Hari ini, hari terakhir Suraiyya dan keluarganya berada di rumah lamanya. Dia dan keluarga bakal berpindah dari tempat yang sudah dia tinggalkan banyak kenangan ini. Suraiyya terpaksa redha dengan segala ketentuannya. Hubungannya dengan Idham sudah tiada, mungkin tempat baru bakal buka buku baru!
Lori terakhir yang mengangkut barang-barang dari rumah lama sudah siap di depan rumah. Rumah Suraiyya yang jadi tempat dia bermain sedari kecil kini kosong. Tidak ada apa lagi! Semua barang dan pakaian Suraiyya juga sudah diangkut masuk ke dalam lori.
"Kau kena move on, Suraiyya. Mak doakan kau jadi lebih baik," kata Puan Amalina yang berada di sebelahnya yang turut memerhatikan ayahnya dan beberapa orang pekerja memuat naik beberapa kotak terakhir yang ditinggalkan di atas tanah.
"Tapi, Su sayang dia," walaupun dia teringatkan bagaimana Idham mahu santau keluarganya, sayangnya masih ada. Perempuan, hatinya lembut. Sukar untuk dia lepaskan seseorang yang dia sayang walaupun lelaki itu ada niat jahat.
Itulah Suraiyya.
"Move on. Su, ada lelaki lain yang layak untuk Su. Idham bukan orang baik. Banyak dah mak dengar tentang dia dari orang sekeliling. Dia bukan apa yang Su tahu," jelas ibunya lagi.
"Su masih sayangkan dia!"
Tiba-tiba, Su mengalirkan air mata dan berkata dalam nada tegas.
Suraiyya lari dari tempat dia berdiri. Puan Amalina yang melihat Suraiyya berlari meninggalkan rumah pantas memanggil suaminya. Suaminya lalu letakkan kotak yang dia sedang angkat ke tanah. Lalu, dia dekati isterinya.
"Saya rasa, Su ni dah kena guna-guna!"
Suraiyya lari tinggalkan ibu dan ayahnya. Entah kenapa. Dia tidak ada sepenuh kawalan terhadap dirinya. Dirinya seakan dicangkuk sesuatu. Kakinya seakan dikawal. Hatinya pula tiba-tiba dipenuhi dengan memori Idham.
Air mata mengalir. Tiba-tiba sahaja rasa sayang Suraiyya pada Idham muncul membuak-buak. Hairan sungguh, Suraiyya sudah kena tipu dengan Idham. Masih lagi Suraiyya nak percaya dengan laki-laki macam tu?
Ketika itu juga, hujan turun. Dari rintik menjadi lebat. Ibu dan ayah Suraiyya pantas masuk ke dalam kereta bersama dengan anaknya yang seorang lagi, Muslim.
Kesian Muslim, dia tak tahu apa pasal kakaknya dan apa yang terjadi. Dia sibuk main Tik Tok masa ibu dan ayahnya panggil tadi. Tak sempat pun dia upload video Tik Tok yang dia buat di ke dalam Facebook, ayahnya panggil suruh ikut.
"Eh, Su ke arah sana bang! Kita nak ke mana ni?," tanya Puan Amalina selepas melihat Dr. Hassan membelok kan keretanya ke arah yang salah.
"Abang nak panggil kawan abang. Abang rasa, Su nak kena berubat. Abang kuat kata yang Suraiyya dah kena guna-guna dengan Idham. Menyesal sungguh abang tak percaya dengan kata orang sebelum ni," kata Dr. Hassan.
"Awakkan doktor. Takkan tak boleh ubat anak sendiri?"
"Kadang-kadang doktor pun tak tahu semua. Doktor ni manusia biasa yang belajar ilmu macam awak juga. Dan tak semua ilmu tu ada dan boleh dipraktikkan pada semua!"
"Jadi, kita nak ke mana?"
"Rumah Bomoh Taha!"
Kereta yang dipandu Dr. Hassan menderu laju di jalan yang sudah basah. Hujan pada hari itu seperti menggambarkan resah di hati Suraiyya yang sangat berat.
Tak lama kemudian, Puan Amalina dan Dr. Hassan tiba di rumah Bomoh Taha. Kelihatan Bomoh Taha dan isterinya sedang sibuk makan mee goreng di luar rumah sambil menikmati hujan yang turun.
YOU ARE READING
'Cikgu' Suraiyya
ParanormalSuraiyya, dan adiknya berpindah ke tempat baru selepas ayahnya terpaksa bertugas di luar daerah. Suraiyya putus dengan teman lelakinya, Idham kerana tidak digemari keluarganya. Sementara menunggu posting guru, Suraiyya mengajar kelas Bahasa Inggeri...