusnya.
"Qavin!" Datuk Samuel nampak lega bila melihat Qavin ada di situ.
"Saya tak akan lama di sini Uncle. Saya datang sebab dapat berita serangan orang orang Daragon tu. Jangan risau, semuanya sudah selesai. Ubbe nampaknya halau pengikutnya sendiri." Kata Qavin. Torviana mencebik. Dia tahu Ubbe, lakukan semua itu hanya mahu mengambil hatinya sahaja.
DATUK Samuel tersenyum mendengar tindakan Ubbe itu. Dia mengerling pada Torviana. Semalaman dia menghilang bersama Ubbe, apa yang mereka telah bincangkan.
"So, kau dan Ubbe akan kawhin kan?" Tanya Datuk Samuel tiba-tiba. Torviana terbatuk di hadpaan Qavin. Dia mengaru pipi dan berpaling. Qavin hanya mendiamkan diri, tidak mahu ikut campur dalam urusan keluarga, dua anak beranak itu.
"Torvi?" Datuk Samuel masih menunggu jawapan.
Torviana menoleh pada ayahnya. Qavin juga sama. Dia tidak tahu apa yang telah berlalu antara Ubbe dan Datuk Samuel sehingga dia mahu menjodohkan Torviana dan Ubbe.
"Yes Daddy. Saya akan kahwin dengan Ubbe." Kata Torviana sambil berdiri tegak di hadapan Qavin. Dia berharap, dengan kata-kata itu, Qavin akan membuka matanya. Dia akan menghalang perkahwinan itu dan membawanya berkahwin pula. Mustahil dia akan membiarkan Torviana berkahwin dengan Puak Daragon Valhala. Qavin pasti akan melindunginya.
"Betul?" Datuk Samuel, masih tidak percaya. Akhirnya hati keras Torviana lebur juga.
"Emm. Kan Daddy nak sangat saya kahwin dengan orang jahat tu. So, okay. Biar musnah hidup Saya. Puas hati!" Bentak Torviana.
Qavin mengaru dahinya dan dia meminta diri dari bilik itu. Torviana tersenyum kecil. Yes! Qavin pasti sudah marah! Dia keluar sebab dia dah tak tahan mendengar semua itu. Torviana bersorak dalam hatinya. Seperti memahami isi hati anaknya, Datuk Samuel menggeleng.
YOU ARE READING
THE GANGSTER WHO RAIDED ME
ActionRANKED #1 In THRILL [ 25/2/2019] Torviana, Waris kepada kumpulan Pecahan Gangster WOLF 5 yang cukup terkenal. Dia bukan sahaja harus menjadi penyelamat kepada keluarga dan legaci ayahnya, dia juga harus menikahi Ubbe Ivar, salah satu pewaris Kumpula...