BAB 18
Mata Sofea tertumpu pada rumah yang tersergam indah di hadapannya. Air liur terasa pahit untuk ditelan. Bahu Sofea dipeluk dari tepi menyebabkan matanya teralih pada tuan punya tangan itu.
“Jangan takut, sayang. Abang ada bersama-sama dengan sayang,” senyuman terukir pada bibir Hakim.
“Kami pun ada bersama-sama dengan Sofea. Mari kita masuk ye,” ajak Sarah yang memegang tangan Sofea dengan erat.
Sofea menganggukkan kepalanya. Mereka melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah itu.
“Asalamualaikum,” nyaring suara Sarah.
“Waalaikummussalam. Wah! Ingatkan siapa tadi. Cik Sarah dan Cik Sofea sudah pulang!” wajah gembira dipamerkan oleh Mak Som iaitu orang gaji rumah itu.
“Mak Som sihat?” Sarah dan Sofea saling bersalaman dan berpelukan dengan Mak Som itu.
“Alhamdulillah, sihat. Cik Sarah dan Cik Sofea sihat? Dah ada isi ke?” soal Mak Som apabila melihat perut Sarah dan Sofea yang buncit itu.
“Alhamdulillah kami sihat. Terlebih sihat rasanya,” seloroh Sarah menyebabkan mereka bertiga ketawa.
“Mak Som, mama dan papa ada di rumah ke?” Sarah menyatakan hasratnya selepas mereka berhenti ketawa.
Wajah Mak Som menjadi muram semula.
“Dato’ sekarang ada di pejabat. Datin pula ada di gazebo di belakang. Saya sedih melihat Dato’ dan Datin yang semakin susut tu. Mereka makan tak banyak. Kadang-kadang tu, mereka langsung tak makan,” luah Mak Som.
“Mereka jadi begitu disebabkan syarikat papa ke?” soal Sofea yang mengetahui bahawa Dato’ Khalid menghadapi masalah kewangan untuk menyelamatkan syarikat DK itu.
“Sebenarnya, syarikat tu bermasalah sejak Cik Sarah dan Cik Sofea meninggalkan rumah ni. Saya rasa Dato’ dan Datin seperti orang yang hilang arah. Selera makan pun hilang. Wajah sentiasa muram. Saya kesian pada mereka,” ujar Mak Som.
Sofea dan Sarah saling berpandangan. Sarah memegang bahu Mak Som.
“Itulah tujuan kami datang sini, Mak Som. Kami nak kembalikan keceriaan pada wajah mereka. Kami harap papa dan mama akan menerima kami,” senyum Sarah.
“Saya pasti mereka suka dengan kehadiran cik Sarah dan cik Sofea. Mari masuk sekarang,” pelawa Mak Som.
Di gazebo, Datin Rasnah sedang termenung melihat tanaman bunganya dari jauh. Sesekali keluhan berat keluar dari mulutnya.
Sepasang tangan melingkari leher Datin Rasnah dengan lembut. Bahu kanannya terasa berat. Serentak itu, suara yang dirinduinya kedengaran lembut pada telinga kanannya.
“Assalamualaikum mama. Mama sihat?” kata Sarah.
Tubuh Datin Rasnah terus berpusing ke belakang. Pelukan sudah dileraikan. Wajah Sarah yang sedang berlinangan air mata itu dipegang dengan lembut.
“Sarah? Betul ke ini anak mama? Mama sedang bermimpi ke?” air mata seorang ibu turut mengalir.
“Tak…mama tak bermimpi. Ini Sarah ma, anak mama dan papa,” tangan yang memegang wajahnya dipegang erat.
“Anak mama!” Datin Rasnah terus memeluk Sarah dengan erat.
Belakang Sarah sesekali diusap lembut.
“Ma..mama..jangan peluk erat sangat. Nanti cucu mama lemas pula,” kata Sarah apabila perutnya mengganggu pelukan pertemuannya itu.
Datin Rasnah melepaskan pelukannya.
YOU ARE READING
[C] Apartment
RomanceMengisahkan tiga pasangan yang baru berkahwin tanpa kerelaan hati dan tiada perasaan cinta, tinggal bersama-sama di sebuah pangsapuri (apartment) sewa yang mempunyai tiga buah bilik, ruang tamu, ruang solat serta dapur yang agak selesa. Mereka mempu...