Bab 11

432 10 0
                                    

"Aduh, apasal aku asyik kalah je!," keluh Fuad.

"Dah kau lembab. Orang main game ni, mata kena tajam, minda kena gerak laju. Bukan lembab macam kau. Lambat bertindak, kalah lah!," kata Awie dengan bangga.

Banyak kali bermain King of Fighters, Awie seringkali berjaya menumpaskan Fuad. Memanglah senang nak tumpaskan Fuad. Fuad budak newbie dalam permainan video tersebut.

"Takpelah, permainan je pun. Serius sangat tu dah jadi benda lain"

"Yelah tu! Kalah cakap je kalah," Awie tambah api. Fuad malas balas lagi. Dia tekad nak kalahkan dia kali ini.

"Yeeeeeees! Aku dah cakap!"

Alat kawalan dihempas ke lantai. Fuad meloncat gembira.

"Woi, alat tu mahal kot. Siallah!"

"Awie! Kau kalah. Padah cakap besar!," kata Fuad sambil menunding jari ke arah Awie. Awie redha. Entah macam mana, dia berjaya ditumpaskan buat pertamakalinya.

Ketika Fuad sedang meraikan kejayaannya menumpaskan Awie, pintu bilik dibuka. Muncul Idham. Mukanya mencuba. Kelihatan seperti dia tertekan dengan masalah. Awie dan Fuad berpandangan. Fuad kembali menyambung permainannya sekali lagi. Bersemangat untuk menumpaskan Awie sekali lagi. Malangnya, kali ini, Awie berjaya merampas kembali kekalahan tadi.

"Korang tak bosan ke main game tu? Dok ulang benda sama je. Boring!," keluh Idham yang sedang memerhati di belakang mereka.

"Ini je yang ada. Layankan je. Kalau ada yang lebih baik, beritahulah. Kitorang ok je," balas Awie.

Idham mendekati Awie dan Fuad. Lalu, tidak semena-mena, joystick Fuad dirampas dari tangannya.

"Meh aku main. Kau ni, kalah saja memanjang!," kata Idham.

"Tapi, aku menang tadi! Kau nampak kan!!!!!!," bela Fuad.

Idham menyambung permainan. Dengan mudah, Awie berjaya dikalahkan. Selepas itu, Idham menutup permainan tersebut. Awie dan Fuad tahu, Idham ada sesuatu yang nak diluahkan. Walaupun mereka sebenarnya tak berapa selesa nak dengar, kenalah dengar juga sebab Idham juga kawan mereka. 

"Suraiyya, tadi. Dia dah jadi orang lain," kata Idham. Idham lalu ceritakan apa yang terjadi tadi sehingga memaksa Bomoh Taha masuk campur dalam urusan yang dia rasakan mampu dia selesaikan sendiri. Apa yang terjadi tadi menunjukkan bahawa permainan dengan syaitan hampir sahaja menyebabkan nyawanya terancam. Ada bahaya yang dia cari yang boleh membahayakan nyawanya, dan dia sudah rasainya.

"Aku dah cakap dari dulu. Kalau Suraiyya tak sukakan kau, cari lain. Tak perlu sampai minta tolong Bomoh Taha," kata Awie.

"Betul tu. Lagipun, apa yang kau buat tu dah dikira khurafat. Idham, kita ni memanglah budak jahat kampung ni. Tapi, tak semestinyakita tak dapat bezakan yang mana baik dan buruk. Aku rasa, kau cukuplah cintakan Suraiyya. Ada banyak lagi gadis kampung ni yang boleh kau tackle. Kau nak macam mana? Kau cakap je. Kami akan settlekan," kata Awie sambil mula mencucuh rokok lalu diletakkan di mulutnya. 

Fuad mendekati Idham.

"Kau tak payah fikir banyaklah. Apa dah jadi biar terjadi. Kau kena move on. Come on. Tak rocklah kalau kau bersedih macam ni. Dah macam perempuan!"

Awie hulurkan kotak rokok miliknya. Idham lalu ambil sebatang rokok dan letakkannya di mulut. 

Idham, Fuad dan Awie lalu bergembira menghisap rokok bersama-sama. Idham lalu lupakan sejenak apa yang telah terjadi. Tapi, walaupun dia cuba lupakan sepenuhnya Suraiyya daripada jiwanya, Awie dan Fuad tidak tahu bahawa masih ada lagi secebis kasih sayangnya terhadap Suraiyya yang masih bersisa. 

Sebelum matahari tenggelam, mereka hisap rokok sampai habis!

'Cikgu' SuraiyyaWhere stories live. Discover now