Bab 1

1.3K 25 0
                                    


"Apa hajat kau datang ke mari?"

Bomoh Taha bertanya. Api kemenyan di dalam bekas hitam legam mula berbau. Sekali sekala, lima jari tangan kirinya diasapkan sambil mulutnya terkumat kamit membaca jampi.

"Saya nak santau betina ni, bomoh. Saya nak santau dia sampai dia sedar tentang tinggi rendah langit. Saya nak dia sedar tentang apa yang dia dah buat kat saya!," kata Idham dengan marah.

Di tangannya, ada sekeping gambar yang sudah terkoyak sebahagiannya. Ada seakan dua orang tapi dikoyak separuh sehingga nampak seorang perempuan sahaja di gambar itu.

" Kau kena ingat, santau ni bukan main main. Kau kena buat semua yang aku suruh. Selagi kau ikut, kau akan selamat, dia akan merana. Kalau kau langgar, semua apa yang kau minta akan kembali kepada kau!"

Idham angguk. Dia bersedia. Di sebelahnya, rakannya, Awie seperti ada rasa bersalah. Di hatinya, dia mahu Idham berhenti. Dia takut apa yang Idham hajati nanti makan diri.

"Idham, kau dah fikir masak-masak?"

"Aku kalau dah datang sini, aku takkan patah balik. Siapa pun takkan mampu ubah pendirian aku. Takkan ada siapa pun!"

"Tapi, bomoh cakap, santau ni akan makan diri kau kalau kau gagal kawal diri kau. Kau tak takut kalau santau ni patah balik kat kau?"

"Aku tak takut sedikit pun. Aku Idham anak Ahmad, aku takkan berundur kecuali maut datang kepada aku. Tapi, kalau maut nak ambik aku pun, aku akan pastikan maut tu bertempur dulu dengan aku sebelum aku mati. Aku anak bekas askar tau, tak takut mati!"

Awie telan air liur. Riak dan bangga diri Idham memang buatkannya rasa seram sejuk. Orang kaya, kalau bangga dan bongkak sangat, nanti boleh makan diri. Tuhan tak suka orang yang cabar hakikat dunia. Apatah lagi hakikat dunia ghaib dan alam lainnya.

"Jadi, kau setuju?"

Idham mendada. Dia tarik nafas panjang dan melontarkan pandangan dalamnya ke arah Awie. "Setuju"

"Baiklah, kalau macam tu, aku akan buatkan kau santau yang paling azab. Santau yang memang takkan ada siapa pun mampu ubati. Aku akan hantarkan santau nisan kat perempuan ni. Santau yang melibatkan orang mati selalunya akan lebih gila kesannya daripada santau angin!"

"Santau nisan?"

"Ya, santau nisan. Kau balik dulu. Dapatkan aku semua benda benda yang aku nak. Kau pergi ke kubur orang yang dah dibunuh. Ambik batu nisabnya dan bawa ke mari. Jangan lupa, balut nisan tu dengan kain kuning," beritahu Bomoh Taha.

"Idham, tak payahlah. Batalkan je niat kau. Aku rasa tak sedap hatilah," pinta Awie.

Idham sikit pun tak hiraukan permintaan rakannya. Dia tetap pendirian dengan apa yang hendak dilakukannya.

"Bawa nisan tu pada malam Jumaat minggu ni. Jangan bagi siapa pun sentuh nisan tu kecuali kau. Ingat, sekali kau buat benda ni, kau akan terus terikat dengan perjanjian kau dengan syaitan. Tiada jalan balik," Bomoh Ta beri peringatan.

Idham angguk. Dia nekad. Ini memang kehendaknya.

"Suraiyya, aku akan pastikan kau dapat azab yang setimpal. Kau tahu, kau dah buatkan aku rasa terhina gila depan orang lain. Aku takkan diamkan diri. Kau larilah ke mana pun, kau boleh lari dari aku, tapi takkan dapat lari dari santau aku! Takkan"

Bomoh Taha pandang Idham. Awie ketakutan. Perlu ke dia beritahu Suraiyya?

'Cikgu' SuraiyyaWhere stories live. Discover now