"Assalamualaikum," Dr. Hassan pantas ligas buka selipar. Belum pun salam berjawab, langkah kakinya diatur masuk ke rumah Idham dengan laju.
Ibu Idham, Puan Aminah hanya tercengang melihat Dr. Hassan berada di dalam rumahnya.
"Mana anak saya!"
"Anak? Siapa? Suraiyya?"
"Yelah siapa lagi kalau bukan Su! Mana dia?"
Tidak beberapa lama kemudian, Puan Amalina masuk dan bersalaman dengan Puan Aminah. Malu juga dia dengan kelakuan suaminya. Namun, dia pasrah je. Dia tau suaminya tengah cemas fikirkan anaknya.
Puan Aminah tak tau apa. Belum sempat dia bersuara, terdengar seperti ada bunyi riuh dari bilik Idham.
Semua yang berada di situ bergerak mengekori Puan Aminah.
"Idham! Apa jadi tu, nak?," tanya Puan Aminah sambil menerkupkan telinganya di pintu bilik.
Bomoh Taha sudah tahu, apa yang pernah dia lakukan atas permintaan Idham kini sudah makan diri.
"Kak, biarkan saya buat. Tapi, sebelum tu, nak tak nak, pintu ni memang kena pecahkan," kata Bomoh Taha.
Tak sempat kata apa, Dr. Hassan dengan kekuatan yang ada menendang tombol pintu hingga pecah.
"Bang, rumah orang. Tak malu ke bang!," tegur Puan Amalina yang tidak menyangka tindakan suaminya itu.
"Aku tak kira. Aku nak anak aku balik!"
Saat pintu terbuka, Dr. Hassan tergamam. Puan Amalina terlopong mulutnya. Puan Aminah terdiam. Masing-masing terkejut dengan apa yang dilihat di hadapan mata.
Suraiyya sedang merangkak di atas siling bilik Idham.
Tidak percaya? Kau kena percaya! Ya, Suraiyya dah dikuasai jin yang sentiasa membantunya untuk mencintai Idham.
Syaitan yang dihantar oleh Azazil untuk mendampingi Suraiyya sudah buat hal. Semuanya salah Idham yang mula berubah hati. Semuanya kerana perbalahan dan sikap tidak serius mereka berdua dalam bercinta.
"Semua duduk diam. Jangan lakukan apa apa. Perhati sahaja," arah Bomoh Taha. Saat ini, Idham sudah berlari ke pelukan ibunya. Ketakutan. Ibunya tak sangka semua ini sedang terjadi di dalam rumahnya.
"Apa kau buat ni, Idham," keluh Puan Aminah.
Bomoh Taha lalu membaca ayat Surah Al Ikhlas sebanyak 11 kali. Memang suasana jadi seram sejuk saat Suraiyya menjegilkan matanya ke arah Bomoh Taha. Dr. Hassan dan ibunya tak mampu buat apa. Semua ini di luar bidang mereka.
"Kau bomoh penipu! Aku takkan keluar dari badan ini. Dia dah jadi milik aku! Milik aku sampai kiamat!," kata jin di dalam badan Suraiyya.
Bomoh Taha makin resah. Lalu, ayat 9 dari surah Yasin pula dialunkan.
"Aku tahu rahsia kau, nak aku pecahkan rahsia kau?"
Suraiyya menjegil mata kepada Bomoh Taha. Terdiam bomoh itu. Tak tahu nak kata apa. Ayat ruqyah di dalam kepalanya mulai hilang.
"Kau syaitan laknatullah. Kau turun. Lepaskan dan jangan ganggu anak cucu cicit Adam! Balik kau ke tempat asal kau. Balik!"
"Tak nak! Hahahaha! Aku suka badan ini. Dia sesuai dengan aku. Aku takkan balik ke neraka! Aku tak nak berada di bawah perintah Azazil! Aku nak jadi raja syaitan! Di dunia ini! Hahahahaha!"
Suraiyya turun dari siling. Entah bagaimana dia tak terhempas langsung ke lantai. Jatuhnya seperti seorang yang sudah biasa mendarat selepas lompatan. Bomoh Taha ambil masa ini untuk dekati Suraiyya.
Dia pegang kepala Suraiyya. Pantas sahaja Suraiyya rasa panas. Panas yang memang menyeksakan sehingga dia menggelupur kesakitan.
"Kau bangsa jin, kau takutlah dengan Allah. Kau tak layak berada di sini. Pulanglah ke tempat asal kau. Kalau kau degil. Aku akan seksa kau lebih dari ini"
Lalu, lantunan ayat Al Fatihah dibaca.
Saat itu, Suraiyya menggelupur. Dan kemudiannya pengsan. Tidak sedarkan diri.
Bomoh Taha bangun dan berpaling ke arah Dr. Hassan.
"Anak kau dah ok rasanya. Syaitan dalam bsdannya dah keluar. Insyaallah. Aku rasa dia ok dah tu. Kau orang medical. Aku rasa step seterusnya kau ambillah apa yang patut"
Bomoh Taha keluar dari bilik. Di ruang tamu dia duduk termenung. Lega rahsianya tidak terbongkar.
Idham memerhatikan Bomoh Taha dari jauh. Mata mereka berpandangan.
Seolah ada peringatan dari Bomoh Taha. Dia masih ingat saat Idham mahukan Suraiyya. Dan kini, umpan dah makan tuan!

ANDA SEDANG MEMBACA
'Cikgu' Suraiyya
ParanormalSuraiyya, dan adiknya berpindah ke tempat baru selepas ayahnya terpaksa bertugas di luar daerah. Suraiyya putus dengan teman lelakinya, Idham kerana tidak digemari keluarganya. Sementara menunggu posting guru, Suraiyya mengajar kelas Bahasa Inggeri...