Bab 14

533 8 0
                                    

Setahun kemudian,

"Suraya, masuk ke bilik saya sebentar!"

Pengetua yang baru sahaja selesai makan pagi di kantin memberi arahan kepada Suraya yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya di sebuah komputer di pejabat. Suraya yang sedang menyelesaikan beberapa kertas kerja lawatan sekolah yang harus dia siapkan terpaksa berhenti seketika.

Mak Jah, kerani bahagian kewangan memandang Suraya dengan wajah sinis.

"Jaga, jaga Suraya. Ada makna tu!"

"Makna?"

"Pengetua kita tu dah berbini tiga. Jaga-jaga, silap-silap kau isi tempat keempat," kata Mak Jah yang umurnya sudah lewat usia. Mak Jah kerap kali mengusik Suraya kalau dia masuk ke pejabat. Maklumlah, di sekolah itu, Suraya satu-satunya cikgu muda yang masih berstatus dara.

Suraya malas nak ambil kisah dengan usikan Mak Jah. Selepas hampir sebulan dia bersekolah di situ, dia sudah biasa dengan usikan Mak Jah. Mak Jah sentiasa menolongnya dalam banyak perkara. Dia ibarat ibu keduanya ketika dia berada di sekolah.

Mak Jah dan kerjanya ditinggalkan seketika. Tombol pintu dibuka. Kelihatan Pengetua, Cikgu Nayan yang sedang duduk di kerusi sambil bermain dengan telefon. Mungkin dia sedang sibuk baca whatsapp group pengetua. Dilihat sahaja Suraya masuk, telefon di tangan diletakkan di atas meja.

"Su, duduk!," pelawa Cikgu Nayan.

"Ada apa cikgu panggil saya?," tanya Suraya sambil memperbetulkan duduknya.

"Dah pergi kantin?"

"Errrr... belum. Kenapa Cikgu Nayan?"

"Hari ni memang sedap dia punya nasi lemak. Lain macam. Nasib baik saya dah tukar tender kantin. Kalau tak, hari-hari makan kuih jelah pagi-pagi. Rasanya, kantin kita dah makin baik daripada dulu. Barulah saya tak malu nak bawa orang Pejabat Pendidikan Daerah kalau diorang datang melawat ke sini"

Dalam hati Suraya, rasa rimas pula. Entah apa benda yang penting sangat nak dibincangkan sampai ajak Suraya masuk ke dalam biliknya. Entah-entah, benar kata Mak Jah, Cikgu Nayan nak pasang bini satu lagi. Suraya bertenang sahaja. Ikut sahaja air yang mengalir. Lama-lama sampailah ke destinasi, mungkin.

"Oklah, pada saya, saya suka yang dulu lagi. Tapi, apapun, pada saya, mana-mana pun ok. Sebab saya jarang ke kantin. Selalu bawa bekal dari rumah," balas Suraya.

"Wah, bawa bekal ke, cikgu! Aduh, tak sangka. Rupanya Cikgu Suraya pandai memasak! Nanti, ada masa bolehlah masakkan masakan special untuk saya kalau ada masa. Nak juga masakan air tangan cikgu ni. Dengar kata, cikgu lain cakap masakan cikgu sedap," puji Cikgu Nayan kepada Suraya.

Memang sah, tak ada apa yang penting pun nak dibincangkan. Suraya rasa sesak. Rasa macam nak lari. Dia toleh ke pintu bilik pengetua. Di dalam hatinya, dia harapkan jika ada cikgu lain yang nak masuk minta tandatangan. Kalau ada, bolehlah dia minta diri untuk sambung kerja. Malangnya, tak ada guru lain pun yang mengetuk pintu bilik pengetua.

"Cikgu, sebenarnya begini. Saya just nak tanya tentang program kita tu. Yang program bermalam di Pulau Tuba tu. Macam mana? Jadi?"

Nah, akhirnya, selepas pelbagai mukadimah, akhirnya Cikgu Nayan masuk ke isu yang penting. Suraya lega.

"Saya tengah cuba. Tadi, saya sedang siapkan proposal lah. Kalau nak ikutkan, bajet dari Unit Asrama, Koperasi dan juga PIBG memang cukup. Tak ada masalah. Cuma sekarang ini, nak tunggu kelulusan daripada PPD je. Kalau PPD tak lulus, tak jadi juga," kata Suraya dengan yakin.

"Insyaallah, saya percaya dengan cikgu. Cikgu submit sahaja proposal selepas saya tandatangan. Nanti, pandai-pandailah saya adjust dengan PPD. Selebihnya nanti, saya tolonglah mana patut," kata Cikgu Nayan. Suraya sedar, mata Cikgu Nayan seakan-akan merenung ke tempat sepatutnya. Perlahan-lahan, Suraya tarik tudungnya yang sedikit singkat.

"Kalau macam tu, saya minta diri dululah. Nak sambung sikit lagi. Insyaallah, hari ni siaplah. Saya minta diri dulu cikgu!"

Suraya bingkas bangun. Cikgu Nayan hanya angguk dan senyum tanda membenarkan anak buahnya itu beredar. Suraya memang lega bila dia berjaya keluar dari bilik pengetua. Mak Jah macam biasa, sibuk memerhati Suraya.

"Amboi, macam keluar dari neraka," usik Mak Jah. 

'Cikgu' SuraiyyaWhere stories live. Discover now