Bab 15

1.6K 48 1
                                    

BAB 15

Dua bulan telah berlalu. Kini, Rahimi dan Airini sedang menetap di kediaman keluarga ayah Rahimi. Rahimi yang merupakan pewaris Ahmad Lee yang terkenal di serata dunia itu telah mula bekerja dengan ayahnya.

Rahimi mendapat panggilan dari hospital di mana nenek Airina dirawat. Terkejut Rahimi mendengar butir-butir yang dikatakan oleh pihak hospital.

Pada malam itu, Rahimi lebih banyak termenung.

"Abang, kenapa ni?" tegur Airina.

Airina duduk di samping suaminya yang sedang terbaring di atas katil. Wajah Airina dipandang dengan penuh kasih sayang.

"Sayang, sebenarnya...," teragak-agak Rahimi.

"Kenapa ni, abang? Cakap sajalah," balas Airina.

Rahimi bangun sebelum mendakap tubuh isterinya.

"Sebenarnya, pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) ada telefon," Rahimi memulakan biacaranya.

"Kenapa dengan nenek, abang?!" cemas Airina.

"Mereka kata...yang nenek...nak berjumpa dengan cucu-cucunya," perlahan suara Rahimi.

"Mari jumpa nenek sekarang, abang," risau Airina.

"Sayang, abang dah kata yang kita akan jumpa dengan nenek esok. Aiman pun setuju. Jadi, esok kita pergi melawat nenek ye, sayang?" belakang Airina diusap perlahan.

"Harap nenek tak ada apa-apa," berdoa Airina.

"InsyaAllah nenek tak ada apa-apa. Kita tidur dulu ye, sayang. Esok nak berjalan jauh ni,"Airina membalas dengan anggukan.

Rahimi mengangkat tubuh isterinya sebelum meletakkannya perlahan di atas katil. Kemudian, tubuhnya dibaringkan bersebelahan dengan Airina. Tubuh Airina didakapnya erat. Ubun-ubun Airina dikucup sebelum dia terlena dibuai mimpi.

***************

"Adik!" Airina terus memeluk tubuh Aiman apabila ternampak kelibat Aiman di hadapan wad neneknya.

"Kakak sihat?" Aiman membalas pelukan Airina.

"Alhamdulillah sihat. Adik sihat ke? Makin kurus je akak tengok," pipi Aiman dipegang selepas pelukan dileraikan.

"Alhamdulillah adik sihat, kak. Kak, adik nak perkenalkan seseorang pada kakak dan abang Rahim," malu-malu Aiman sebelum menarik tangan seorang gadis yang berada di belakangnya.

"Perkenalkan, ini Siti Salina, isteri adik. Dia juga merupakan cikgu di pusat latihan adik," merah muka Aiman.

"Apa khabar, kak?" Siti Salina bersalaman dengan Airina.

Airina memeluk sambil mencium kedua-dua pipi gadis itu.

"Terima kasih, Salina kerana menerima adik kakak ni," tersenyum Salina mendengar kata-kata Airina.

"Tahniah, Aiman. Bila kahwin ni? Tak beritahu pun," lengan Aiman ditampar lembut oleh Rahimi.

"Kami baru kahwin minggu lepas. Kami dah lama suka sama suka. Sebab tu Aiman melamar dia. Tak sangka keluarga dia merestui kami," merah muka Aiman.

"Alhamdulillah," lega Airina dan Rahimi.

"Jadi, boleh kita masuk sekarang, kak?" soal Aiman sebelum memegang pemegang pintu wad.

Airina membalas dengan anggukan.

Nenek yang mendengar pintu biliknya dibuka terus memandang gerangan yang melawatnya. Mukanya ceria melihat Airina dan Aiman.

[C] ApartmentWhere stories live. Discover now