Bab 13

505 12 3
                                    

Bomoh Taha baru selesai berjoging sekeliling kampung. Biasalah, orang tua pun perlu bersenam. Kalau terlalu diikutkan tubuh badan yang lemah, kelak memang penyakit akan cepat datang. 

Tapi, fizikal yang sihat perlu selari dengan minda yang sihat. Sejujur nya, Bomoh Taha dihurung resah. Kerjayanya sebagai bomoh sedikit merosot apabila ramai penduduk kampung tidak lagi datang kepadanya.

Kejadian paranormal sudah mula kurang. Periuk nasinya juga sedikit terjejas.

Apa yang menimpa Suraiyya semalam memang memerlukan bantuannya. Ternyata, walaupun kejadian paranormal tidak lagi sering berlaku di dunia masa kini, kewujudannya sebagai bomoh masih lagi ada peranan walaupun kecil.

"Assalamualaikum!"

Tiba-tiba ada yang menyapanya dari pagar rumah. Kelihatan Dr. Hassan yang berpakaian baju t-shirt berkolar yang dituck in kemas ke dalam seluar jeans menunggu. Tanpa banyak tanya, Bomoh Taha pelawa Dr. Hassan ke beranda rumahnya.

"Lah, kenapa tak bawa masuk kereta sekali ke dalam ni. Parking kat luar rumah tu kan panas," tanya Bomoh Taha.

"Tak apalah. Saya sekadar singgah. Sekejap je ni. Saya nak ke pekan sedikit. Kami nampaknya tak boleh nak gerak lagi hari ni seperti dalam perancangan. Sepakat saya dan isteri bincang bahawa barang pergi dulu ke rumah baru, tapi kami sekeluarga akan tinggal di rumah lama dulu sampai esok. Nak bagi Suraiyya tenang dan sihat dulu. Takut juga kalau jadi apa apa di sana, tak ada kau"

"Kau kan doktor. Takkanlah tak tau nak ubat anak," kata Bomoh Taha berseloroh.

Dr. Hassan lalu hulurkan sebuah sampul kecil.

"Apa ni?"

"Ambillah. Tanda hadiah dari kami sebab hal semalam. Kalau kau tak ada, tak tahulah apa nasib Su, anak kami tu"

Bomoh Taha amati sampul itu. Ada not RM 100 di dalamnya. Oklah itu. Tanda ada juga yang menghargai jasanya sebagai seorang bomoh.

"Terima kasih banyak, Hassan. Aku cuma nak pesan satu je. Suraiyya tu perlu jagaan rapi. Aku dapat rasakan yang jin dan syaitan senang rasuk dia dalam beberapa hari ni sebab dia masih lemah. Apatah lagi kalau masa dia tengah haid. Kau banyakkan amal ayat ayat Quran. Pagar rumah kau bila kau nak duduk di rumah baru nanti. Moga Tuhan bersama kau!"

Dr. Hassan bersalaman dengan Bomoh Taha. Isteri Bomoh Taha keluar menjengah. Sempat juga senyuman mereka berbalas. Dijemput masuk, Dr. Hassan menolak atas alasan mahu ke bandar kerana ingin mencari sedikit bekalan.

Bomoh Taha lihat sahaja kereta Dr. Hassan bergerak meninggalkan kawasan luar rumah di beranda. Dia nampak sesuatu yang tidak kena. Dia dapat rasakan bahawa ada lagi yang belum selesai dengan Suraiyya. Ada satu susuk lembaga berpakaian kemas, berkot hitam sedang memerhatikannya di pintu pagar.

"Siapa tu? Orang kutip cukai ke?," tanya Bomoh Taha.

"Mana? Awak gila ke apa, abang. Mana ada orang kat depan rumah kita," balas isteri.

Sahlah apa yang Bomoh Taha nampak hanyalah kelihatan pada matanya sahaja. Di dalam hati, dia berdoa memohon kepada Tuhan supaya dia sekeluarga dijauhkan dari pelbagai bencana.

Lelaki itu merenung dalam mata Bomoh Taha seolah mengerti apa yang sedang Bomoh Taha lakukan. Perlahan-lahan, lembaga tadi menghilang. Kabur seperti debu.

Bomoh Taha tahu, ada petanda yang akan ada musibah bakal terjadi.

Tapi, apakan daya, dia tak mampu buat apa selagi syaitan tidak mengganggu manusia.

'Cikgu' SuraiyyaWhere stories live. Discover now