Bab 5

737 13 1
                                    

Rumah Bomoh Taha dipenuhi orang malam ni. Tak adalah serupa kenduri pun. Dalam sekitar 10 orang. Ada kes rasukan. Seorang remaja anak kampung itu juga, entah macam mana, boleh pula meracau tak tentu hala lepas solat maghrib tadi.

Orang kampung lain yang ikut serta lepak di rumah Bomoh Hadi tu hanyalah rakan-rakan ayah perempuan bernama Aisyah tu je. Biasalah, orang kampung, pantang kalau bab begini, nak juga turun tengok bagaimana Bomoh Hadi berubat.

Namun, masing-masing tak dibenarkan masuk ke bilik rawatan. Hanya lepak santai di ruang tamu, sambil menjamah biskut kering dan juga air teh panas yang dibuat isteri Bomoh Hadi.

Di dalam bilik rawatan, Bomoh Hadi sedang bertungkus lumus mengeluarkan jin yang berada di dalam badan Aisyah. Ayahnya memerhati di tepi dinding, terdiam melihat anaknya bertingkah laku sebegitu rupa.

"Aku takkan keluar dari jasad ini! Aku dan jasad ini satu! Dia milik aku. Dia milik aku sampai bila-bila. Kau jangan kacau aku! Jangan kacau aku cakap!" Aisyah yang matanya merah dan membeliak bertutur dalam nada yang memang garau. Suara itu bukan milik Aisyah. Suara Aisyah tidak seperti itu. Ayahnya beristighfar dalam hati. Dah berkali-kali jin di dalam badan Aisyah mengulangi ayat yang sama.

Bomoh Taha tidak berputus asa. Dia harus keluarkan juga jin yang berada di tubuh Aisyah.

"Jangan degil. Jangan sampai aku bakar kau dengan ayat dari kitab suci! Kalam tuhan!"

Aisyah ketawa. Kuat. Suaranya memang menyeramkan. Ayahnya yang berdiri di hujung bilik ketakutan mendengarnya. Istigfarnya diteruskan. Tiba-tiba mata Aisyah pandang mata ayahnya. Renungan yang tajam.

"Tak perlu tengok dia! Tengok aku!"

Aisyah masih tenung ayahnya.

"Baiklah, kau degil!"

Bomoh Taha letakkan telapak tangan kanannya di atas ubun-ubun AIsyah. Lalu, Al-Fatihah dialunkan dengan nada yang tegas!

:"Bismillahirrahmanirrahim! Alhamdulillahirabbil'alamin! Arrahmanirrahim! Malikiyaumiddin! Iyyakana'buduwaiyyakanasta'in! Ihdinassiratalmustaqim! Siratallazina'an'amta'alaihim! Ghoisilmaghdhubi'alaihim! Waladhollin!"

Aisyah mengelupur buas! Ada suara serak yang seakan bertindih dengan suara perempuan malangitu. Jin di dalam badan Aisyah sudah tidak selesa mendengar bacaan ummul kitab itu. Namun, dia masih mahu menghuni badan Aisyah. Lalu, sekali lagi, Bomoh Taha mengulangi bacaan ayat yang sama. Semakin dibaca, Aisyah makin mengelupur. Suasana makin menyeramkan. 

"Kau jangan degil! Aku minta kau keluar dengan cara baik. Kalau tak!..."

Belum sempat Bomoh Taha menghabiskan bacaan ayatnya, Aisyah pantas menepis tangan Bomo Taha sehingga rebah! Aisyah bangun dan melompat seperti katak dan menghala ke pintu. Dia cuba buka pintu namun gagal. 

Tergolek bomoh malang itu. Bomoh Taha geram betul dengan tindakan jin yang berperangai macam tu. Sudahlah biadap, ada hati nak ganggu cucu cicit Adam. 

"Kau nak pergi mana! Kau degil ya! Mari aku bakar kau! Biar kau rasa sikit!"

Bomoh Taha bangun! Semangatnya membuak. 

"Alif lam mim! Kitab Al Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya, tentang datangnya dari Allah dan tentang kesempurnaannya! Ianya menjadi petunjuk bagi orang bertaqwa!"

Ayat Al-Baqarah 1 hingga 5 dibaca dengan tegas. Seumpama pedang yang sedang menikam jin secara halus! Tajamnya kuasa Al-Quran. Sekali lagi Aisyah mengelupur buas. Kali ini, jin di dalam tubuh Aisyah mengalah. Aisyah pengsan. Badannya lemah! Terkulai. Ayahnya pantas menyambut tubuh anaknya itu sebelum badannya menghempas lantai.

"Anakku! Apa dosa kau, nak!," kata si ayah sambil mengalirkan air mata sedih melihat keadaan anaknya itu.

"Hashim, aku tak tahu apa nak kata dah. Budak ni macam disukai sangat oleh jin ni. Maaf aku tanya, anak kau tidur telanjang ke?"

"Entahlah. Mana aku tahu Taha. Tak pernah aku cek. Sebab bilik dia berkunci masa tidur!"

"Kau beritahu dia juga, jangan mandi berbogel. Dan jangan sesekali berbogel jika tidak memerlukan. Jin memang suka perempuan yang gemar berbogel. Satu lagi aku nak kau balik cari sekitar rumah kau kalau-kalau ada kawasan mata air"

"Mata air? Telaga akulah tu. Yang kat dalam bilik air. Apa kaitannya dengan anak aku? Setahu aku semenjak telaga tu ada kat situ, tak ada lagi yang kena ganggu sejak dulu," kata Hashim.

Nah, kesimpulan dah ada. Akhirnya, Bomoh Taha tahu kenapa Aisyah diganggu. Bukan tidur telanjang yang jadi punca. Bukan! Sebelum dia teruskan bicara dengan Hashim, Bomoh Taha buka pintu dan pelawa isterinya masuk untuk uruskan Aisyah yang sudah mula sedarkan diri. Bomoh Taha dan Hashim keluar dari bilik.

"Jin ni dia memang suka tinggal kat kawasan yang ada mata air. Aku syaklah, bukan betul-betul yakin, tapi setahu aku, aku rasa, Aisyah ni gemar mandi bogel rasanya. Dan jin ni dia dok intai lama dah. Cuma mungkin masa tu kau tak sedar. Mungkin setelah Aisyah ni datang haid, dan bila time darah kotor ni, jin ni dah mula masuk line. Yelah, jin ni pun ada hati juga nak mengorat perempuan cantik," kata Bomoh Taha sambil berseloroh.

Hashim hanya mengangguk faham dengan konklusi Bomoh Taha.

"Kau bawa balik je anak kau tu. Kita tengok sehari dua ni macam mana. Kalau tak ada apa, maknanya memang jin tu dah keluar dan takde dalam rumah kau dah. Aku minta kau pesan kat anak kau macam mana aku suruh tadi. Jin memang suka dengan orang yang bogel ni. Dia pun macam manusia lah juga" Hashim dan Bomoh Taha ketawa berdua. 

"Sebab tulah kalau malam jumaat tu kena cover sikit kalau nak buka kilang dengan bini. Takut nanti jin ambik kerusi duduk tepi katil layan macam layan wayang," Bomoh Taha berseloroh lagi.

Selepas berbual beberapa lama dengan orang kampung yang turut datang ke rumahnya, akhirnya rumah Bomoh Taha kembali kosong. 

Jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam. Mariah, isteri Bomoh Taha sedang sibuk cuci cawan teh di dapur. Bomoh Taha sudah penat. Badannya sudah lenguh. Dia bangun dari duduk, dengan alunan lagu P. Ramlee, Malam Bulan Di Pagar Bintang, dia menyanyi sumbang sambil kaki melangkah ke bilik tidurnya. 

'Cikgu' SuraiyyaWhere stories live. Discover now