Bab 15

445 9 0
                                    

Tok!

Tok!

Tok!

"Amir! Amir! Bangun! Dah siang. Oi, kau nak membuta ke? Hari ni hari sekolah ni!"

Mata Amir segar. Baru tadi dia sedang sibuk melayan mimpinya. Dengar sahaja ayahnya, Haji Musa bercakap tentang sekolah, terus matanya terbuka laju. Jam yang terletak di meja belajar dipandang.

Dah jam 12 tengahari!

Apa lagi, macam lipas kudunglah Amir bangun dari perbaringan. Terus dia mencapai tuala dan keluar dari bilik.

"Hah, tu yang berlari tu nak ke mana? Kau tu agak-agaklah. Rumah kita ni kecil. Lantai kayu pulak. Kau lari, bergegar habis satu rumah. Dah macam gempa bumi!," kata Haji Musa yang sedang melihat gelagat anaknya itu menjauhi bilik menuju ke bilik air.

Haji Musa baru sahaja balik kerja. Dia kerja malam sebagai pengawal sebuah kilang yang berdekatan dengan rumahnya. Tadi balik, dia terkejut apabila dapati basikal anaknya masih lagi tersandar di tepi pintu rumah. Sudah dia agak, Amir terlewat bangun tidur. Entah solat Subuh ke tidak anaknya itu.

Haji Musa masuk ke dalam bilik Amir. Beberapa poster artis barat yang sedikit mencolok mata dipandang.

"Siapalah perempuan-perempuan ni. Zaman aku dulu, Marilyn Monroe je yang menjolok mata. Zaman ni, macam macam. Sampai semuanya aku tak kenal dah. Hmmm... atau aku yang sudah tua, kot," gumam Haji Musa apabila memandang poster Katty Perry dan Lady Gaga yang diletakkan bersebelahan.

Tengah asyik Haji Musa melayan jiwa menatap poster, tiba-tiba rumahnya bergegar kembali.

"Hah, kau nak robohkan rumah aku ke?," kata Haji Musa.

"Ayah, kenapa ayah tak kejutkan Amir. Ni dah lewat dah ni! Aduhai, tak pasal-pasal!," keluh Amir sambil mencapai baju sekolahnya yang masih belum diseterika. Amir dah tak kisah bajunya seterika atau tak. Yang penting, dia nak pergi ke sekolah.

"Wah, aku dah kejutkan kau, kau tanya kenapa aku tak kejutkan kau? Banyak cantik kau, Amir. Ayah ni dah kerja. Ni baru balik. Sedar-sedar, basikal kau tu ada depan rumah. Kau buat apa sampai kau bangun lewat ni?," tanya Haji Musa.

Amir tak jawab. Pomade disapu di kepala. Rambut dibentuk ikut citarasa.

"Tak payah lah pergi sekolah. Dah pukul 12! Sekejap lagi, orang dah nak balik sekolah. Buat malu ke budak lain je!"

Amir siap pakai baju seragam. Lengkap dengan tali leher! Amir puas hati dengan gayanya. Terus dia salam ayahnya dan mencium pipi ayahnya. Dia capai beg buku yang berada di atas kerusi dan beredar. Setelah dia pakai kasut, basikal dituntun dan menghala ke pintu pagar rumah.

Tak sampai tiga kayuhan, hujan lebat turun. Pomade di rambut cair. Baju putih Amir basah.

"Aku dah cakap, tak payah pergi sekolah, kau degil"

Amir toleh. Ayahnya berada di tepi pintu memerhatikannya sambil mencekak pinggang.

"Melepas aku nak hadir kelas Cikgu Suraya hari ni," keluh Amir sendirian.

'Cikgu' SuraiyyaWhere stories live. Discover now