"Kau pergi dating dengan budak gila tu lagi, Su?"Pulang sahaja daripada jumpa Idham, terus dia dimarahi. Suraiyya baru sahaja langkah kaki masuk rumah, ayahnya sudah menunggu di hadapan tv yang berada di ruang tamu. Awalnya, Suraiyya cuba buat tak tahu, tapi, nampaknya ayahnya mulakan bicara dulu.
"Ayah dah cakap banyak kali. Tak payah kawan dengan Idham. Dia bukan budak baik. Kalau dia baik, takdenya dia ajak kau jumpa kat kuburan. Suraiyya, kuburan tu untuk orang mati!"
Leteran ayahnya buatkan kakinya kaku. Serba salah. Dia nak buat tak tahu, beredar dari situ, atau lawan untuk teguhkan pendirian. Dia terhimpit antara dia pilihan.
" Su, ayah tak kisah kau nak kawan dengan laki, tapi kau pahamlah ayah. Jangan kawan dengan Idham. Dia bukan budak baik" Kali ini nada ayahnya direndahkan.
"Tapi, Su sayang Idham. Dia baik. Su rasa dia memang untuk Idham. Kenapa ayah tak suka apa yang Su pilih. Sejak kecik, semua apa yang Su nak, semua salah. Semua tak kena. Itu, ini. Semua tak betul. Semua nak kena ikut telunjuk ayah," tiba-tiba sahaja Suraiyya lempiaskan perasaannya. Air mata tiba-tiba mengalir tanpa Suraiyya sedar.
Ayahnya, Dr. Hassan, doktor pakar dari hospital di hospital berdekatan memang orang yang dikenali. Jadi, tak hairanlah kalau ayahnya terlalu kongkong Suraiyya dari berkawan dengan orang yang bukan bukan.
"Su, dengar sini. Lelaki yang baik takkan bawa Su ke tempat macam tu. Orang dah mula bercakap. Ayah tak suka. Tiap kali ayah pergi masjid, semua orang berbisik bisik pasal Su dan Idham. Ayah rasa, Idham tu budak psikotik. Dia berbahaya. Please, jauhi dia," rayu Dr. Hassan.
Ibu Suraiyya yang sedang memasak di dapur muncul kan diri. Puan Amalina namanya. Seindah nama penyanyi dangdut terkemuka, seindah itulah wajahnya. Sebab tu Suraiyya ni jelita. Ada ikut raut wajah ibunya yang memang penggemar gamelan semasa di universiti dahulu. Kini, ibunya hanyalah surirumah, fokus kepada menjaga Suraiyya dan adiknya Muslim yang sudah masuk tingkatan 1 tahun ini.
"Mak, kenapa Su tak dapat buat keputusan sendiri? Kenapa ayah mesti buat semua keputusan untuk Su?," tanya ibunya yang memerhati dari satu sudut.
Ibunya memandang suaminya. Seolah memberi isyarat supaya suaminya mengizinkannya bersuara.
"Su, kami sayangkan kau Su. Bukan kau sahaja. Muslim sekali. Kami nak kau jadi seorang yang baik. Ayah dan mak memang tak suka kau kawan dengan Idham. Kami harap kau faham tu, Su."
"Biarkanlah dia, Lina. Anak kita ni memang tak nak dengar kata. Tapi mungkin Tuhan tu tahu lebih dari kita. Sebab tu, Tuhan suruh ayah tukar tempat kerja. Mungkin Dia mahu kau jauh dari Khalid. Kau naik dan kemaslah apa yang patut. Esok kita dah nak bergerak"
Suraiyya pandang sekeliling. Tak sedar dirinya di dalam rumah yang surah separuh kosong. Banyak perabot yang dah diangkat ke dalam lori dan dibawa ke rumah baru.
Dr. Hassan duduk semula di kerusi malasnya. Dia abaikan anaknya. Beberapa mesej Whatsapp dibaca. Puan Amalina pula ke dapur buat kerja. Asam pedas ikan patin kegemaran ayahnya harus disiapkan. Sekejap lagi, Muslim nak balik dari sekolah. Semua boleh makan sama-sama.
Suraiyya naik masuk ke bilik. Beberapa barang sudah siap di dalam kotak. Bersedia untuk diangkut. Tapi, kini otaknya serabut. Dia terperangkap antara sayang, benci dan juga jiwanya.
Ya, dia dah putus dengan Idham. Tapi, dia tak mahu terima hakikat itu. Dia sayangkan Idham. Dia masih sayangkannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
'Cikgu' Suraiyya
ParanormalSuraiyya, dan adiknya berpindah ke tempat baru selepas ayahnya terpaksa bertugas di luar daerah. Suraiyya putus dengan teman lelakinya, Idham kerana tidak digemari keluarganya. Sementara menunggu posting guru, Suraiyya mengajar kelas Bahasa Inggeri...