BAB 2
“Bismillahhirrahmanirrahim,”
Sebelum memandu, mereka membaca doa menaiki kenderaan dan membaca ayat Kursi. Tidak sampai 10 minit, mereka tiba di Giant.
“Kalau beli ayam seekor cukup tak?” soal Airina pada Sofea dan Izwani.
Ketika itu, Sofea sedang menolak troli.
“Saya rasa cukup. Beli sekali ikan kembung. Saya nak masak ikan kukus untuk suami saya. Dia gemar dengan ikan kukus,” kata Sofea.
“Suami saya pula suka sayur hijau. Saya pergi bahagian sayur sekejap ye. Ada apa-apa di bahagian sana yang Sofea dan Rin nak?” tanya Izwani.
“Ambil santan sekali. Saya ingat nak masak kari malam ni. Ke korang tak setuju?” balas Airina.
“Saya setuju je,” jawab Sofea.
“Saya pun ok je. Saya pergi sana dulu ye,” lalu Izwani ke tempat sayur-sayuran.
Airina pula sedang menunggu ayam dipotong kecil oleh pekerja Giant itu.
“Oh ya. Rasanya dia suka makan buah epal. Setiap pagi saya nampak dia makan epal merah. Baik saya beli,” fikir Sofea lalu meletakkan troli di bahagian buah-buahan sebelum mengambil sebungkus epal merah.
“Saya harap dia suka,” kata Sofea bersendirian sambil tersenyum.
“Hah! Apa senyum sorang-sorang ni. Teringatkan suami di rumah ke?” usik Airina yang tiba di troli sambil memegang seekor ayam yang siap dipotong kecil yang berada di dalam bungkusan plastik.
“Ish Rin ni. Nasib baik saya tak sakit jantung. Suka yer menyergah orang macam ni,” geram Sofea.
“Hahaha. Saya gurau je. Saja nak tengok reaksi awak,” seronok Airina mengenakan Sofea.
Tidak lama kemudian, mereka beratur di kaunter pembayaran selepas selesai membeli semua keperluan dapur.
Tiba di rumah, mereka meletakkan barang-barang di meja dapur.
“Sebelum kita masak, lebih baik kita beritahu suami kita yang kita dah balik. Nanti ada juga yang risau,” kata Izwani.
Sebenarnya, dia maksudkan dengan suaminya.
“Bagus juga tu,” sokong Sofea dan Airina sebelum mereka bertiga masuk ke bilik masing-masing.
“Assalamualaikum,” mereka memberi salam sebelum masuk ke dalam bilik.
“Eh? Sudah tidur ke si suami ni?” soal Sofea lalu meletakkan kunci kereta pada meja lampu tidur.
Terkejut dia apabila tangannya dicengkam oleh suaminya.
“Awak ni, terkejut saya. Nasib baik saya tak sakit jantung tadi,” lemah lutut Sofea apabila tiba-tiba tangannya ditarik oleh suaminya menyebabkannya terduduk di atas katil, bersebelahan dengan Hakim.
Tangan Hakim melingkari pinggang Sofea. Sofea menjadi kaku di situ.
“Err..awak..saya nak masak ni. Lepaskan saya, boleh?” Sofea cuba melembutkan suaranya namun pelukan Hakim mula erat.
Sofea mula berfikir cara untuk melepaskan dirinya. Tiba-tiba dia teringat taktik yang diajar oleh Izwani.
Sofea mendekatkan bibirnya pada telinga Hakim.
“Abang, abang mandi dulu ye. Selepas siap masak, kita makan sama-sama ye,” meremang bulu roma Hakim apabila terdengar bisikan Sofea.
Matanya mula terbuka dengan besar dan pelukannya dilonggarkan. Sofea terus melepaskan dirinya.
YOU ARE READING
[C] Apartment
RomanceMengisahkan tiga pasangan yang baru berkahwin tanpa kerelaan hati dan tiada perasaan cinta, tinggal bersama-sama di sebuah pangsapuri (apartment) sewa yang mempunyai tiga buah bilik, ruang tamu, ruang solat serta dapur yang agak selesa. Mereka mempu...