Bab 6

756 13 0
                                    

Kranggggggg!!!!!

Bunyi kaca itu menyebabkan seekor kucing kurap yang sedang menjamah tikus yang baru ditangkapnya tadi di tepi sebuah kedai runcit berlari mencecet. 

"Kau pasti dengan apa yang kita buat ni, Idham?," Fuad bertanya. 

Fuad dan Idham. Macam belangkas. Sukar dipisahkan. Kerja jahat buat sekali, makan sekali, tidur sekali. Semuanya sekali.

Malam ni, Fuad ikut Idham nak masuk kedai runcit Pak Deris. Dia sudah perhati lama dah. Beberapa kali dia datang kedai Pak Deris beli rokok. Matanya kerap kali memerhatikan di mana ruang Pak Deris simpan duit.

Dia tahu, Pak Deris tak pernah bawa pulang duit perniagaannya ke rumah. Dia simpan duit tu di dalam sebuah peti besi di dalam kedai runcit itu sendiri.

Pak Deris yakin duit tu selamat di dalam kedai runcitnya. Malam ini, keyakinan Pak Deris bakal diuji.

Kaca tingkap ruang belakang kedai sudah dipecahkan. Idham masuk dulu. Berhati-hati kakinya melangkah bimbang kalau ada bahagian badannya terguris kaca tajam. Kemudian, Fuad masuk.

Lampu suluh menyuluh ruang dalam kedai. Sunyi. Derap kaki seperti mengunyah kaca di lantai.

Idham tahu mana dia nak pergi. Kaunter! Ya, itu tempat penting. Pasti ada sesuatu yang mampu dia cari di situ.

"Kau pasti ke duit Pak Deris ni simpan kat sini," tanya Fuad yang ragu-ragu.

"Aku yakin. Aku dah pasang telinga haritu masa Pak Deris sembang dengan ayah aku haritu," kata Idham yakin. Laci demi laci dibuka. Hanya kertas invois dan resit yang kelihatan.

Tiba-tiba, Fuad rasakan badannya makin panas. Dia seakan tak selesa dengan apa yang dia buat. Fuad rasa seperti ada sesuatu yang memerhatikannya. Dia tak tahu sama ada ianya hanya perasaannya sahaja atau sebaliknya, tapi dia tidak setentang tadi.

Fuad dapat rasakan ada satu entiti yang sedang memerhatikannya. Dia pasti. Ketika Idham sibuk menyelongkar, Fuad sudah terpaku. Matanya dipejam. Tangan yang memegang lampu suluh digenggam kuat. Sah, dia ketakutan. Kalau nak ikutkan, mahu sahaja dia ajak Idham pulang. Dia sudah mengerti kemapa Pak Deris berani simpan duit di dalam kedai runcitnya sendiri.

Pak Deris bela penunggu!

Penunggu duit Pak Deris sudah bersedia. Berdiri merenung dua orang lelaki itu. Dengan mata merah dan lidah terjelir, dia hanya berdiri seperti batu. Seperti CCTV yang sedang merakamkan gelagat manusia tanpa siapa pun sedar. 

Lampu suluh Fuad disuluh ke segenap ruang kedai.

"Kau suluh apa tu! Suluh sini, aku tak nampak kat mana Pak Deris simpan kunci atau something yang boleh bawa kita ke tempat dia simpan duit!"

Belum sempat Fuad menghalakan cahaya lampu suluh yang dipegangnya ke arah Idham, suluhan lampu itu menyuluh sesuatu. Susuk ngeri yang menakutkan. Walaupun tak sampai sesaat cahaya menyimbah susuk penunggu belaan Pak Deris itu, peluh di dahi Fuad mula berderau.

"Idham, aku rasa kita kena berundur!"

"Tak. Aku perlu cari peti tu! Takkan penat-penat masuk, satu habuk pun tak dapat!"

Dalam gelap, Fuad nampak susuk hitam dengan mata merah menyala sedang memerhatikannya. Diam. Membatu seperti tunggul. Kakinya mulai menggeletar.

"Kita takkan berjaya!"

"Dah kau duduk diam je, memang la takkan berjaya! Yang kau berpeluh semacam ni, apasal! Kau ni, macam tak biasa pulak!," bebel Idham sambil melihat ke bawah kaunter. Peti simpanan duit, atau kotak yang menyimpan sejumlah duit tidak dijumpai sampai sudah!

Fuad tak mampu alihkan pandangan dari susuk yang berdiri memerhati mereka sejak tadi. Kali ini, Fuad nampak seperti penunggu itu sedang bergerak perlahan ke arahnya!

"Aku chaw dulu! Sorry, bro!"

Macam lipas kudunglah Fuad lari. Idham yang tak tahu apa-apa pantas ikut sama. Bimbang bunyi bising menyebabkan orang lain perasan kedai itu dipecah masuk. Laci dibiarkan terbuka, berselerak. Kedai itu sunyi kembali.

Tiba-tiba, kelihatan peti kecil seakan tabung di dalam laci yang dibuka oleh Idham. Pelik, kenapa tadi Idham tak nampak peti kecil itu? Uuuuuuuuuuuuu, seram!

'Cikgu' SuraiyyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang