Bab 9

468 10 0
                                    

Beberapa bulan yang lalu... 1

"Saya nak buatkan perempuan ni suka kat saya"

"Kau serius? Benda ni bukan main main. Sekali kau buatkan benda ni kat kau, memang dia akan sentiasa dengan kau sampai bila-bila," kata Bomoh Taha yang masih ragu dengan permintaan Idham.

Idham pandang rakannya, Fuad yang bersamanya. Gambar di tangan Idham dipegang dengan dua jari. Awie yang berada di sisi Fuad hanya diam. Tidak berkata apa. Mereka hanya menemankan Idham. Selebihnya, mereka tak nak masuk campur.

"Setuju. Lagipun, saya memang tak nak orang lain dapat Suraiyya. Biar dia jadi milik saya selamanya. Selamanya sampai syurga," kata Idham mendabik dada.

"Jangan megah. Kemegahan kau akan makan diri!"

Idham hanya tersenyum mendengar teguran Bomoh Taha. Tanpa banyak tanya lagi, Bomoh Taha lakukan apa yang diminta.

Dengan sebilah keris pendek yang berkarat, dia membelah sebiji limau nipis di atas bekas kemenyan yang sudah dibakar. Bau kemenyan memang memenuhi ruang. Awie memang tak tahan dengan bau ni. Tapi, dia tahan sahajalah.

"Wahai syaitan penjaga alam. Wahai pengingkar nabi Adam. Aku seru nama kau. Aku seru kau dengan nama iblis laknatullah. Dampingi aku dan dampingilah manusia yang aku ingin kau dampingi. Datang kepada aku dengan seru yang aku seru. Datang kepada aku dengan seru yang aku seru! Datang kepada aku dengan seru yang aku seru!"

Mantera tadi dibaca dengan nada yang amat menakutkan. Meremang ketiga orang orang lelaki di hadapan Bomoh Taha mendengar seru itu.

Sebelah limau nipis diperah ke dalam api kemenyan. Asap makin berkepul.

"Aku seru nama kau Azazil, iblis segala iblis, syaitan segala syaitan, jin segala jin. Aku seru nama kau Azazil! Aku seru nama kau! Tunaikan hajat ini. Dekatkan wanita ini dengan nama  kau!"

Bomoh Taha minta gambar Suraiyya daripada Idham. Idham beri tanpa banyak songeh.

"Dekat sikit!"

Idham pandang Bomoh Taha.

"Dekat sikit!"

Idham masih tak faham.

"Kau tu, kemari. Dekat sikit. Bak sini tapak tangan!"

Idham yang keliru dengan arahan mendekat. Punggungnya dianjak perlahan mendekati Bomoh Taha. Dia serahkan tangannya seperti yang diminta.

Bomoh Taha pegang tangan Idham dan letakkannya di atas asap kemenyan. Kemudian, gambar yang ditangan Bomoh Taha dicari empat dan dibakar di dalam kemenyan.

Idham hanya memerhati sahaja wajah Suraiyya terbakar di dalam api kemenyan yang membara. Saat dia ralit memerhatikan gambar Suraiyya...

"Auuuuuchhh!"

Tapak tangan Idham dihiris Bomoh Taha. Darah mengalir dengan banyak. Sakitnya memang tak dapat nak digambarkan. Tapi, demi hajat, dia relakan Bomoh Taha lakukan apa sahaja.

"Darah ini akan buatkan Suraiyya dekat dengan kau. Aku sudah seru Azazil, raja segala syaitan untuk lakukan tugasnya. Sekarang ini, kau sahaja perlu lakukan tugas kau!"

Idham mengerutkan dahi.

"Tugas?"

"Tugas kaulah. Kau kena usaha untuk dapatkan dia!"

"Usaha? Aik, bukan ke lepas ni saya akan dapat Suraiyya dengan mudah. Maksud saya, Suraiyya akan tunduk kepada saya? Kenapa saya perlu usaha dapatkan dia pulak?," Idham bertanya.

"Yelah, kau kena usaha juga sikit. Sihir aku ini akan bantu kau untuk lembutkan hati dia. Dia akan tunduk, tapi bukan dengan terus. Dia akan nampak kau sahaja. Tiada lelaki lain. Tapi, kau tetap kena usaha untuk tambat hati dia. Tak susah. Sebab syaitan akan lakukan tugasnya. Dan selebihnya, kau kena jaga dia baik baik. Tu je"

Idham faham.

"Tapi... Bagaimana kalau... Errrr.. Kalau..."

"Kalau kau tak suka Suraiyya?," Bomoh Taha menduga.

Tersenyum sahaja Idham.

"Aku takkan beritahu tentang itu. Yang penting sekarang, aku pesan, jangan mainkan hati Suraiyya. Kau kenal tak dia tu anak siapa? Aku kenal mak bapak dia. Anggap sahaja aku tolong kau supaya menjadi jodoh dia! Dan aku harap, nanti bila dah jadi suami, kau jangan lupa panggil aku makan kenduri!"

Idham telan air liur. Dalam juga maksud Bomoh Taha tu.

Awie dan Fuad hanya memerhati. Berpandangan sesama mereka seakan tidak setuju dengan apa yang Idham buat.

Mereka kawan dengan Idham dah lama. Mereka tahu Idham macam mana. Banyak wanita rebah dengannya, dan ditinggalkannya begitu sahaja!

'Cikgu' SuraiyyaWhere stories live. Discover now