Bab 8

462 10 0
                                    

Idham sedang tidur di atas katil bujang di biliknya. Bilik kecil itu dipenuhi dengan tampalan pelbagai poster artis Black Metal. Memang Idham gemar muzik rock.

Sambil mendengar alunan muzik dari kumpulan Iron Maiden yang menjadi kegemarannya, dia memandang ke luar rumah. Titis hujan di kaca tingkap menjadi siaran tv bagi dirinya.

Rumah kayu yang dia duduk itu kecil. Cukup untuk dia dan ibunya yang kini sudah tua.

Minda lihat berfikir bagaimana nak dapatkan duit untuk 'paku' jiwa Suraiyya supaya dia tahu apa itu erti dendam.

Rompakan kedai semalam gagal. Memang dia pelik dan hairan apa yang rakannya nampak. Sebab dia sendiri tak tahu apa yang kawannya nampak. Dia hanya ikut mencecet lari sebab kawannya lari je. Bukan sebab lain.

Fikir-fikir balik, menyesal pula dia lari bersama dengan Fuad. Mesti kalau dia usaha sikit lagi, dapatlah dia jumpa duit milik Pak Deris.

"Idham! Idham! Buka pintu ni!"

Lamunan Idham terhenti. Saat lamunan di dalam suasana hujan itu, dia terdengar seperti ada orang memanggil namanya. Pintu diketuk kencang. Suara yang memanggil namanya itu seperti dia tahu siapa.

Tak mungkin Suraiyya.

"Suraiyya, apa awak buat kat sini?"

Pertanyaan itu terpacul dari bibir Idham. Dia pelik. Tadi, Suraiyya marah-marah dengannya. Tapi, kali ini, Suraiyya berdiri di depan pintu biliknya. Entah macam mana dia masuk ke dalam rumah Idham tidak tahu. Pasti ibunya benarkan Suraiyya masuk sebab hujan di luar.

"Maafkan aku! Aku silap. Aku cintakan kau, sepenuh hati. Kau maafkan aku tak, Idham? Ambillah aku jadi kekasih kau semula. Aku nak bersama kau, Idham," rayu Suraiyya.

Suraiyya menapak perlahan masuk ke dalam bilik Idham. Idham jadi canggung. Pantas lakinya dilangkah ke belakang. Dia tak mahu Suraiyya mendekatinya. Di dalam bilik itu, berduaan pula, macam macam boleh jadi.

Idham rasa yang penangan minyak dagu yang digunakan untuk menambat hati Suraiyya sudah mula tunjuk taring.

"Su, kita bincang di luar, jom," pelawa Idham.

Suraiyya tutup pintu bilik. Kini, mereka berdua. Oh, tak. Ada syaitan. Syaitan dari minyak dagu yang menghuni jiwa Suraiyya.

Idham mengelabah. Dia ok sahaja kalau Suraiyya nak ajak buat benda tak baik. Pucuk dicita ulam mendatang kan. Tapi, sekarang bukan masa yang sesuai. Ibunya ada di rumah.

"Suraiyya, kau jangan pasal pasal"

Tiba-tiba, wajah Suraiyya membengis. Dari wajah sedih yang meminta simpati, wajah Suraiyya seakan dipenuhi amarah. Dengan tidak semena, Suraiyya menerkam Idham. Idham pantas merangkul Suraiyya. Namun, kakinya gagal mengawal badannya.

Terjelepuk Idham terbaring di atas karpet. Suraiyya pula menindih badan Idham. Mereka dalam keadaan yang sangat rapat. Mencurigakan. Berduaan.

"Su, lepaskan! Ini bukan masanya. Ini bukan masanya!"

"Gadis ni milik kau, dan dia tetap akan jadi milik kau." Suara garau dari mulut Suraiyya berkata. Jelas, ada syaitan yang sudah merasuk Suraiyya.

Krakkkk!

Pintu dibuka.

Tak semena-mena, ibu Idham melihat Idham yang sedang ditindih oleh Suraiyya. Suraiyya menoleh ke arah ibu Idham. Dia memberikan senyuman yang begitu menyeramkan.

Lalu, dengan berani, lidah Suraiyya menjilat pipi Idham. Dah nama lelaki, pastinya berahi Idham sudah mula terjentik. Namun, dek kerana ibunya ada di depan pintu, dia pura pura meronta lepaskan diri.

"Aku akan jadi milik kau, selamanya!"

Dengan kekuatan yang Idham ada, dia tolak Suraiyya ke tepi. Suraiyya Terjelepuk di tepi katil Idham. Idham pantas bangun bergerak ke arah pintu.

Namun, saat dia hendak mendekati pintu...

Pam!

Pintu itu tertutup rapat. Idham menoleh ke arah Suraiyya.

Wajahnya merah. Matanya mulai menghitamkan. Itu bukan Suraiyya yang dia kenal.

'Cikgu' SuraiyyaWhere stories live. Discover now