Bab 10 - Bibik Murni

898 88 13
                                    

DIHA tersenyum sendiri membaca komen yang ditinggalkan oleh Anies pada entri blognya. Anies merupakan antara rakan penulis blog yang setia datang berkunjung ke blog 'Tentang Sesuatu'. Kursor tetikus dihalakan ke pautan blog milik Anies, 'Anies and You' lalu diklik. Sudah lama dia tidak membaca perkongsian daripada Anies.

Diha gemar membaca blog temannya yang seorang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Diha gemar membaca blog temannya yang seorang itu. Penuh dengan catatan-catatan kembaranya dalam dan luar negeri, ulasan filem-filem yang telah ditonton dan apa yang paling menarik, Anies merupakan peminat nombor satu kelab Liverpool. Diha yang pada asalnya tidak tahu langsung apa-apa tentang bola sepak, mula belajar serba-sedikit mengenai perjalanan juga perkembangan dunia bola sepak melaluinya.

"Eh, bunyi apa tu?" Terkejut Diha apabila telinga menangkap bunyi sesuatu dari ruang tamu. Hanya dia bersendirian di rumah kala itu. Diha cuba memasang telinga. Senyap. 'Perasaan aku je kot.' Dia menyedapkan hati. Baru mata hendak beralih kembali ke skrin komputer, Diha terdengar bunyi lain pula.

'Ariyyan ke?' Dia mengagak-agak sendiri. Tidak mungkin. Suaminya telah pun bertolak ke studio setengah jam yang lalu. Atau Ariyyan berpatah balik kerana tertinggal barang? Diha bergerak ke tingkap. Dari tingkap biliknya dia dapat melihat kawasan parkir di hadapan rumah. Kereta Ariyyan tidak kelihatan. 'Bukan Ariyyan. Ish, kalau bukan dia, siapa?'

'Ke ada orang ceroboh masuk rumah ni?' Pelbagai andaian negatif mula singgah di benaknya. Diha menjengulkan kepala dari balik pintu bilik. Mengintai ke luar dengan curiga. Tatkala merasakan tiada siapa di situ, terjengket-jengket dia berjalan menuju ke ruang tamu. Dadanya berdebar-debar. Tiba-tiba, ekor matanya mengesan kilas bayang yang melintas di ruang tamu.

"Ariyyan?!" panggilnya sedikit cemas. Tiada jawaban. Jantungnya berdetak kencang. Segera tangan mencapai sebuah pasu hiasan sederhana besar di meja sisi berhampiran sofa. Itu sahaja yang dia nampak boleh dijadikan sebagai senjata pertahanan.

Diha menanti dalam diam. Ada bunyi lagi. Kali ini datang dari arah dapur. Dia menapak perlahan ke ruang dapur. Belum pun melangkah masuk, satu susuk tubuh yang agak gempal menerpa ke arahnya. Diha menjerit kuat! 'Si penceroboh' turut menjerit! Tersentak dengan kehadiran Diha. Suara mereka bergema memenuhi segenap pelosok rumah. 'Eh, suara perempuan?!' Kehairanan sempat bertandang menjengah kotak fikiran.

Dalam keadaan terkejut dia hilang pertimbangan. Pasu di tangan juga terlepas dari genggaman. Diha memejamkan matanya rapat-rapat, bersedia untuk jatuh bilamana tangan orang itu menarik dan memegang lengannya kejap. Dia tidak jadi jatuh. Kedua-dua kakinya tetap berpijak di lantai. Diha melepaskan nafas lega. Perlahan-lahan dia membuka mata.

Di hadapannya kini, berdiri seorang wanita berusia dalam lingkungan separuh abad. Matanya membulat. Tangan kanannya kejap memegang lengan Diha manakala tangan kiri memeluk erat pasu yang dilepaskan oleh Diha tadi.

"Aduh, mau copot jantungku! Anda ini siapa?" tanya wanita berkenaan. Nafasnya turun naik. Rasa terperanjatnya masih bersisa. Mata memandang Diha dari atas ke bawah. Cuba memastikan siapa gerangan wanita muda yang hampir dirempuhnya. Sepanjang dia berkhidmat di rumah Ariyyan, mereka tidak pernah bersua muka. Malah, dia tidak pernah terserempak dengan siapa-siapa pun di rumah itu kecuali Ariyyan.

Lelaki Langit Bumi (Terbit E-book)Where stories live. Discover now